Saturday, April 16, 2011

Cemburu

Seperti cinta, sifat cemburu juga merupakan perasaan yang lahir sendiri dari hati seseorang..Ia datang pada bila-bila masa saja,tidak mengira tempat dan masa..Perasaan ini bukan saja wujud hanya di kalangan pasangan kekasih, ia juga wujud apabila seseorang itu mula menyukai seseorang dalam diam.. Perempuan merupakan makhluk yang kompleks yang memiliki sifat cemburu yang lebih kuat daripada lelaki. Berdasarkan survey dari Woman's Day dan AOL Living terhadap 2000 perempuan, banyak perkara yang mampu membuat seorang perempuan itu berasa cemburu.

Survey tersebut menunujukkan bahawa perempuan ternyata lebih berasa cemburu berbanding lelaki. Sebanyak 73% perempuan mengaku mereka bersifat cemburu, sementara itu hanya 27% lelaki mengakui hal yang sama. Tetapi ini bukan bermakna lelaki tidak mempunyai perasaan cemburu dan berhati kering.. Mereka juga akan berasa cemburu jika ada orang yang cuba mendekati kekasihnya atau orang yang diminatinya. Cemburu tu tandanya orang tu ambil berat tentang diri anda,dalam sedar atau tak sedar je..Tapi kalau ada yang jenis cemburu buta pun tak best jugak kan?
Dia bukan cemburu buta jika:
1. Walaupun dia cemburu, tapi dia tetap percayakan kamu untuk membenarkan kamu keluar bersama teman-teman baik mu. Yelah, kamu juga perlukan masa untuk bersama teman mu. Takkan nak berkepit 24 jam. 
2. Dia tak mudah cemburu bila tiba tiba saja kamu menerima panggilan telefon daripada lelaki/wanita yang tidak dikenali.
3. Sanggup menerima penjelasan kamu bila terdengar gosip kononnya kamu keluar dengan lelaki/wanita lain.
4.  Tidak kisah kalau kamu beri alasan sibuk dan tidak dapat jumpa dia. Dia tahu kamu memang sibuk dengan kerja dan menganggap kamu sengaja nak cari helah untuk keluar dengan orang lain.
5. Hanya tersenyum bila ada yang memuji kecantikan/ketampanan kamu di hadapannya. Yang penting kamu miliknya.


Dia cemburu buta jika:

1. Dia  menelefon beberapi kali sehari dan marah apabila kamu tiada disisi.

2. Dia menelefon kamu semasa sedang sibuk @ berkerja dan mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka-hati bahawa kamu telah keluar dengan wanita/lelaki lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan  kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan teman-teman wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka kamu pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/perempuan lain terpikat pada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka bila kamu berkerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli akan penjelasan yang kamu berikan tentang sesuatu hal.

5 comments:

  1. cemburu tu tandanya sayang..:))

    ReplyDelete
  2. setuju ckp umumra....cemburu tanda sayang...
    tapi jgn terlampau cemburu sgt,rimas jadinya...

    ReplyDelete
  3. kadang2 cemburu x bertempat boleh mengundang jenayah..

    ReplyDelete
  4. cemburu tu lahir dari hati yg tulus..sama macam perasaan suka kat seseorang,terpulanglah pada kita untuk mengawal perasaan tu..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...