Thursday, March 31, 2011

Kereta Aku Bukan Teksi

Hadoii..ni la nasib bila kita bagi susu dibalas dengan tuba..bila kita dah tergerak hati nak buat baik dengan orang,selalu jadi macam ni..aku langsung tak kisah kalau kereta aku ni digunakan untuk tujuan kebajikan,tapi kalau nak guna atau menumpang agak-agak la sikit kan..


kereta idaman..mana la tau ada rezeki...

Aku tak berharap pun orang nak bagi upah ke,tambang ke..asalkan dia respect aku cukuplah.. bukannya anggap aku ni sebagai driver dia,senang2 je nak hantar ke hulu hilir..dah la kereta aku ni kecik je,bukannya vios ke bmw ke..kancil je kot..tau kan rupa bentuk kereta kancil macam mana kan?kiut kan?hehehe…

Kadang-kadang orang2 ni tak faham yang kereta tu dah penuh,yang diorang tahu,nak mintak tumpang je..kalau tak bagi,merajuk,lepas tu bawak cerita ke serata dunia cakap pasal perilaku aku ni..kedekut la,bajet la,pilih kasih la..laa nak buat macam mana,kereta aku ni kancil persendirian,bukannya teksi atau bas..

Yang aku duk cerita ni adalah kisah benar yang berlaku pada aku dalam minggu ni..bukannya sorang,tapi ada la dalam 3 4 orang yang rasa nak buat hal dengan aku..dengan member2 ni aku rasa boleh consider la as long as ada rasa sikit hormat..

Kalau orang nak minta aku tolong hantarkan diorang pergi mana2 pun,aku sanggup hantar,asalkan tak ganggu waktu study dan kerja aku..aku ni student je,kadang2 ada jugak masa nak rehat..tolonglah faham..

Hadiah Dari Nuffnang

Hooyyeeaah!! Semalam aku pergi tengok movie HOP kat The Curve..dapat 2 tiket free dari Nuffnang..thanks Nuffnang..Then dapat la souvenire batch nuffnang yang kiut-miut..seronok gila cerita tu,tak sia-sia aku menang tiket tu..hehehe..

Bermula lah pengembaraan aku dengan kawan aku ke The Curve walaupun aku tak biasa pergi sana..so far,baru 2 kali aku pergi sana..Alhamdulillah,tak sesat..senang je jalan nak gi sana,yang aku risau jalan nak balik ke Shah Alam je..maklum la,1st time aku pergi sana,sesat jalan time balik..tapi semalam nasib baik ok,kawan aku tahu jalan balik..tapi tak boleh hafal jalan lagi la,sebab malam2 aku tak nampak sangat..tapi The Curve tak best sangat la kalau nak compare dengan One Utama..


Mula2 kitorang nak gi makan kat McDonald je,tapi macam tak best sangat je surrounding kat situ..cari restoran lain pulak..takmau la makan nasi,dah bosan dah makan nasi tiap2 hari..hahaha..last2,kitorang gi makan meatball kat IKEA..aku beli set 5pcs je tapi kenyang gila..lepas makan,pergi la kat wayang Cathay,sambil2 jalan tu,usha2 kedai baju kat situ..saja je pusing2,nak beli,takde duit..sampai je depan cinema tu,aku cari la blogger2 lain yang menang tiket sekali dengan aku,tapi tak jumpa sorang pun yang aku kenal..nak bergambar dengan diorang dengan diorang pun rasa malu..so aku buat la hal aku sendiri..dah la seat wayang depan sekali,kat tepi pulak tu..lenguh kepala ni nak kena toleh sikit..tapi nasib baik cerita ni tak menghampakan..korang kena tengok la cerita ni,percayalah.....


Tuesday, March 29, 2011

Jerawat???Arrggghh!!!


Memiliki jerawat di muka bukanlah satu pencapaian mahupun prestasi yang boleh dibangga2kan..malah tiada istilah yang mengatakan bahawa jerawat ini sangat komplikated isipadunya.. ces,,apa yang aku mengarut ni..ni aku nak share satu lagi petua untuk wajah yang berseri-seri tanpa musuh jerawat yang mengganggu..


1.Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

2.Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

3.Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

4.Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

5.Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

6.Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

7.Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Cantik Sangat Ke Rambut Kamu Tu??

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".

Dari Ibnu Sirin r. A katanya:."Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:"Adakah Rasulullah S.A.w mencelup rambut baginda?" jawab Anas:"Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu Sirin:"Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?" Jawab Anas:"Ada. Dengan inai." (Muslim)

Sebahagian daripada perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut atau janggut yang telah beruban. Tetapi dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam? Orang yang telah tua, ubannya telah merata sama ada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarnakannya dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim). Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari) Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan) Katam adalah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai sejenis pokok berdaun yang mengeluarkan warna merah. Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.

Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.


Friday, March 25, 2011

Sokonglah Earth Hour

26 MAC 2011 bersamaan hari Sabtu,marilah kita sama2 menyokong usaha untuk menyejukkan hati Bumi yang kian kepanasan saban hari..wah gitu..walaupun ada saranan untuk mematikan bekalan elektrik yang tidak terlalu penting untuk kegunaan sendiri selama sejam sahaja,tapi sekurang2nya ada usaha yang dibuat untuk menyelamatkan Bumi ni..jangan lah bila bencana datang,baru kita nak beringat..

Matikan lampu dan penggunaan elektrik di rumah anda selama satu jam sahaja pada waktu malam (tak ingat pukul berapa) sebagai tanda sokongan..orang kata,sedikit2,lama2 jadi bukit..sedikit demi sedikit usaha yang menyokong ke arah ini,hasilnya pasti ramai yang join sekali..tak rugi pun padam lampu selama sejam kalau nak dibandingkan dengan usaha nak pulihkan balik ekonomi daripada bencana alam..setuju bukan??



Belia Benci Pondan

Ya,aku mengaku sejujur-jujurnya bahawa aku memang tak suka golongan pondan yang dibuat-buat secara sengaja..pondan dengan erti kata lain membawa maksud lelaki yang tidak berupa lelaki yang normal dan berperwatakan seperti perempuan malah lebih gedik daripada perempuan yang biasa..kalau tak setuju angkat tangan cepat2..hehehe..

Kenapa buat alasan memang dah ditakdirkan dia tu seorang yang lembut sejak azali lagi?Takkan la masa beranak kat hospital atau rumah bidan tu,dah jadi lembut macam sotong..logik tak?dah lama aku perhatikan golongan2 istimewa ni..memang la ada yang kata, "takpe la,bukannya dia kacau orang pun..dia buat hal dia sendiri je"..siapa cakap dia tak kacau orang?Yang duk pakai sendat2 tu tak menyerabutkan mata orang ke?Yang duk jalan terkepit-kepit tu tak buat orang rasa mual ke?Lepas tu duk usha2 orang laki yang lalu lalang depan dia..haish dunia akhir zaman..

Aku adalah komuniti yang benci pondan..aku pun bukanlah maskulin sangat,tapi kalau dah dalam IC tu tulis LELAKI,buat la macam laki sikit..cara dressing mengalahkan orang perempuan..muka dah cukup ganas dah,tapi tangan patah la pulak..Kalau dah nama tu Amirul,jangan la tukar jadi Amy pulak..Kalau nama Salleh,jangan la suruh orang paggil Sally pulak..hati dia pulak punya la sensitif sangat,kalah kaum hawa..

Gambar Sekadar Hiasan

Takpe lah,manusia boleh berubah..kita doa je supaya orang2 macam ni kembali normal macam yang dia mula2 keluar dari perut ibu dia dulu..Kalau setakat komen je tak guna..Sekurang2nya mari la kita pakat tolong orang2 macam ni..Kalau diorang nak berubah kepada benda yang lebih elok,apa salahnya kita beri tunjuk ajar yang baik..

Thursday, March 24, 2011

Thank You Nuffnang!!

Bagi blogger lain,ni mungkin perkara biasa je..tapi bagi aku benda ni sesuatu yang luar biasa dan aku rasa sangat happy..yela,1st time menang 2 tiket free screening tengok cerita HOP (cerita kartun si bunny yang comel dengan candy) Rabu depan kat The Curve..Yeaayyy!! Cerita budak2??? Nope!! Bagi aku cerita ni tetap ada keistimewaannya yang tersendiri..

Yang menambahkan lagi perasaan happy aku ni bila melihat mulut2 liar kawan yang langsung tak bagi semangat kat aku untuk menghantar komen kat nuffnang untuk merebut salah satu tempat sebagai pemenang tiket ni- MULUT DIORANG TERTUTUP BAGAI TERKUNCI MATI..hahaha..


Terima kasih Nuffnang, terima kasih Hop sebab bagi aku peluang untuk tengok cerita tu free..hehehe..ini membuatkan aku semakin minat untuk ber-blogging..walaupun income aku baru sikit,aku akan terus bersabar untuk dapatkan Buffered Earning (BE)..so,boleh la jumpa dengan komuniti bloggers yang lain lepas ni..selama ni asyik berhubung dan tengok muka dalam alam maya internet ni je,tapi Rabu depan boleh la tengok muka real sorang2 blogger..

P/s: tengah pening ni,nak pilih siapa lagi sorang untuk teman aku tengok movie ni..

Wednesday, March 23, 2011

Sketsa Dalam Mahkamah 13sx

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.

Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.

Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.

