Wednesday, June 29, 2011

Lelaki Frieskies Dikatakan Jambu

Frieskies kat rumah ni yang beli bulan lepas dah nak habis ni..hadoi,,2 3 hari lagi nak kena beli yang baru pulak..dah la mahal.. kalau dapat gaji baru boleh beli,kalau gaji tak masuk2 gak, makan ikan je la wahai kucing ku.. macam tak biasa pulak..nasib baik si Ganmo ni tak memilih bab2 makan ni..semua dia makan,so takde la susah sangat nak jaga dia..tapi lepas raya nanti sape la nak tolong jagakan kucing ni.. pagi sampai petang takde orang kat rumah..malam je baru semua ada..nasib kamu la kucing.. huhuhu..

Nak dijadikan cerita pasal Frieskies ni, aku teringat la peristiwa masa nak beli Frieskies kat Pasaraya PKT bulan lepas..cari punya cari satu kedai tak jumpa gak frieskies ni.. rupa2nya ada betul2 depan kaunter bayaran.. ceh,masa mula2 masuk tadi bukannya nak tengok betul2.. kan dah letih tu mengejar benda yang tak pasti.. hahaha.. masa aku nak amik packet makanan ni, ada 2 orang pekerja kat situ tengah duk tampal tag harga kat rak sebelah tapi agak mengganggu laluan aku.. (perempuan).. aku main amik la satu.. kat atas packet tu ada tulis 'perisa purina'.. aku fikir ada perisa lain ke selain daripada purina ni.. selama yang aku usha2 kat kedai, semuanya perisa purina.. tak pernah nampak pulak perisa lain..


So aku tanya la staf kat situ "frieskies ada perisa ni je ke?ada perisa lain tak?"

Staf tu jawab "kat atas rak tu je yang ada stok..yang lain dah takde"

Aku amik je la satu packet yang ada kat situ..tiba2 aku dengar staf tu berbisik dengan kawan dia "Aww, jambunya dia beli frieskies untuk kucing dia".. dengar je diorang berbisik,aku senyum sorang2.. bukan sebab bangga dengan apa yang staf tu cakap, tapi aku senyum sebab skrip kat atas ni adalah rekaan semata2 (part yang xde skrip je yg betul).. kalau tak caye,tanya la pekerja2 kat situ.. hahaha.. gurau senda petang2 ni kan elok.. senyum, tak perlu kata apa~ meow~~

Saturday, June 25, 2011

Jiwa Tak Keruan

JIWA KU TERGARI.. MULUT KU TERKUNCI..

Just entri sesuka hati..nak update mood yang ntah tak tahu kenapa..tak keruan..cewahh..tak ada benda yang penting pun,tapi mungkin aku yang paranoid atau syok sendiri.. Tetiba saja aku rasa takut pada kekalahan, tak yakin dengan diri sendiri.. ada sesuatu yang aku nak luahkan,tapi bukan untuk masa ni,bukan untuk waktu ni..biarlah masa dan keadaan yg menentukan..tak tahu kepada siapa untuk luahkan..

Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa merentasi pelangi~

Hahaha layan jiwang jap laa.. okeh,nak pejam mata dulu.. oyasumi!!

Wednesday, June 22, 2011

30 000 Orang Hodoh Kena Reject

Hahaha bunyi macam tak logik dan tak senonoh,tapi tu la kenyataan yang berlaku kat Copenhagen,Denmark.. laman web yang popular kat sana beautifulpeople.com yang memberi syarat keahlian supaya berwajah cantik,tampan dan menawan.. maknanya,orang yang kurang cantik atau bahasa kasarnya hodoh tak layak untuk jadi ahli.. kahkahkah.. syarat macam ni pun ada jugak.. aku baca dalam paper tadi, 30 000 ahli baru telah disingkirkan sebab tak memenuhi syarat untuk menjadi cantik dari kaca mata admin..


Hehe sape yang berminat untuk jadi ahli website ni,silakan.. tapi kalau kena reject,faham2 la ye..=) jangan kecoh2 kat orang,nanti kita pulak yang kena kutuk.. cermin diri dulu sebelum join.. mesti admin dorang sakit perut duk gelak sebab tengok muka2 ahli dorang..

P/s: aku ni layak ke nak jadi ahli diorang? hahaha..rasa nya tinggi tak berapa cukup,saiz badan tak berapa cukup..

Tuesday, June 21, 2011

SM Menentang Bersih 2.0

Salam.. ni first time aku tulis blog berkaitan dengan politik.. yela, 2 3 menjak ni kecoh dalam tv, dalam radio, orang cakap sana sini pasal Perhimpunan Bersih 2.0 oleh tiga penjuru yang berbeza ideology yang dijadualkan pada 9 Julai 2011.. pada pendapat aku, politik Malaysia ni masih belum matang.. macam budak kecik..  kenapa aku tentang Bersih 2.0?


