Sunday, February 27, 2011

Award to My Lucky Follower

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Nur 'Aqilah yang telah menjadi follower shaukimaravilla yang ke-100..Tahniah diucapkan!! Sebagai membalas jasa anda sebagai antara pengikut blog ini,saya berkenan untuk menyampaikan penghargaan yang tidak seberapa ni..hehehe..

Menunggu pengikut blog yang ke-200 pulak untuk ganjaran seterusnya..kita lihat siapa yang kena!!!

Saturday, February 26, 2011

S.M Mengidam Nak Main Gitar

Hari ni tiba2 Shauki Maravilla (aku la tu) rasa macam nak belajar main gitar la..rasa macam syok jugak kalau boleh main gitar..layan blues time bosan..tapi nak buat macam mana,gitar pun takde..nak beli pun,benda alah tu bukannya murah macam otak-otak yang orang jual kat kedai2..buat apa nak beli kalau tak pandai main kan..seronoknya kalau ada orang yang sudi ajar aku main gitar secara percuma..hehehe..mana la tau kot2 kawan-kawan bloggers aku ni ada yang pandai goreng gitar dan sudi nak ajar aku..hehehe..lagi seronok kalau ada orang yang nak hadiahkan aku gitar sempena hari jadi aku yang tinggal lebih sebulan je lagi..huahuahua..


Main gitar ni bukannya kerja senang,bukan main tarah je..ada la teknik2 dia jugak..boleh berbelit jari ni nak bagi betul2 pandai main..sama macam main bola la,bukan boleh main sepak je,kena la ada skill jugak kan..

P/s: birthday aku 6 April ye kawan2..hahahaha..

IRIS: Permulaanku Dalam Dunia Korea

Kenapa ramai perempuan suka tengok filem atau drama korea?Kalau drama,aku prefer tengok cerita jepun sebab banyak drama jepun ni lawak2,episod pun sikit je..jadi takde lah bosan sangat kalau nak follow lama2..aku bukan tak minat cerita korea tapi malas nak follow sebab banyak episod dan meleret2..tapi 2 minggu lepas,aku baru je habis tengok cerita IRIS..1st time aku boleh habiskan cerita korea sampai last episod..cerita ni memang dah lama keluar,kalau tak silap aku dalam tahun 2009,tapi aku baru je tengok..IRIS 2 dah keluar belum ek?kalau sape2 tahu,do tell me k..


Drama ni cerita pasal tembak2,persahabatan,cinta,dendam,kesetiaan dan memori lama yang sukar untuk dilupakan..hehehe banyak pulak description kat sini..hero drama ni Lee Byung Hun sebagai Kim Hyun Joon,seorang agen NSS yang dikhianati ketua dan kawan dia sendiri..Kim Tae Hee yang memegang watak Choi Seung Hee jadi heroin merangkap awek Hyun Joon..walaupun aku tak puas hati dengan ending cerita ni,tapi overall memang best gila sebab tiap kali nak habis episod,mesti rasa tak sabar nak tengok the next episod..


Next story aku nak tengok cerita My Fair Lady pulak..orang kata best,kena la layan..

Friday, February 25, 2011

Nur Kasih The Movie di pawagam 19 May 2011

Masa drama ni kat TV3 tahun lepas aku tak pernah miss tengok..hari jumaat pukul 9 malam je,kompem aku duk depan tv..dari episod 1st sampai last..cuma 1 episod je ter'miss' sebab time tu ada hal..tak ingat la hal apa la yang penting sangat time tu..hehehe..sekarang ni cerita ni keluar movie pulak..tapi kalau dah 19 May keluar pawagam,maknanya aku tak boleh tengok la sebab time tu dah cuti sem,so aku balik Kelantan..kat Kelantan mana ada panggung wayang..jadi terpaksa la tunggu kawan2 yang baik hati tolong download..buat masa sekarang,aku layan la dulu lagu tema Nur Kasih ni..Tizz Zaqyah nyanyi..aku rasa takde la mantap sangat,tapi bila duet dengan Yassin,best la..hehehe..

