Monday, May 2, 2011

Oh Kerabu Mangga~~

Ish..tiba-tiba je rasa mengidam kerabu mangga time2 exam ni..adoi,enzim2 dalam mulut ni dah nak sangat merasa kerabu mangga..teringat pulak kerabu mangga kat The Chicken Rice Shop..fuhh masyuk habis..kalau dapat merasa sekali pun dah kira ok dah..tapi sape nak tolong buatkan..kalau nak beli kat kedai-kedai makan biasa,takut rasa tak sedap la pulak..kalau nak beli kat Chicken Rice Shop,poket tengah kering n ekonomi peribadi pun tengah gawat lagi ni..tolong!! tolong!! boleh tak sape2 yang baik hati nak tolong buat kerabu mangga untuk saya?? free of charge..hehehehe..

Ni resepi yang aku baru google kat internet pasal macam mana nak buat kerabu mangga..kan best kalau bangun pagi,bukak mata,tiba-tiba je ada delivery kat depan rumah..hehehe..


  1. 2 biji mangga muda dicincang..
  2. 4 biji bawang merah dihiris halus
  3. 6 -10 biji cili padi (ikut citarasa kalau nak pedas tambah cilinya)
  4. Segenggam udang kering digoreng dan ditumbuk / ikan bilis pun boleh
  5. Sebatang serai dihiris nipis, sedikit halia dan lengkuas dicincang (semuanya digoreng dan ditumbuk halus)
  6. Sebiji buah limau nipis ( Diambil air perahannya)
  7. 2 sudu besar cuka makan ( terpulang kepada citarasa atau mangga tak berapa masam)
  8. 2 sudu gula
  9. Sedikit garam

Macam mana nak buat??
  • Selepas mangga di buang kulitnya, rendam seketika di dalam air garam, kemudian cincang halus dan memanjang.
  • Masukkan bawang merah, cili padi, garam, gula, cuka makan dan gaulkan.
  • Masukkan udang kering,halia,serai dan lengkuas yang telah ditumbuk serta air perahan asam limau, gaulkan lagi sehingga sebati.
  • Siap dah....

Resepi dah bagi ni,so sape-sape yang baik hati, boleh la hantar depan rumah sewa saya ye.. nanti mintak alamat.. hehehe..

2 comments:

  1. 788 kita seri bro...
    i love kerabu mangga
    mmg sodap...

    ReplyDelete
  2. yummy~~~ sedapnyer ..nak buat jugak!!!! yeah !! XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...