Huh kalau boleh ketawa memang seronok..tambah2 bila member sebelah buat lawak bodoh..gelak sakan sampai keluar air mata.. yela,dari duk murung je dari siang ke malam,baik kita ketawa..biasa la,suka dan duka tu kan dah jadi asam garam kehidupan kita..orang tua2 selalu pesan,kalau nak ketawa tu,pada2 la sikit,jangan kuat sangat,nanti dapat benda yang sedih2 sekelip mata je..
Gelak pun gelak jugak,tapi jangan over sangat..sekadar lepaskan angin dan tension dalam badan je cukup la..Islam pun tak pernah larang umatnya untuk lahirkan rasa gembira tu dengan ketawa..tapi jaga la adab tu sikit..
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)."
Kawan rasa menyampah sangat bila tengok orang gelak sakan kat kedai makan,tambah2 orang perempuan..time makan sorang2 je kat kedai,boleh pulak dia jaga adab,tapi bila meja dah penuh dengan geng2 dia,mula la nak naik kepala..sampai pe;ayan kedai pun pening nak layan kerenah diorang masa nak ambik order..yang laki pun sama je..kalau depan awek,pijak semut pun tak mati,tapi kalau depan member2,dia la hero..
Kadang2 pelik gak kenapa orang suka buat lawak bodoh yang melampau2..kalau setakat ejek2 member sebelah tu biasa la,tak fun la hidup kalau tak ada senda tawa dengan member2 tapi kalau buat lawak bodoh sampai nak jatuhkan maruah orang,cermin la diri tu dulu..kesian bila tengok orang ramai gelakkan mamat tu sorang..
P/s: pengalaman sendiri tengok orang kena gelak kat kedai mamak..satu kedai gelakkan dia..lupakan Valentine day,get ready la untuk sambut Maulid Rasul..SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDURRASUL~
bagus entrinya..
ReplyDeletethanx 4 sharing.. :)
sama2 share ilmu=)
ReplyDeletenice ;)
ReplyDelete