1. Kalau dah tak suka kerajaan tu,undi la pihak lain masa pilihan raya nanti..tak payah la nak susah2 adakan demonstrasi,duk sesak2 kat tengah jalan raya semata-mata nak sampaikan memorandum kpd Yang Di Pertuan Agong..buat je proper appointment dgn Baginda, lepas tu bincang apa yg nak dibincangkan.. tak payah la nak libatkan ramai orang dalam hal ni..

2.  Kalau la ditakdirkan ada kemalangan masa perhimpunan tu nanti macam mana? Tiba2 ada orang pengsan sebab panas sangat,ada yang sesak nafas kat tengah2 orang ramai..sape nak bertanggungjawab?

3. Mesti ada jalan yang kena tutup nanti kan.. nasib baik buat kat KL, so aku tak kisah sangat..tapi kalau buat kat Kelantan, memang aku tentang habis-habisan.. orang nak jalan pun terbantut sebab jalan kena tutup.. orang lain pun ada hal masing2 gak.. kalau ada emergency,kot2 ambulance nak lalu ke.. bukan senang ribuan manusia yang berhimpun tu nak bergerak ke tepi nak bagi laluan..

4. Ada yang suruh tengok balik kat sejarah negara kita yang adakan demonstrasi menentang Malayan Union.. nak tanya sikit,tu tahun berapa? Sekarang tahun berapa? Relevan lagi ke kita pakai pelita sedangkan lampu elektrik dah ada? Kenapa sekarang kita dah tak pakai dapur kayu atau arang macam zaman dulu? Sebab,zaman dah berubah.. mungkin dulu demonstrasi diterima pakai sebab kita tidak berkuasa dalam pentadbiran, tapi sekarang keadaan dah jauh berbeza..

5. T-shirt Bersih dijual pada harga RM15 sehelai dan ada yang dijual pada harga RM20.. kalau 100 orang beli,untung2.. kalau 1000 orang beli,untung3..

6. Kalau SPR dilihat tidak telus dan adil, kenapa tidak dipertikaikan tsunami politik pada PRU 2008 yang memihak kepada pembangkang..adakah kemenangan pembangkang pada masa itu juga adalah tidak adil?

Ini hanyalah pendapat aku.. terpulanglah kepada anda untuk menilainya.. anda berhak tentukan kerajaan mana yang anda mahukan.. kalau betul rakyat dah tak suka kerajaan sekarang,biarlah PRU akan datang jadi penentu.. jangan ambil banyak masa rakyat semata2 untuk perhimpunan ini.. buat kerja dan rakyat sendiri akan menilainya.. Tapi kalau ada jugak perhimpunan ni nanti,buat lah secara aman dan terkawal.. semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat, Insya Allah~

Sunday, June 19, 2011

Diari Ku Sepanjang Minggu Ni

Hadoi,bukan senang nak curi2 masa nak tulis blog ni..walaupun keje sebagai cikgu ni bukannya penat sangat,tapi tak tahu la apa sebab nya aku sekarang ni dah tak suka sangat lepak depan lappy ni lama2..setakat view facebook,amik masa dalam 10 minit stalk fb orang lain,then log out.. sepanjang minggu lepas,ada la 2 3 events dalam hidup aku.. penting ke,tak penting ke,semua ni dah berlaku dalam hidup aku..wah,bunyi macam pasrah pulak..hehe takde pape lah..


11.6.2011- kenduri kat rumah family angkat kat Berdang,Jeli.. kepada warga GPMS UiTM yg menyertai GOKIM JELI Dec 2010, pak din kirim salam~ The Red Warriors kalah dalam Piala FA menentang Terengganu.. Terengganu bukan best sangat pun,nasib je tu.. pape pun,tahniah diucapkan kerana terus berjuang.. Liga Super milik kita! gomo kelate gomo!


12.6.2011- Cuti Peristiwa di Kelantan.. cuti lagi.. haish~ Aiyad dah balik ke MCKK, Wafaa dah balik asrama,so dah takde sape2 dah kat rumah ni.. sunyi pulak rasanya.. Kucingku Ganmo selamat melahirkan anak sulungnya 3 ekor.. so sekarang ni dah ada 9 ekor kucing kat rumah ni,,tak larat nak jaga..

13.6.2011- takde pape yang best kat sekolah..semuanya macam biasa je..

17.6.2011- Result exam Part 5 dah keluar.. Alhamdulillah naik,tapi takde la tinggi sangat..cukup2 makan je..tahniah kawan2 yg dapat result gempaq tu..