Hakim: Maksud kamu?

Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil “barangnya” yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.

Hakim: !!!???!!!

***********

Soh Ah Peng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah, Jirannya Goh Kai Huat dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.
Peguam bela: “Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?”

Goh Kai Huat: “Tak ada Tuan!”

Peguam bela: “Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?”

Goh Kai Huat: “Tidak”

Peguam bela: “Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?”

Goh Kai Huat: “Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?” sambil tersengih-sengih…


Tuesday, March 22, 2011

Ramai Rakyat Malaysia Gila?

Oh no! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oo...

Tajuk ini tiada kaitan langsung dengan lagu Gila oleh penyanyi kecil molek dari Pulau Mutiara,Mila..Tajuk ini adalah berkaitan dengan saya,anda,orang di sekeliling anda dan seluruh rakyat Malaysia..Apa benar ramai rakyat Malaysia berisiko untuk menjadi gila?Macam tak percaya sebab Malaysia kan dah moden sekarang ni,so mestilah ada teknologi perubatan untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku..tapi sehebat mana pun teknologi perubatan yang kita miliki sekarang,ia hanya boleh mengurangkan risiko manusia untuk menjadi kurang siuman atau gila..

Hasil kajian penyelidikan kesihatan menunjukkan satu daripada lima rakyat Malaysia berisiko menghadapi masalah mental..dan satu lagi berita buruk ialah 14.4% daripada golongan muda termasuk dalam kategori sedang mengalami masalah mental..adoi,tenat..tenat..nampaknya pemimpin Malaysia lepas ni mungkin adalah yang terlepas dari kategori ini..berapa ramai sangatlah orang muda yang tinggal selepas ditolak dari peratusan ni..nak kena tolak lagi dengan yang mati merempit,meringkuk dalam penjara,menagih dadah..



Ini adalah punca-punca utama yang memberi tekanan kepada otak:
  • Sejarah hidup pahit atau tragedi seperti kehilangan orang disayangi
  • Banyak mengalami krisis hidup seperti masalah perceraian
  • Mengalami konflik keluarga
  • Cabaran hidup yang sukar
  • Low self esteem dan coping skills
  • Masalah kemiskinan,kewangan,tiada kemudahan asas atau tempat tinggal sesak
  • Keganasan persekitaran
  • Faktor genetik

Friday, March 18, 2011

SELAMAT HARI JADI ABAH!

ALLAH SELAMATKAN KAMU~

ALLAH SELAMATKAN KAMU~

ALLAH SELAMATKAN ABAH SAYA~

ALLAH SELAMATKAN KAMU~

Amin....

Maka hari ini (18 Mac 2011) genaplah umur seorang bapa kepada 5 orang adik-beradik,termasuk owner blog ni, yang bergelar WAN MOHAMAD ZAIN BIN WAN ABDULLAH..adapun pada tarikh keramat ini beliau telah mengecapi usia 51 tahun..minta maaf kerana lambat memberi ucapan di dalam blog ini,tetapi ucapan selamat hari jadi telah diucapkan dari bibir aku sendiri seawal waktu subuh pagi tadi..entri ini dibuat khas untuk abahku,walaupun beliau tidak membaca blog ini..I LOVE U SO MUCH~

Gambar time raya lepas

Thursday, March 17, 2011

Perut Buncit??Kacang jer.....

Ketinggian dan ketebalan sesebuah perut terletak kepada amalan pemakan tuan si perut itu..kalau banyak yang diisi,maka banyak jugalah yang akan masuk dan disimpan di dalam perut untuk sementara waktu..semuanya bergantung kepada keazaman si empunya perut tersebut untuk terus mengekalkan bentuk perutnya kepada bentuk yang lebih menawan atau sebaliknya..tiada sesiapa pun boleh memaksa si tuan perut itu untuk bersikap lebih optimis terhadap saiz perut beliau..terserahlah kepada beliau untuk menentukan saiz perutnya sebesar dewan atau sekecil lubang tikus..faham kan maksud saya?hehehe..

Tetapi bagi empunya perut yang boleh dikatakan terlebih sedikit daripada paras manusia normal,yang mahukan luas permukaan perut beliau dikecilkan sedikit atau bahasa mudahnya kempiskan perut,boleh lah cuba-cuba petua dari orang-orang yang terdahahulu daripada kita..


1. Perkara yang paling penting ialah minum air suam atau air kosong tanpa ais dengan banyak,terutama ketika bangun awal pagi..ini juga merupakan salah satu petua awet muda..

2. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purutyang telah diperah jusnya..gaulkan dan sebatikan kedua-duanya hingga sebati..sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur..biarkan kering hingga ke pagi..amalkan secara konsisten..

