Tuesday, February 8, 2011

waktu muda yang GEMILANG

Tanggal bulan Mac 1996,bermulalah hidupku sebagai watak baru di sebuah dunia yang pada mulanya amat asing bagiku..SEKOLAH KEBANGSAAN KADOK..itulah nama keramat yang banyak melahirkan bibit2 suka duka dalam hidupku selepas aku berpindah dari Sekolah Kebangsaan Labok,tempat permulaan ku untuk mengenali alam fana..



Setelah kaki ku melangkah ke SK Kadok buat kali pertama,CIKGU MARJANA lah cikgu pertama yang ku kenal dan beliau menjadi guru kelas aku semasa Darjah 1 di kelas 1.1..nama2 cikgu lain yang aku ingat masa tu: CIKGU SAHARA,USTAZAH HAMIDAH dan tak lupa CIKGU CHE ESAH (cikgu yg aku paling takut time tu)..masa tu aku mula berkawan dengan MUSTAKIM,ROZAIMI,KEMBAR ABANG&ADIK,FARIHAN,AYUNI..HAFIZI pun baru berpindah,dulu dia sama sekolah dengan aku masa kat sekolah di Labok..time balik sekolah,mesti lalu rumah SITI ZAFIRAH,dekat je dengan rumah aku tapi jarang tegur sebab tak rapat sangat..


Bila dah naik Darjah 2,CIKGU SITI FATIMAH menjadi guru kelas ku..kenangan yang masih segar dalam benak kepala aku sampai sekarang ialah semasa aku tak siapkan homework..cikgu Fatimah ambik no tel rumah aku dan petang tu beliau call mak aku dan ceritakan problem aku..malam tu sedih sangat sebab kena brainwash habis..tapi lepas hari tu,banyak homework aku sempat disiapkan dan result ujian bulanan aku semakin baik..di kelas 2 CEMERLANG aku mula rapat dengan IKHTIMAN,FARID,MUHAIMIN dan YUSRI..ada hari sukan,PASUKAN BIRU dapat tempat ke-3 je..


Naik darjah 3,Ikhtiman jadi ketua kelas 3 CEMERLANG dan penolongnya Ayuni..aku duduk sebelah NURUL IHSAN..time tu aku paling takut CIKGU HASAN,ajar Matematik,garang tapi best..tak banyak kenangan yang aku ingat waktu tu,tapi saat2 yang paling best ialah pada waktu kelas FARDHU AIN pada waktu petang..lupa nama ustazah muda tu,tapi seronok sangat belajar dengan beliau..bila kelas dah nak habis,beliau akan bercerita (cerita hantu)..KRINGG!!! bunyi loceng,lepas beratur kat luar dan pengawas baca doa,boleh balik rumah..horreyyy!!


Naik pulak darjah 4..makin rapat pulak dengan FAIZ,AMIRUL,EZZAD dan HAKIMIN..time tu aku tak suka IKHWAN sebab dia jarang bergaul dengan budak laki..hehehe..dia rapat dengan FIRDAUS..aku suka sangat cari pasal dengan YUSMA ANIRA,MUTIAH,IZYAN dan SYAZWANI BULAT tapi diorang ni memang best..tabik la..cikgu yang ajar masa tu TEACHER LAILA,CIKGU NORPISAH,CIKGU HASHIMAH,USTAZ ROSLI..dan aku dengan bangganya menyarung baju sekolah warna coklat sebagai PENGAWAS PERPUSTAKAAN..KEMBAR FATIN&FATINI dan NAJWA baru pindah masuk sekolah tu..tahun 1999 ni tahun gelapku sebab aku sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital Kota Bharu selama 12 hari..


Masuk Darjah 5,aku mula rapat dengan IRSYAD,HAFIZ dan KHAIDIR..semuanya kepala sengal,sebab tu la best kawan dengan diorang..SYAFIQ NASIR lompat kelas,masuk kelas kitorang..TIQAH GHAZI dan ZAINAB duduk depan aku dan Ikhtiman,memang selalu diorang kena kacau..cikgu paling famous dan digeruni mestilah CIKGU MAKHZAN..anak beliau,AINI aka MEK LONG..kalau tak siap homework beliau,memang kecut perut la..tambah2 kena buat buku sebulan..tengok kening beliau pun dah seram gila..hehehehe..tengah tahun tu ada school trip ke Pulau Pinang dan Cameron Highlands..kena bayar RM80 tapi best sangat..FARID,FIKRI dan BAQTIAR jadi teman aku masa jalan2 kat sana..ada family angkat kat Penang, tapi dah lost contact..



Darjah 6,tahun akhir yang gemilang,mendebarkan dan memahat segala memori enam tahun belajar bersama2..CIKGU KAMIL ajar Sains..IKHTIMAN jadi KETUA PENGAWAS, NURUL SYUHADA jadi KETUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN dan dengan ini aku dengan bangganya mengumumkan bahawa aku dilantik menjada PENOLONG PENGAWAS PERPUSTAKAAN..hahahaha..sepatutnya NAJWA yang akan pegang post tu,tapi sebab dia ada konflik dengan cikgu,so dapat lah kat aku jawatan tu..hehehe..seronok berkawan dengan SITI SYUHADA..banyak kenangan masa pergi KEM MOTIVASI TANGOK..berkayak,jungle tracking,jalan lasak waktu malam dan banyak lagi..memang berbaloi..tak lupa juga visit to SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH masa pertengahan tahun..kakak2 angkat memang sporting dan gila..3-5hb SEPTEMBER 2001,detik bersejarah bagi kami ketika menduduki UPSR..paper paling susah bagi aku PEMAHAMAN sebab tak sempat buat,ada yang jawab main bedal je..tapi ALHAMDULILLAH result batch kami bagus dan mendapat pujian guru2..CIKGU LUQMAN cukur kepala pada hari keluar result UPSR..aku habiskan sisa-sisa 2 hari lagi persekolahan sekolah rendah dengan kawan2 ku sebab aku tahu lepas ni semua akan terpisah dengan haluan dan cita-cita masing2..tapi walau sejauh mana pun kaki melangkah ke dunia yang luas ni,aku tahu hati KITA tetap SATU..
amboi..dah abes baca tu klik la kat tepi ni..free je..

p/s: thanks to all my old friends..love u all..kepada nama2 yang tidak disebut di atas,jangan terasa k sebab mungkin pada saat aku menulis ni tidak terlintas di fikiran aku,tapi percayalah bahawa kamu semua tetap dalam hati aku..

thanx gambar credit to wan salihah=)

3 comments:

  1. ehh mu msuk spital sbb sakit jantung eh time tuh?bakpe ade ura2 mngatakan mu sakit jntung eh?hoho

    btw trbaik r coki sbb bleh ingat sume prstiwa2 lame tuh.wa tabik spring arr sama luu.hoho

    ReplyDelete
  2. Likelikelike.... :)
    kredit kat aku??? RM10 ke? x masok pon... hahaha...... ;p

    ReplyDelete
  3. al: bukan sakit jantung la..tapi ada sikit masalah kt bahagian buah pinggang n darah tinggi..

    Salihah: meh no akaun=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...