18.6.2011- Kenduri abg kawan aku, Ikhtiman.. balik tu,terus hantar adik aku pergi tuisyen..sambil2 tunggu dia habis kelas,lepak kat Billion..tapi tak best sebab poket dah kering..lambatnya gaji nak masuk.... huhu..

Ps: Al Fatihah buat arwah Zami Ismail.. takziah kepada keluarga arwah~

Saturday, June 18, 2011

Geun-Suk Paling Hot

Jejaka berusia 24 tahun ini melakar kejayaan luar biasa di negara asing, terutama Jepun apabila lakonannya dalam You Are Beautiful diulang tayang pelbagai saluran televisyen negara itu. Kemunculan single perdananya, Let Me Cry yang turut dilancarkan pada 27 April lalu mendapat sambutan hangat, sekali gus meletakkan Geun-suk sebagai bintang Asia terhangat. 

Jejaka yang dilahirkan pada 4 Ogos 1987 di Danyang County, Wilayah Chungcheongbuk, Korea Selatan itu memulakan karier seninya pada usia enam tahun sebagai model iklan. Karier lakonan Geun-suk bermula pada 1997 menerusi sitkom terbitan HBS, Selling Happines. Ketika di sekolah menengah, Geun-suk begitu terpengaruh dengan muzik dibawakan Ken Hirai selain band rock Jepun, L'Arc-en-Cie. Pada 2005, drama lakonannya, Lovers In Prague yang disiarkan SBS menerima sambutan hangat penonton, lantas melonjakkan namanya. 


Keberkesanan lakonannya sebagai pemuzik membawa Geun-suk ke layar perak apabila pengarah berkaliber, Lee Joon-ik menawarkan watak utama dalam filem yang meraih perhatian pengkritik, The Happy Life. Beliau juga tidak mensia-siakan bakat nyanyiannya dengan kelahiran single, Let Me Cry awal tahun ini sekali gus menyerlahkan kepada peminat karakter sebenar dirinya. 

Peminat Geun-suk boleh menikmati drama lakonannya, Marry Me Marry yang Geun-suk akan menemui peminat di 8TV menerusi slot, Hito Idol setiap Sabtu, jam 6.30 petang bermula hari ini. Drama yang diadaptasi daripada komik popular internet, Maerineun Uibakjoong’ hasil ciptaan Won Su-Yeon turut dibintangi Moon Gyun-Young, Kim Jae-Wook dan Kim Hyo-Jin. Dalam drama komedi romantik ini, Geun-suk memainkan watak Kang Mu-gyu, vokalis dan pemain gitar sebuah kumpulan rock indie.

Saturday, June 11, 2011

Orang Memberi Kita Merasa

Pernahkah kita mendengar hadis nabi, yang bermaksud: “Sebaik-baik harta itu ialah, harta yang berada pada tangan orang yang salih.” (Riwayat Imam Ahmad dan Thabrani). Mengapakah begitu? Jawapannya mudah, hanya orang yang salih sahaja yang tahu dan mampu menggunakan hartanya ke jalan yang diredai Allah SWT.

Allah SWT mahu agar kita, manusia menjadi orang yang berharta. Dalam erti kata lain, Allah tidak mahu kita merasa selesa dengan kemiskinan. Hidup dalam serba kesusahan. Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Sebab itulah Allah SWT berlaku adil dengan memberikan semua manusia peluang yang saksama membina kehidupan. Allah menyatakan di dalam Al-Quran: “Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia (Allah) mencukupkan (hidupmu).” (Ad-Dhuha: 8 )

Begitu jugalah firman Allah di lembaran Al-Jumuah ayat 10: “Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah.” Semuanya mendorong kita mencipta kejayaan dan kekayaan dalam hidup.


Apabila manusia menjadi kaya, maka mereka mudah melaksanakan kewajipan sesama insan. Saling memberi dan saling berbahagi. Seperti sebuah lirik lagu nyanyian Opick dari Indonesia: “Alangkah indah, orang bersedekah, dekat dengan Allah, dekat dengan sunnah. Takkan berkurang, harta yang sedekah, akan bertambah, akan bertambah”.