3. Amalkan minum air teh o yang diperah dengan air limau nipis..pastikan air teh o itu tidak ditambah dengan gula..

4. Buat senaman perut..tarik nafas..hembus..perlahan2 setiap hari..hehhehe..

Wednesday, March 16, 2011

Pantun untuk Manchester United

Lenggang kangkung si Najwa,
Tiba-tiba jumpak Pak Sahakz,
Assalamualaikum untuk semua,
Semua sihat? ahakzz....

Lepas terhantuk kena sengat,
Sebab mengorat cik Shamila,
Malam tadi mengantuk sangat,
Tak larat bangun tengok bola.

Kalau nak beli external 640 gigs,
Brand Buffalo la paling jimat,
Rooney,Berba,Vidic,Giggs,
Jaringan Chicarito la paling hebat..

Pen habis dakwat,
Beli je kat kedai Pak Mat,
Apa boleh buat..
Sentuhan Ferguson jadi azimat..


Sekadar pantun rekaan dari shaukimaravilla sempena kemenangan Manchester United terhadap Marseille 2-1 awal pagi tadi..penyokong kelab lain jangan marah,jangan dengki ye..hahahaha~~

Monday, March 14, 2011

Spek SM Pecah:Sehari Hidup Dalam Kekaburan

Assalamualaikum..dah lama aku tak update blog ni..minggu lepas sibuknya takde la sikit..tak ada masa untuk berblogging atau nak berjogging ke blog kawan2..sorry la kepada sesiapa yang tak sempat nak balas kunjungan anda ke blog ni,terutama kepada pengikut2 yang semakin bertambah dari hari ke hari..terima kasih kerana sudi melawat blog yang tak seberapa ni..Insya Allah aku akan cuba upgrade sikit blog ni..hehehe..

Nak sharing sikit ni,semalam lepas makan malam dengan housemates aku,kitorang pergi la kedai spek kat depan kedai makan ni..Faiz dan Hakeem nak usha2 spek sebab diorang nak beli spek baru..dah alang2 duk kat kedai tu,aku mintak la tuan kedai tu tolong fix kan bingkai spek aku ni sebab dah lama jadi longgar..lepas 5 minit,dia bawak keluar spek aku dan tunjukkan spek aku tadi..cermin sebelah kanan spek aku pecah sebab dia salah fix..tapi dia bagi alasan cermin aku takde kualiti..


Nasib baik la dia bermurah hati ganti balik cermin yang pecah tu dengan yang baru..free of charge..tapi masalahnya spek aku akan siap dalam masa sehari,so aku terpaksa la mengharungi dunia ni dalam pandangan yang serba kabur..Sehari dalam kelas hari ni aku memang rasa tak selesa gila sebab tak nampak apa pun kat whiteboard..yang aku mampu buat cuma tundukkkan kepala dan salin je nota mana yang aku dengar..takpe,nanti boleh salin balik dengan member2 aku..Alhamdulillah lepas Maghrib tadi spek aku dah siap..sekarang ni dah boleh tengok balik dunia nni dengan jelas..hehehehe~

p/s: manusia akan rasa syukur bila nikmat itu ditarik untuk seketika dan kemudiannya dipinjamkan oleh-Nya sekali lagi..

SELAMAT HARI JADI MA!!

ALLAH SELAMATKAN KAMU.......

ALLAH SELAMATKAN KAMU..

ALLAH SELAMATKAN IBU SAYA......

ALLAH SELAMATKAN KAMU...

(pom..pom...pom..bunga api...sweet...)

My Mum...


Hari ni 14 Mac 2011 adalah HARI JADI MA SAYA, WAN ZAINAB BINTI WAN ABDULLAH, yang ke-49..sorry lambat post sebab kelas hari ni penuh dari pagi sampai malam..tapi sebelum subuh tadi dah mesej dah ucap happy birthday..I LOVE MY MUM SO MUCH!!!

Hanya ni je yang mampu nak bagi..hehehehe..

Happy birthday juga kepada kawan seangkatan Maravilla, Mohd Shamsul Fahmi Mohd Sapian a.k.a Sam~

Saturday, March 12, 2011

Orang Ketiga Dalam Hubungan??

Bagi sesiapa yang pernah atau sedang bercinta,atau pun yang dah kahwin,pernah tak korang mengalami nasib ditinggalkan oleh pasangan korang disebabkan oleh orang ketiga?ala,dalam ramai2 ni kompem ada punya..mesti bengang kan kalau tiba2 kita tahu pasangan kita tu curang dengan orang lain..tambah panas lagi bila si dia minta putus dan bagi alasan:

Belum betul2 sedia lagi...
Nak fokus kat study dulu la...
Baik kita berkawan je dulu,kenal hati budi masing2..
Kalau nak kat saya,kena penuhi syarat2 yang saya bagi ni..kalau tak jangan harap..
dan lain-lain alasan yang sewaktu dengannya....................