Thursday, February 24, 2011

Shauki Maravilla Rasa Serabut

Taktau la apa nak jadi dengan aku sekarang ni..aku rasa macam tak sedap badan je..kalau tidur siang ke,malam ke,mesti bangun tengah2 tidur tu..jantung tiba2 rasa berdebar2 tak tentu pasal..risau gak..dulu takde pun jadi macam ni..aku rasa sem ni aku start jadi macam ni..selalu hilang fokus time tengah borak dengan orang,aku dengar apa yang orang tu cakap,tapi kepala aku entah melayang ke mana,masuk dunia aku sendiri..dulu pun aku selalu gak 'koya' macam ni,tapi sekarang ni jadi dah makin teruk..member serumah aku pun sedar aku jadi macam ni..


Kepala jadi kusut,rasa dah mula malas nak pergi kelas..minggu ni banyak kelas aku ponteng..malas+sambil2 nak buat project paper..so takde lah rasa bersalah sangat..hehehe..nasib baik nak makan tu ada selera lagi,kalau tak,makin slim la diri yang dah tak berapa nak berisi ni..hahaha..rasanya berat aku dah makin susut ni..

Tapi start dari saat aku post entri ni,aku janji dengan diri aku nak jadi lebih rajin dan fokus dari yang sebelum ni..aku dah kena jadi lebih rajin sekarang ni,dah la pointer sem lepas drop,takkan la sem ni nak drop lagi..aku nak sambung belajar masuk LLB pulak tahun depan,so sepatutnya dah tak ada istilah malas dalam hidup aku..aku harap kawan2 aku bagi support sepenuhnya untuk aku naikkan balik pointer aku sem ni..final exam pun tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi..adoii,dekatnya..

Start esok,test berderet2 macam kereta yang nak masuk uitm pagi2..huhuhu..wish me luck my friends and my bloggers friends~

Wednesday, February 23, 2011

TERIMA KASIH POKCIK!!

Sekalung penghargaan kepada Ahmad Faiz Fitri a.k.a. Pokcik yang telah belanja aku dan kawan2 satu rumah makan tengahari di Seoul Garden,One Utama..dia belanja separuh,lepas tu yang lebih2 tu kitorang topup2 la sendiri..takkan la nak harapkan orang belanja je kan..ni first time aku makan kat Seoul Garden..sebelum ni duk dengar cerita dari BudakKayaJPA pasal makanan kat sana..fun sangat sebab sem ni aku banyak try benda baru yang aku tak pernah buat lagi sebelum ni..


Mula2 rasa geli jugak bila tengok daging2 mentah tu..so aku amik la yang ringan2 dulu,makan steamboat..biasa la,aku ni jakun sikit bab2 macam ni..lepas daging2 tu masak,aku try la sket..pergghh sedap gila..yang paling sedap coffee chicken..lepas tu tak henti2 tambah lauk sampai la perut ni rasa muak..terbaik la Seoul Garden..nasib baik dapat student price..kalau nak ikutkan bajet duit ni,memang takkan pernah jejak kaki kat sini la,tapi sebab pokcik dah sponsor sikit,so jalan la..THANK YOU SO MUCH MY FRIENDS!

bawah ni adalah sikit2 gambar semasa kejadian..




ALHAMDULILLAH..KENYANG..PELABURAN BERBALOI..

Tuesday, February 22, 2011

Aku Ingin Pulang~



Duduk ku melabuhkan punggung yang serba keletihan dalam kepekatan malam ini..relakan aku berdiri di sini untuk tempoh sedetik supaya aku dapat menghirup udara malam yang segar..hembusan angin yang menyapa pipiku menyembuhkan segala luka akibat panahan cahaya sang suria yang menggores kulit-kulitku di siang hari..aku rela hidup ku begini daripada bersemuka dengan kekalutan dan kekusutan dunia yang penuh dusta dan kebencian terhadap kekhilafan manusia..biarkan aku tenang seketika..izinkan aku senyum merawat hati duka..benarkan aku berjuang melalui tinta..hatiku merintih..andai ada berlainan rasa atau berubah di mana-mana hala angin berlabuh..katakan padaku agar tidak perasaan terpendam..selamat malam sang pendeta.

Monday, February 21, 2011

MENYAMPAHNYA AKU!!

