Sunday, April 3, 2011

Kalau Ada Jodoh, Ada la....

Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha..Insya Allah bila ada doa dan usaha yang betul yang disertai tawakkal dan keyakinan kepada Allah,anda pasti menemui si dia..cepat atau lambat,Dia yang tentukan..kita hanya mampu berusaha dan berserah kepada-Nya..

Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni..berusahalah untuk menyucikan hati anda daripada semua perasaan negatif terhadap orang lain..mana lah tahu orang yang kita benci atau tak suka itu rupa-rupanya bakal mertua kita..


Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan bakal pasangannya pada bila-bila masa. Oleh itu,kita perlu sentiasa berada dalam keadaan yang paling menarik pada setiap masa..Tanggapan yang pertama adalah penting..Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta..Cinta boleh berputik pada bila-bila masa sahaja..Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima  cinta..

Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan..Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa..

Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan..Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya si perempuan yang memulakan..

4 comments:

  1. perempuan malula nak mulakan dulu..
    malu2 kucing gitu..

    ReplyDelete
  2. yeahhh!btol tu,.hehe,.CN sedang melayan kawan2 trmsuk korang skalian ni dgn layanan sprti kite prnah jmpe je sblom ni,.hehe,.

    ReplyDelete
  3. ada ker perigi cari timba?..x salahkan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...