Bagi mangsa (dalam kes ni,hahahahaha) masa si dia bagi alasan macam ni,diorang boleh terima lagi..tapi bila tiba2 si dia terkantoi rupa2nya ada balak lain,hangatnya hati Tuhan saja yang tahu kan..oppsss..bukan perempuan je buat macam ni,si teruna pun sama..teruna ke?haish~

Kalau macam ni la perangai mereka2 ni masa tengah bercinta lagi,macam mana la kalau masa dah nikah nanti..kesian anak bini kat rumah selalu kena tinggal..dah masa muda ni dah terbiasa buat kerja2 macam ni,tak mustahil la dah nikah esok2 dia boleh buat macam ni lagi..rendahnya nilai cinta diorang ni..


Hmmm bila fikir2 balik kan,kalau kita boleh gubal sendiri undang2 khas untuk golongan dan spesies macam ni,korang rasa apa hukuman yang setimpal dengan perbuatan diorang ni?ni aku bagi soalan objektif,macam sekolah dulu la,pilih jawapan yang paling tepat..

A) Kalau dia curang,kita pun boleh curang (tak rock sangat la)
B) Umpat keji kat facebook dan twitter..
C) Rejam sampai mati (bagi pasangan yang dah kahwin,tak silap aku boleh..cuba refer balik buku teks agama..hehehehe)
D) Sabar je la..bunga bukan sekuntum,kumbang bukannya seekor (amboi,ada ke orang baik macam ni?)
E) Lu pikir la sendiri!!

Patut kena gilis dengan motor je..hahahaha...
Ini sekadar pendapat dari shaukimaravilla..kalau ada sesiapa yang tak setuju,abaikan entri ini..hehehe..

Friday, March 11, 2011

Bila Bumi Mula Merajuk

Sekarang ni gempar seluruh dunia bila Jepun dan beberapa negara lain dilanda gempa bumi yang dahsyat dan tsunami yang menakutkan..nasib baik Malaysia tak kena macam negara2 lain..kepada keluarga atau rakan2 yang ada dalam situasi cemas sekarang ni harap bersabar la ye..kita orang2 kat Malaysia mendoakan supaya kamu semua selamat..

Tsunami akibat gempa bumi yang melanda Hitachinaka,Jepun.

Gempa bumi,tsunami,gunung berapi,taufan dan macam2 lagi bencana bukan lagi perkara baru dalam hidup kita..sepatutnya kita berasa insaf sebab ni semua mungkin tanda2 bumi nak protes kat manusia sebab layan dia teruk sangat..ye la,semua tau kan ada manusia2 yang tamak dan tak tahu bersyukur duk serap je semua galian dan sumber bawah tanah tanpa ganti balik..teknologi kita belum mampu nak cipta sumber2 tu semua,so kena la jugak sedut semua hasil2 dalam bumi..

Bumi kita dah makin sakit..umur dia pun dah tua..so kita sebagai manusia yang berhemah,pandai2 la control sikit barang2 yang kita pinjam dengan bumi ni..jangan sampai masanya nanti bumi ni tak boleh berfungsi dengan baik,baru nak menyesal..macam kereta la,bila dah lama pakai tapi tak jaga enjin dengan elok,cepat la rosak enjin kereta tu..lepas tu dah tak boleh guna dah..kereta tak apa lah,boleh ganti dengan yang lain..kalau bumi kita?takkan nak ganti dengan planet marikh pulak kan.. 


Kat Malaysia ni pun,penguasa dah bagi warning,terutama kepada orang2 pantai timur..kat Pantai Batu Buruk,polis sibuk berkawal,takut2 tempias2 tsunami datang serang Malaysia pulak..aduii,,tobat la sahabat sebelum tiba waktu kita pulak..

Kenapa Entri S.M Pendek?

Kalau korang perasan entri aku yang lepas2,semuanya pendek2 je kan..kalau korang perasan la..kalau tak perasan tak apa,bukan jadi satu kesalahan pun..kenapa ek aku suka tulis pendek2 je.....?


Sebab......


Aku tak ada idea sangat nak buat entri..


Semua yang aku tulis tu terlintas dalam hati aku,so kalau entri aku pendek,maknanya aku suka fikir sikit2 je..hahaha..


Dah lama tak buat esei panjang2,masa Form 5 dulu seronok la tulis panjang2,siap ada vocab baru lagi setiap kali exam..ayat mesti nak bunga2..


Aku suka baca entri yang pendek2 je kat blog orang..kalau ada dengan gambar2,lagi aku suka..tak ada la bosan sangat nak baca...


