Untuk member2 yang dalam dilema nak kuruskan badan,ni ada la sikit tips nak dikongsi untuk kurangkan mana2 bahagian yang terlebih lemak dan kalori kat badan dia secara sihat tanpa menggunakan apa2 bahan kimia atau pil kurus..tak salah kalau kita mencuba..yang penting,keazaman dan konsistensi kamu untuk terus mencuba..
1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.
Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.
2. Kalau boleh, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.
Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.
5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman berkarbonat dan beralkohol.
6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari. Disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.
7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.
8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.
9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.
Contohnya:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.
10. Pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.
Chayok2!! Usaha dan tawakkal untuk dapatkan bentuk badan idaman=)
oke..tertarik..
ReplyDeletetp kan,maw tau nih...
nape xleh makan depan tv?
agak konpius disitu~
ni sbg nak jaga adab makan je..tapi penah terbaca satu artikel ni kata kalau makan depan tv,kita tak sedar dah berapa banyak mana dah kita telan mknan tu..so,lebih cenderung utk makan lebih banyak tanpa kita sedari..
ReplyDeleteyup2..btol..so yg mcm i yg mkn blakang tv berat xturun2 nie nape ek??hehehe
ReplyDeletesebab kalau makan belakang tv,boleh melahap banyak2 sebab orang x nampak..hahahaha
ReplyDelete