Hye morning!! Assalamualaikum w.b.t..hehehe bukan selalu aku bagi salam kat orang..tak tau la kenapa la susah sangat aku nak bagi salam kat orang lain..padahal bukannya letih pun nak sebut ucap salam tu..ok,,tu bukan isu sekarang..isu pagi2 ni aku nak cerita sikit pasal orang yang tak sedar diri tentang kekurangan diri sampai anggap orang lain semua lebih teruk dan lemah dari dia..kalau bab bercakap,dia la yang paling hebat..kalau nak cerita pasal keburukan orang,tak payah suruh atau tanya dia,tunggu je,kompem dia akan datang sendiri menjaja cerita orang dengan jayanya..


Ada jugak ek orang hampeh macam ni..cakap gah macam dia sorang tak pernah buat silap..tapi kalau time dia buat silap,pandai pulak cover tukar topik la,buat2 tak layan la..deyy,,semua orang buat silap la,normal la tu..dia tu perfect sangat ke?kalau dah perfect,kenapa tak bertanding jadi calon MPP je..tak payah la bagi alasan 'tak minat'..sebenarnya orang macam ni tak yakin dengan diri sendiri,sebab tu la dia suka ungkit salah orang sebab tak nak tunjuk kelemahan diri dia..

Huh,baik aku makan cendol daripada kawan dengan orang macam ni..

Sunday, February 20, 2011

Aku MAsih Dara: Not So Good

Baru je habis tengok cerita Aku Masih Dara lakonan Ashraf Muslim..ahakzz..tengok kat laptop housemate yang 'gila'..betul ke orang kata Ashraf Muslim tu hensem? aku rasa dia tu biasa2 je,lebih kurang aku je..hahaha..sejam lebih tengok cerita tu,boleh kata agak lambat la jalan cerita dia..mesej yang pengarah filem tu nak sampaikan memang bagus,tapi macam ada something wrong je..lakonan pelakon2 dalam cerita tu macam hafal skrip je,tak real sangat..macamsorry la,ni my personal opinion la..

Masuk topik lain pulak,yang ada kaitan dengan filem ni jugak..ada la penulis blog lain yang dengki dengan aku BudakBesarTakSedarDiri (housemate aku yang gila tadi) yang kecoh2 kat blog dia cakap aku perasan muka aku sama dengan Ashraf Muslim..memang totally muka aku tak sama langsung dengan pelakon tu..memang la aku respect kat A.M,tapi aku bukan perasan muka aku macam dia..hish..housemate aku ni dah la perasan muka sama macam fahrin ahmad..habis aku kena kutuk kat blog dia..isk3 sedih ada housemate cam gini..

MPP's ELECTION: VOTE 4 AFIFAH ADZHAN

Rata-rata universiti di Malaysia kebanyakannya sedang buat persiapan untuk mengadakan pilihan raya untuk pemilihan ahli-ahli baru dalam Majlis Perwakilan Pelajar..2 hari lepas (18hb Feb) adalah hari pencalonan bagi calon-calon MPP di UiTM dan tarikh pilihan raya dijadualkan berlangsung pada Selasa 22 Feb 2011 nanti..disebabkan tempoh berkempen adalah sangat singkat,so aku nak tolong la sikit-sikit kawan aku ni yang juga salah seorang calon MPP yang bertanding di Fakulti Law..

nama: Nur ‘Afifah Adzhan
Part 5 BLS
Negeri: Kelantan/Terengganu


Ringkasan Manifesto:
A- Accountability (bertanggungjawab,amanah)
F- Food (fakulti law akan jadi heaven makanan,so tak payah la nak keluar gi mcd time lunch hour)
I- Internet (pasni akan jadi lebih laju,kalau nak view youtube tu,petik jari je)
F- Facility (apa yang student tak puas hati lagi,report je)
A- Academic (bila fasiliti dah lengkap,sama2 la jaga pointer diri dan kawan2,tak ada alasan lagi gpa pelajar jatuh)
H- Home (fakulti kita akan jadi rumah kita,tempat belajar,main,gelak sama2,makan)


manifesto ni aku yang sort out sendiri,kalau ada yang salah,jangan saman aku..
"MENJANA PERUBAHAN"

dah habis baca tu,share la dengan kawan2 lain sekali..bila dah share tu,pakat undi la..
p/s:jangan lupa klik iklan kat tepi blog ni =)hahaha