Aku tak suka copy and paste dari blog orang..sebab ada jugak blog2 yang aku terbaca tu,isi sama je dengan blog lain..


Aku tak pandai nak melawak atau buat lawak..aku just suka gelak je bila baca entri2 yang lawak..hehehe..tapi so far,aku enjoy baca blog2 kawan aku,sebab aku tau tu isi hati dia..


Sebab aku tak ada banyak masa pun nak buat entri baru,sekarang ni banyak kerja nak kena buat..masa tu terhad sangat..kalau ada gap masa,baru aku masukkan entri baru..


Orang bukan kisah pun kalau aku post entri baru..hehehe..ye ke??hmmmm....


Ok la pembaca yang setia membaca blog aku ni,happy berblogging ye kawan2..

Wednesday, March 9, 2011

Bloggers,Jangan Gaduh-Gaduh!!!

Sekarang aku rasa dunia blog ni kecoh dan hot sikit sebab ada la entri dari blogger-blogger tertentu yang gaduh sama2 kita ni..mau bikin panas dengan isu blogger yang berlagak,kedekut,bajet hot,tak malu or whatsoever..apa ni,,kita kan sama2 blogger,buat apa nak gaduh..pedulikan blog kita je sudah la..kalau tak suka entri blog orang lain,tak payah la baca..buat apa la nak buang masa burukkan nama blogger lain..kalau dia ada buat mana2 statement yang silap dan salah,tegur la elok2..buat apa nak kutuk2 orang ni,mana la tau satu hari nanti orang yang kita kutuk tu bakal menjadi abang ipar kita pulak nanti..hahaha..relax2 sudehh..


Tak ada faedah pun duk kutuk2 orang dalam blog ni..kalau kamu tu berani sangat,cakap la depan2..tak macho la bro kalau tulis kat blog je,tapi depan2 buat baik pulak..aku buat entri ni sebab masa aku ngah berjogging kat blog2 orang lain,tiba2 tnampak la satu blog ni duk tengah kutuk blogger lain..then aku jogging lagi ke blog2 yang aku sempat jogging,terbaca la pulak entri yang defend diri dia kenapa dia jadi macam tu..


Apa daa..macam budak2 je gaduh ni..malu la sikit..isu kecik pun mau bikin panas ka??bagi aku,blog ni memang tempat luahan hati blogger masing2 tapi kalau nak buat sebagai tempat kutuk2,sorry la sikit..nak umpat2 orang,pegi makan ketupat la..nak keji2 orang,pegi makan saji la..kita blogger ni kena bersatu hati..betul tak??hahahaha..

Tuesday, March 8, 2011

Happy Birthday to My Brother

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

HAPPY BIRTHDAY TO AIYAD...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...


Selamat hari jadi kepada adik aku yang bernama Wan Ahmad Aiyad..sebenarnya birthday dia semalam,7hb Mac..tapi sebab aku sibuk sangat,tak sempat nak update blog..so,aku wish hari ni la..sepatutnya hepi belated bday la kan??tapi tak pe la,aku dah mesej wish untuk dia..just nak buat entri khas untuk dia sempena hari ulang tahun kelahiran dia~

Sunday, March 6, 2011

Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2011

Senarai nama orang terkaya yang terkini dah keluar..cuba teka siapa yang mengungguli carta ni..hehehe mesti semua dah boleh agak kan..orang yang sama macam tahun lepas jugak,tak banyak yang berubah pun dalam senarai ni..


No.1 konfem2 la Tan Sri Robert Kuok Hock Nien..berumur 87 tahun, harta bernilai US$12.5bil..sumber utama kekayaan beliau ialah dari syarikat Wilmar International.

Kekayaan seterusnya diungguli oleh Tan Sri T. Ananda Krishnan..berumur 72 tahun, harta beliau mencecah US$9.5bil..mestilah dari syarikat Maxis Communications Bhd.


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tempat ke 7 lagi untuk tahun 2011 dengan kekayaan bernilai RM8.84 billion..ranking ni tak banyak pun berubah dari tahun lepas.


Haish,bila la orang Melayu dan Bumiputera ni nak menguasai ranking ni..padahal kita adalah kaum majoriti di Malaysia..tapi aku yakin satu hari nanti pasti ada orang2 kita akan ambil alih dan kuasai carta ni..So,kita ambil la pengajaran supaya bekerja lebih keras untuk mantapkan ekonomi diri sendiri dan negara..kaya tu pun penting dalam Islam..semoga kekayaan kita nanti dapat membantu golongan yang memerlukan~

Saturday, March 5, 2011

Kris Dayanti Nak Kawin Dah...

