Saturday, April 2, 2011

Harga Minyak Ron 97 Naik Lagi

Mulai hari ini,harga minyak petrol Ron 97 naik sebanyak 20 sen seliter menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat..sebelum ni harga Ron97 ialah RM2.50...walau bagaimanapun,nasib baiklah harga bagi Ron 95 masih kekal pada RM1.90 per liter..


RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.




Tapi faham-faham la kan,bila harga minyak dah naik,mestilah harga lain pun join sekali pakat naik..lepas ni kena duk diam2 je la kat rumah,tak boleh selalu lepak2..hmm kena beli basikal la macam ni,jimat sikit...Kalau la kerajaan bagi subsidi atau elaun sara hidup kat student universiti kan bagus,takde la terasa beban sangat dengan pinjaman ptptn ni..

1 comment:

  1. adehh asal minyak naik je jem. nmpknye gune yg 95 tu je la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...