Speed Trap yang Gila

Kat Malaysia ni,kalau dah kena saman speed trap tu,mesti kecoh..yela,kadang2 limit kena drive sampai 80km/j tapi terlebih sikit je jadi 85-90km/j,pun kena saman jugak..haishh..tapi yang paling best,masa musim perayaan la,terutama yang nak balik Kelantan..aku jamin tak ada orang yang kena saman speed trap sebab jalan jam,macam mana nak pecut..kalau kena saman pun,sebab potong double line,parking..tu je la..


tapi kalau jalan kita macam kat Amerika sana,mesti tak kena saman sebab speed trap..




1) Kat Houston,Texas,speed trap kat sana mencecah sampai 373 (taktau la kat sana pakai km atau miles per hour)..fuhh,,kalau macam ni la gamaknya punya speed trap,kompem la pengguna2 kereta kancil macam aku ni tak kena saman..Any place in Texas could be no.1..haha like3..




2) Sama gak kat Texas,kali ni di Austin..189?? boleh pulak letak exact number kat speed trap..speed trap yang ni solw sikit,tapi still laju..patut la orang kat sana pakai kereta2 besar je kan..kalau kat Malaysia ni nak pakai kereta besar pun,nak bergaya je la,kalau nak speed pun kat ceruk mana je..




3) Las Vegas (187 mph),syurga bagi orang putih..**syurga bagi sesetengah orang kita jugak**..blink2..tapi kat sini ada gak siapa yang drive lebih 70mph je dah kena saman direct..padan muka..hahaha..


ni aku tulis 3 speed traps yang terbaik je kat Amerika..yang lain pun banyak lagi..damn!

Saturday, February 19, 2011

Tugu-tugu Unik Untuk Pencinta Seni

Tengah duk jalan2 kat website,tiba2 terjumpa la sekeping gambar pelik ni..ingatkan lukisan je,rupa-rupanya gambar patung,tak tau la ni gambar tugu ke,arca ke,tiang ke..tapi ni memang hasil ciptaan manusia..lepas tu aku try la search gambar tugu lain pulak,jumpa lagi gambar patung yang pelik-pelik..tak tau la apa motif orang buat patung macam ni,nak kata lawa pun,macam tak lawa je..hahaha..kalau tak percaya,tengok la sendiri..

mak aii..aku rasa yang ni sesuai jadi papan tanda kat tepi jalan la..'AWAS! KAWASAN KEMALANGAN!'..hehehe..tak pun,'ZON MAUT'..




abang oii,,intai sape tu??motif betul patung ni melekat kat dinding..mungkin kepala dia tak sempat buat kot..




binatang paling maju dan moden..siap untuk naik ke bulan..





Ooo mak kau!! hahaha macam real patung ni..suka sangat tengok reaksi muka yang nak jatuh tu..nasib baik sempat jadi keras patung ni..




I found a dead man!! tiba2 ada manusia gergasi mati lemas dalam tasik ni..mati ke tido?kalau dah kepala tu seni,memang seni la hasil kerja dia..




Jari sape yang patah ni? mesti ada orang semadikan dia sebagai arca sebagai simbol cinta ala-ala taj mahal..




Sepatutnya ni la yang jadi trofi kemenangan Akademi Fantasia..MENUJU PUNCAK..

Wednesday, February 16, 2011

Shauki Maravilla bersama peminat di OU dan IKEA

Heyyaa!! Baru-baru ni Shauki Maravilla keluar bersama rakan2 bloggers sambil2 mandi sungai dan pergi tengok Karnival Wow Putrajaya..terngiang-ngiang lagi kat telinga ni dengar Awie dan Amy Search nyanyi..semalam aku keluar lagi,kali ni ke One Utama bersama atas jemputan peminat setia,Chubby dan Faiz..hehehe..housemates lain pergi berkelah kat Port Dickson..bukan taknak join diorang sekali,tapi rasa malas la nak jalan jauh2..