Kris Dayanti dah nak kawin??kenapa dia tak tunggu aku??at least jemput la aku sekali pergi majlis dia..hehehe aktress Indon tu sedang menghitung hari untuk saat2 bahagia dia bersama bakal suami baru,Raul Lemos..amboi,sekarang dia tengah sibuk susun nama tetamu untuk majlis kahwin dia,sampai lupa nak letak nama aku sekali..mentang2 la Raul Lemos tu usahawan terkenal dari Timor Leste..hehehe tarikh berlangsungnya hari bahagia mereka berdua pada 24 Mac 2011 di Hotel Mulia,Senayan,Indonesia..


Tunggu la aku kahwin nanti,aku nak jemput semua housemates aku,rakan2 bloggers,warga UiTM,budak2 GPMS,budak2 sekolah lama(rendah n menengah),imam2,artis2,orang politik..hahaha..mesti gempaq..kalah Syed Muzaffar~

Friday, March 4, 2011

Plants vs Zombies..So Sweet...

Ada tak sape2 kat sini yang suka bangat main game Plants vs Zombies? hmm sweet kan game ni?aku copy game ni dari laptop kawan aku..mula2 main,aku ingat ni game untuk budak2 je,nampak macam game bodoh je..tapi bila aku dah bosan tak tahu nak buat kerja apa lagi kat dunia time petang2,so aku memilih jalan hidup aku untuk bermain game ni dengan penuh perasaan..syok gila beb..


Kawan aku,Topek la yang ajar aku main benda ni..mula2 kena tanam dulu baja2 yang dia bagi,then kena protect tuan rumah daripada kena makan dengan zombie2 yang hodoh,buruk dan menakutkan..zombie2 ni pun stylo,ada yang pakai kon kat kepala,ada yang emo,zombie yang muka macam elvis presley pun ada..hahaha..cahaya matahari paling penting dalam game ni untuk dapatkan point untuk tanam seeds lain yang ada power stylo mylo..boleh lawan kat atas bumbung,dalam air,part yang paling aku rasa susah bila battle waktu malam..sebab tak ada cahaya matahari..so,kena produce sendiri..lambat la sikit..hehehe..boleh la nak lepas kan angin2 dalam badan time2 tak busy..yela,dah penat seharian duk dalam kelas,hidup ni kena la enjoy jugak kadang2..

Bagi sesiapa yang belum try lagi game ni,aku cadangkan korang main la..rugi kalau tak main..hehehe..peace~

Thursday, March 3, 2011

JANGAN GADUH DENGAN RAKAN SEKERJA!!

Ahakz,tiba2 pagi ni dikejutkan dengan berita bahawa kelas Insurans cancel..so,ada masa la untuk berblog di agi yang indah dan mulia ni..dah lama aku tak kongsi tips dengan pembaca blog ni..ok,kali ni kita sentuh pasal macam mana nak jaga hubungan dengan rakan sekerja..yela,since kita kerja kat tempat sama,kena la jaga sikit adab2 sesama kita,kita kerja ni bukan untuk setahun dua je..mesti la bertahun2 jugak kan..tak nak cakap banyak,korang layam je ok.......



1) Selamat Pagi..Ohaioo..Good Morning!!
Pagi2 bila dah masuk ofis atau tempat yang anda kerja tu,ucapla salam atau greetings kat rakan2 yang sama tempat kerja dengan anda..tak kira la apa pangkat dia,tukang kebun pun kita kena tegur juga..nampak macam budak sekolah kan??tapi bila kita mesra dengan semua orang,orang akan mesra dengan kita balik..


2) Lepas Tangan
Dah ketua kamu bagi kerja kat kamu,jangan la mengada2 suruh orang lain buat pulak..nanti kalau kawan kamu buat silap,tuduh dia pulak..padahal tu kerja kamu..sebaiknya,kalau rasa macam taak sempat atau tak pandai sangat,minta tolong dengan cara yang berhemat..orang pun akan tolong dengan rasa ikhlas..


3) Buat Amal Jariah
Bagi la sikit penghargaan kat rakan2 sekerja tu..time rehat atau lunch hour,belanja la diorang kadang..setakat yang kita mampu cukup la..kawan2 kita pun paham,gaji kita lebih kurang diorang jugak..tapi jangan berkira sangat dengan kawan,nanti orang menyampah..


4) Bayar Hutang Aku!!
Kalau dah berhutang dengan kawan,pandai2 la bayar bila dah masuk gaji..jangan la nak tunggu hujung bulan depan pulak..kata takde duit,tapi bila masuk gaji pergi joli habis2 dulu..hutang taknak bayar..semasa nak pinjam duit,mulut manis bagaikan madu tebu cicah madu,tapi bila diminta bayar,muka jadi masam mcam cuka yang ditabur garam..hahaha apa yang aku mengarut ni..


