Maka bermula lah pengembaraan 11 orang pelajar UiTM ke beberapa tempat2 menarik di sekitar Selangor..awal2 plan takde lah gempak mana pun,nak pergi mandi kat Sungai Congkak je,tapi last2 tukar plan..majoriti kata nak pergi mandi kat Sungai Gabai di Serendah..dengan 3 buah kereta,maka bergeraklah pelajar2 ni selepas solat Jumaat..tapi bertolak lambat sebab kena tunggu semua siap dulu..
Dalam waktu Asar,sampai kat Rawang..lebih kurang pukul 5 petang,sampai la destinasi yang dituju..terkejut gak la sebab memang tak ada orang langsung kat situ..tapi kira ok la,boleh la mandi puas2,tak ada orang nak kacau..dekat maghrib baru kitorang balik,memang puas hati gila mandi air terjun kat situ..
Perjalanan budak2 ni bukan sampai situ je,ada pulak yang bagi cadangan nak pergi The Mines kat Serdang,then terus ke Putrajaya tengok persiapan Karnival Wow Putrajaya..solat Maghrib di masjid kat Rawang..berhenti makan malam kat R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh..makan KFC sambil2 tengok kereta motor lalu bawah jambatan ni..
Lepas pergi The Mines,lepak kejap depan Istana Kehakiman di Putrajaya..mungkin 4-5 tahun lagi sini la destini aku untuk meneruskan karier aku..mungkin kat sini jugak aku akan jumpa jodoh..hehehe..
Jalan2 pulak di sekitar kawasan Karnival Wow Putrajaya..masa tu lebih kurang dah pukul 11 malam..so,rehearsal untuk konsert2 artis pun dah nak habis..sempat tengok band Hujan je nyanyi..walaupun satu lagu je,Mencari Konklusi, tapi memang best gila sampai aku rasa teruja gila..tak habis kat sini je,kitorang pergi lepak kat Village Coffee pulak..majoriti yang ada kat kafe ni orang2 veteran je,tapi kitorang layan je..siap ada karaoke lagi..sape2 pelanggan yang makan minum kat situ boleh pergi nyanyi test power depan orang ramai..sempoi la kafe ni..
Habis lepak,baru la balik Shah Alam..aku,Faiz n Hakeem je balik rumah dulu..yang lain meneruskan agenda yang masih belum bertitik noktah..diorang pergi karaoke kat Quality Hotel..cis,ape kelas nyanyi dalam bilik,nak nyanyi,nyanyi la depan public..aku balik,solat Isyak,terus tidur..sweet dream~
Dah kata pun jalan2,mana ada yang free..tandas awam pun kena bayar..maksud free kat sini ialah pengalaman baru setiap hari yang takkan berulang..klau berulang pun,tetap takkan sama..
salam..sg gabai ek?? xtau pon..org sini ckp tu templer kai..tp bahaya la..dh lbih 10 kes org kena 'tarik' bwh air trjun tu dn mati lemas..aku pon pnh..tp alhamdulillah aku slamat..mmg time tu ingt mati je la..rasa mcm mati hidup smula..
ReplyDelete