 Bermula dengan makan tengahari dulu kat Pasar Seksyen 6 Shah Alam,lepas tu terus gerak ke One Utama..ni first time aku menjejakkan kaki kat OU..besar gila,sampai nak jalan pun rasa letih..memang takde kerja nak buat pun,nak tengok2 tempat je..nak tengok wayang,takde movie yg best time ni..nak main bowling,tak pandai main..takut orang gelak pulak..nak main game kat arcade,rasa macam budak2 pulak..


So,sambil2 jalan,singgah la kat Big Apple&Donuts..aku makan 2 pcs,jenis Oreo dan Tiramitsu..sedap2..dah lama tak makan Big Apple..borak2 kejap dengan peminat 2 orang tu..bila dah bosan,balik la rumah..


 Bila dah sampai rumah,mata ni rasa macam dah kena gam,nak melekat je..so aku ambil keputusan sewajarnya untuk tidur..mana la tau kot2 kena jangkitan penyakit pulak..


Tu cerita semalam,dah basi dah pun..ni cerita hari ni pulak..Siddique Hakeem,sorang lagi peminat aku ajak makan tengahari kat IKEA,makan meatball..ok,aku ikut je la,demi tak menghampakan perasaan peminat yg sorang ni..


Aku beli set 5pcs je,murah tapi kenyang gila..tambah pulak dengan air honey dew shakebubble tea,memang kenyang la..Alhamdulillah..lepas tu balik rumah,ada discussion buat tutorial Law & Association..pening2 lalat duk fikir nak jawab soalan tu..tapi ok la semua dah settle..peace..

Tuesday, February 15, 2011

KETAGIH BAU KETIAK

Euuwww!! Bunyi pun dah geli..tambah2 lagi yang berbulu dan bau masyam..hahaha..tapi tu la kenyataannya..semalam aku dengar slot sembang di radio Hot FM masa on the way nak pergi kuliah..ada sorang pemanggil tu call Hot FM,pompuan,dia kata dia ketagih bau ketiak suami dia..

Boleh pulak macam tu ye?dah la suami dia baru lepas balik kerja,dia terus mintak nak cium ketiak suami dia..hish,geli la..akak tu siap berlakon lagi dengan DJ radio,Faizal Tahir,cara2 dia mintak nak ciu bau ketiak suami dia..hahaha..tapi bila fikir2 balik,macam sweet pulak laki bini ni,yela,at least ada la benda ‘berharga’ dari suami dia kan..tambah2 bila tengah kuat berpeluh tu,bagi je dia cium bau ketiak tu..hahaha sempoi la kak..

Monday, February 14, 2011

Sejarah yg Mengubah Dunia

Terciptalah sebuah sejarah yang menyaksikan kelahiran seorang wira yang mengubah kehidupan hampir segenap lapisan manusia,tak kira dari mana asal mereka..perjuangan berlandaskan kebenaran terus disebarkan ke serata dunia walaupun wira itu telah lama meninggalkan kita..lupakan dulu Justin Bieber yg botakkan kepala,Lady Gaga dengan baju telur dia,David Beckham dengan latihan poyo kat Spurs,atau Ana Raffali yg menang AJL baru2 ni..kisah2 diorang ni takkan ubah sikit pun apa2 kat dunia ni..gempaq je lebih..


Di sini Shauki Maravilla nak ucapkan Selamat Menyambut Maulid Rasul kepada semua umat Islam di seluruh muka bumi ni..aku nak ajak diri aku dan korang semua,banyak2kan lah selawat dan jadikan amalan harian kita,jangan setakat esok je..perjuangan Nabi Muhammad S.A.W lebih penting dari sambutan Valentine yg orang2 dok kecoh skg ni..sedih la bila ada gak orang Melayu,student UiTM pulak tu,sibuk dok back up nak sambut jugak Valentine tu..korang ni tak tau sejarah ke?