5) Jangan Jaga Tepi Kain Orang
Tolong la hormat sikit privacy kawan tu..memang la kamu akrab sangat dengan kawan kamu,tapi jangan la sampai tahap dia nak pergi tandas pun kamu nak ikut..lepas tu siap check lagi inbox handphone kawan dia..lama2 buat macam tu nanti dia akan rasa rimas,lemas dan gelisah..hehehe..




Hubungan profesional yang baik dapat menjamin suasana harmoni di tempat kerja..have a nice day people~~

Wednesday, March 2, 2011

"Saya Seorang Perokok"

"Ya,memang saya merokok"..itulah statement shauki maravilla (tuan punya blog ni) apabila ditemu bual oleh kawan2nya..haish,betul ke aku pernah buat statement macam ni?macam tak caye je..ow,memang betul la aku aku pun termasuk dalam kategori perokok jugak,tapi bukan sebagai penghisap rokok,tapi sebagai perokok pasif,atau nama manjanya penyedut asap rokok orang lain..


Memang dari dulu lagi aku duk sedut je asap rokok orang2 kat tepi aku ni,tapi nak buat macam mana kan,kalau tegur nanti dia sound kita pulak..TAK MACHO KE ORANG LELAKI KALAU TAK MEROKOK? bagi aku,tak kisah la orang cakap aku skema atau tak macho sebab tak hisap rokok..dah memang aku tak rasa langsung nak hisap rokok tu..aku teringat lagi pesan mak aku,ada satu malam tu dia pernah pesan kat anak2 dia yang comey lotey ni,"ma haramkan anak ma hisap rokok"..so,kalau aku nak hisap jugak,maknanya aku kena mintak permission dari mak aku dulu la..hehehe..


Aku tak pernah pun mendiskriminasi orang yang hisap rokok ni..kawan aku ramai je yang hisap rokok,tapi aku ok je..aku pun tak pasti apa hukum merokok..ada yang kata haram,ada yang kata makruh,ada pulak yang kata harus..ni aku dengar dari mulut seorang ustaz sendiri,bukan aku main tulis je..tapi bagi yang merokok tu,agak2 la sikit nak merokok pun,JANGAN LAH HEMBUS ASAP ROKOK KAT MUKA ORANG atau MEROKOK KAT TEMPAT ADA AIRCOND..aku lemas..aku pun nak hidup lama jugak..banyak benda lagi aku nak buat dalam hidup ni..hahahaha..

Tuesday, March 1, 2011

Nyaris Dapat Nikah Free

Malam semalam lepas habis test paper Association,aku,Intan Ueen dan Ika pergi ke Puchong melawat keluarga member Maravilla kitorang,Azlina sebab ayah dia baru meninggal Ahad lepas..Innalillahi wa inna ilaihiroji'un..Semoga roh arwah ditempatkan bersama roh2 orang yang beriman..sebelum cuti gong xi fat choy lepas,kitorang sempat melawat arwah di Hospital Serdang..ajal dan maut semua dalam kuasa Allah..masa kita nanti pun tak tau bila..tak kira la orang muda ke tua ke,semua kena sedia dari skrg lagi..


Sebelum sampai rumah Azlina,aku park la kereta kat Masjid Besar Puchong sebab nak tunggu Alisa,Noriah n da geng....tiba2 ada orang tanya aku "dik,adik nak kawin kat masjid ni ke?" 

Hah??tergamam aku bila dia tanya macam tu..mungkin sebab aku pakai baju melayu kot,sebab tu la orang tu tanya..

Tengah duk lepak2 tu,tiba datang sorang lagi pakcik,dia tanya "awak ke yang nak nikah tu?cepat sikit"

Aku explain la kat pakcik tu yang aku tengah tunggu kawan aku,bukan nak pergi kawin..rupa2nya kat masjid tu memang ada orang nikah,tapi pengantin lelaki belum sampai lagi..patut la orang ingat aku yang nak kawin..padahal aku pakai baju melayu biasa je kot..mungkin muka aku sesuai jadi muka pengantin,sebab tu la orang tanya..hahaha..

Masa pergi ziarah kat rumah Azlina semalam,aku sorang je laki di kalangan member2 aku yang join sekali..mula2 aku lepak kat luar je dulu,sembang dengan pakcik Azlina..lepas tu diorang ajak aku masuk rumah..aku masuk je la..tiba2 Noriah bagi aku surah Yaasin then suruh aku lead baca Yaasin..hehehe ketaq lutut nak baca,,first time kot lead baca Yaasin..semuanya ok,tapi bila masuk part doa tu,punya lah panjang,aku pun tergagap2 jugak la nak baca doa tu sampai habis..nasib baik ok..tak biasa..berpeluh jugak la nak habiskan doa tu..hehehe..pengalaman pertama,dapat la aku belajar sikit2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...