Pape pun,hayatilah semangat perjuangan Baginda menyebarkan Islam..kalau tak,mesti hidup kita dalam keadaan Jahiliah lagi skg..dunia Sains yg berkembang kat Eropah pun sebenarnya asal dari Islam,tapi orang putih saja putar belitkan sejarah,nak bagi Nampak diorang hebat..peace~

Sunday, February 13, 2011

SHAUKI MARAVILLA bersama RAKAN BLOGGERS

Malam tadi kena heret ngan housemates,diorang paksa pergi Putrajaya,nak tengok Karnival Wow Putrajaya..dalam hati ni kata “hish,menyampah betul ada housemate camni..malam minggu orang tengok bola la,bukan tengok konsert”..dah la ada game best: Man Utd v Man City..tapi terpaksa la ikut diorang jugak..


Lepas makan kat medan selera Seksyen 7,terus gerak ke Putrajaya..solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sultan Zainal Abidin a.k.a Masjid Besi..dari jauh lagi dah dengar sayup2 bunyi muzik kat karnival tu,jadi solat pun tak khusyuk sangat la (sebelum ni pun memang tak khusyuk,hehehe)..imam tak habis baca doa lagi aku dah blah pergi konsert tu..huhuhu..



Kat karnival tu ada belon udara panas,ada burger,ada lampu kelip2,ada air kelapa,ada artis..dalam hati aku masa tu nak tengok performance artis je,tak nak tengok benda lain dah..konsert pembukaan oleh Mila,memang best,tak menghampakan..spoiler sikit bila artis jemputan dari Indon buat persembahan..kalau tengok kat tv,dah lama aku tukar channel..



Tapi performance yang paling gempak bagi aku mestilah dari Hujan..mantap, masyuk, menarik, terpegun, tergamam, terkedu, teruja semua ada..persembahan dari Ramli Sarip,Awie,Dato’ Amy Search dan Ella juga tak mengecewakan..lagu Gemilang nyanyian Ella menutup konsert tu dengan iringan dentuman bunga api yang berwarna-warni menyinari kepekatan malam Putrajaya..



Lepas tu balik la,malam masih muda tapi poket sudah kering..on the way balik Shah Alam,singgah kejap kedai makan kat Batu Tiga,minum2 sambil layan cerita ‘Adi dan Ayah’ kat astro ceria..habis minum,terus balik rumah sewa..begitulah al-kisahnya perjalanan hidup pada 12 Februari 2011..



Tahniah kepada pasukan Manchester United yang mengalahkan Manchester City 2-1 di Old Trafford,hasil jaringan Nani dan bicycle kick oleh Wayne Rooney..gol City dijaringkan oleh David Silva..

Tak lupa juga untuk ucapkan selamat hari jadi kepada saudara Saiful Ridhuan~

mandi sungai+R&R Jejantas Sg Buloh+Putrajaya=Free??

Maka bermula lah pengembaraan 11 orang pelajar UiTM ke beberapa tempat2 menarik di sekitar Selangor..awal2 plan takde lah gempak mana pun,nak pergi mandi kat Sungai Congkak je,tapi last2 tukar plan..majoriti kata nak pergi mandi kat Sungai Gabai di Serendah..dengan 3 buah kereta,maka bergeraklah pelajar2 ni selepas solat Jumaat..tapi bertolak lambat sebab kena tunggu semua siap dulu..



Dalam waktu Asar,sampai kat Rawang..lebih kurang pukul 5 petang,sampai la destinasi yang dituju..terkejut gak la sebab memang tak ada orang langsung kat situ..tapi kira ok la,boleh la mandi puas2,tak ada orang nak kacau..dekat maghrib baru kitorang balik,memang puas hati gila mandi air terjun kat situ..



Perjalanan budak2 ni bukan sampai situ je,ada pulak yang bagi cadangan nak pergi The Mines kat Serdang,then terus ke Putrajaya tengok persiapan Karnival Wow Putrajaya..solat Maghrib di masjid kat Rawang..berhenti makan malam kat R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh..makan KFC sambil2 tengok kereta motor lalu bawah jambatan ni..



Lepas pergi The Mines,lepak kejap depan Istana Kehakiman di Putrajaya..mungkin 4-5 tahun lagi sini la destini aku untuk meneruskan karier aku..mungkin kat sini jugak aku akan jumpa jodoh..hehehe..


Jalan2 pulak di sekitar kawasan Karnival Wow Putrajaya..masa tu lebih kurang dah pukul 11 malam..so,rehearsal untuk konsert2 artis pun dah nak habis..sempat tengok band Hujan je nyanyi..walaupun satu lagu je,Mencari Konklusi, tapi memang best gila sampai aku rasa teruja gila..tak habis kat sini je,kitorang pergi lepak kat Village Coffee pulak..majoriti yang ada kat kafe ni orang2 veteran je,tapi kitorang layan je..siap ada karaoke lagi..sape2 pelanggan yang makan minum kat situ boleh pergi nyanyi test power depan orang ramai..sempoi la kafe ni..

Habis lepak,baru la balik Shah Alam..aku,Faiz n Hakeem je balik rumah dulu..yang lain meneruskan agenda yang masih belum bertitik noktah..diorang pergi karaoke kat Quality Hotel..cis,ape kelas nyanyi dalam bilik,nak nyanyi,nyanyi la depan public..aku balik,solat Isyak,terus tidur..sweet dream~

Dah kata pun jalan2,mana ada yang free..tandas awam pun kena bayar..maksud free kat sini ialah pengalaman baru setiap hari yang takkan berulang..klau berulang pun,tetap takkan sama..

Saturday, February 12, 2011

MANCHESTER UNITED NOT FOR SALE!!

Manchester United have refuted rumours that a £1.6bn bid has been made for the club by buyers from the Middle East.

Reports have suggested owners the Glazer family are close to agreeing a deal to sell to a Qatari group.

But a United source told BBC Sport: "There has been no approach and one would not be welcome because the club is not for sale."


United were bought by the Glazers for £790m in May 2005 and came third behind Real Madrid and Barcelona in a global Football Money league table released on Thursday, with Manchester City up from 20th to 11th place.

However, while they have continued to generate cash, the Glazers have been criticised for loading excessive debt on the club and have attracted protests from the fans. 

ps: walaupun sesiapa sahaja yg menjadi pemilik kelab ni,Manchester United akan kekal di persada liga hingga akhir musim dan akan terus berjuang dlam saingan Champions League. glory glory glory!

Friday, February 11, 2011

what a wonderful day with my friends!!

Thanks kawan2 yang belanja aku hari ni..start pukul 2.00 petang tadi,aku keluar rumah pergi ambil Bob kat rumah sewa dia di Seksyen 8 Shah Alam..then,masuk UiTM ambil Ika dan Sally..pukul 3 lebih baru sampai di Sunway Pyramid..jalan2 dulu tengok2 barang,tengok orang,survey kedai makan..


Bob banyak diam je,tak macam selalu yang aku kenal..layan kejap tengok orang main ice skating,rasa nak main je tapi mahal plus tak pandai main..kalau jatuh nanti malu je..dah la ramai orang yang tengok dari atas..so,baik tengok je dari atas orang main kat bawah tu..kalau ada orang yang jatuh,kita gelak la..hahaha..


Lepas tu kitorang decide nak pergi makan kat restoran Kenny Rogers..maklum lah,Sally dan Ika dah janji nak belanja aku makan,so aku ikut je la..ni first time aku makan kat Kenny Rogers..


aku order set Quarter BBQ Chicken plus air Cappucino..perghh masyuk walaupun aku tak pandai makan..hehehe..borak2 sambil makan,ingat balik nostalgia lepas2,cerita pasal senior,mengumpat sikit2..lepas Asar kitorang balik..walaupun kejap je keluar lepak dengan diorang,tapi best..Sally macam blur sket,Ika macam biasa,over confidence..hehehe..cuma Bob je yang banyak diam..


Malam tu pulak Abah aku datang Shah Alam..dapat la aku makan chicken steak percuma kat Station Kopitiam kat pasaraya Bintang Seksyen 7..dalam pukul 11,lepak dengan Mirul dan Najwa di kedai makan Dzart 7..seronok borak sebab dah lama tak jumpa..bila kedai dah nak tutup,baru kitorang rasa nak balik..badan ni rasa penat je,tapi member punya pasal,takde hal la..sampai sini je event untuk hari ni,esok plan nak pergi berkelah kat Sungai Congkak pulak..peace..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...