Walau bagaimanapun, sejarah juga menunjukkan betapa ramai umat manusia yang mendapat kekayaan akhirnya lupa daratan. Mereka menjadi manusia takbur, sombong dan mengingkari arahan Tuhan. Sifat belas kasih sesama insan bertukar menjadi kedekut, pemeras dan penindas.
Hal ini berlaku sepanjang zaman. Allah SWT ada memberi ingat: “Maka kami benamkan Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi, maka tidak ada baginya satu golongan pun yang boleh menolongnya…” (Al-Qasas: 81)

Qarun adalah sepupu Nabi Musa a.s. Dia berfahaman bahawa setiap sen harta yang dia miliki adalah mutlak miliknya. Qarun mengingkari nasihat Musa agar memberikan sedekah dan menyantuni sesama manusia. Kemuncak keingkarannya, Qarun bertindak menindas dan menganiayai kaumnya dan menafikan hartanya itu adalah kurniaan Allah SWT. Mungkin, Qarun adalah pencetus mazhab kapitalisme di dunia ini. Maka, sebagai balasan ke atas keengkarannya itu, dia ditenggelamkan ke dasar bumi dan tenggelamlah juga segala keegoannya yang menguasai diri.

Hakikatnya, Islam mendidik manusia yang berharta agar menjadi manusia mulia. Di samping itu, tiada sebaik-baik tauladan dapat dikutip, melainkan tauladan yang diberikan Nabi Muhammad SAW. Nabi menyatakan: “Bukan orang yang beriman, sesiapa yang tidur malam dengan perut kekenyangan; sedangkan dia mengetahui bahawa jiran di sebelahnya sedang kelaparan,” (Hadis Riwayat At-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Petikan daripada:
Ustaz Hamizul Abdul Hamid (U-HAH)
Eksekutif Komunikasi Korporat
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Friday, June 10, 2011

Homework Dah Siap Belum?

Diam tak diam cuti penggal sekolah dah nak habis dah..sekejap je rasa 2 minggu ni..nak rehat kat rumah pun tak puas lagi.. Ahad ni kena sambung mengajar balik.. kena serap balik mood nak mengajar ni.. hehehe.. Alhamdulillah syukur aku masih lagi sihat nak kerja ni.. harap2 takde la pape halangan untuk aku nak habiskan baki kerja aku 3 minggu lagi.. yela, masa depan kita tak tau lagi macam mana kan.. huhu..


Homework yg aku bagi kat murid2 comel tu agak2nya dah siap ke belum? aku rasa macam tak siap lagi je.. adik2 aku pun semalam baru start busy nak siapkan homework yg bertimbun tu.. aku bagi sikit je homework kat student aku sebab aku faham sangat la perangai budak2 ni,kalau kita bagi banyak2 pun,mesti diorang meniru kawan2 jgk.. so aku bg homework yg sikit je tapi bleh kata effective jgk la.. hahaha.. 

Teringat balik zaman sekolah2 dulu,kalau cikgu sebut je pasal homework, mesti rasa lemas, rimas, malas.. banyak mana pun cikgu bagi homework, 2 3 hari last tu jugak la baru aku pulun nak siapkan.. kalau tak siap jugak,tiru je kawan time pagi2 sebelum masuk kelas.. pagi2 memang meriah sebab bukan aku sorang je yang tak siap homework,tapi ramai jgk la.. masa tu la baru nak cari member2 yg rajin buat homework.. kalau tak sempat siap jugak,berserah pada takdir je la.. memang nervous gila nak tunggu cikgu masuk kelas.. aahahaha kenangan sekolah dulu memang best.. kalau boleh balik ke masa tu,aku sanggup walaupun utk tempoh sehari je..

Wednesday, June 8, 2011

Yang Hitam ke Putih?

Temubual seorang pemuda dengan seorang pakcik pengembala biri-biri.


Pemuda    :Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik      :Boleh aje...
Pemuda    :Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik      :Yang mana , yang putih atau yang hitam?"
Pemuda    :Yang putih.
Pakcik      :Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda    :Yang hitam?
Pakcik      :Yang hitam pun sama...
Pemuda    :Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik      :Yang mana , yang putih atau yang hitam?
Pemuda    :Yang putih?
Pakcik      :Ah , yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda    :Dan yang hitam?
Pakcik      :Yang hitam pun sama...
Pemuda    :Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik      :Yang mana , yang putih atau yang hitam?
Pemuda    :Yang putih?
Pakcik      :Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda    :Dan yang hitam?
Pakcik      :Yang hitam pun sama...
Pemuda    :Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam , padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik      :Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda    :Ooo , gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik      :Yang hitam pun sama.... 

Monday, June 6, 2011

25 Pemain Baru Buruan Arsenal

Entri ni khas untuk peminat (kipas susah mati) Arsengal.. oppss silap taip pulak.. i'm sorry.. hehehe.. Arsenal.. khas untuk bacaan dan tatapan buat Saiful Maravilla dan para peminat The Gunners seluruh dunia.. pihak pentadbiran Arsenal dah sediakan banyak duit untuk beli players berkaliber (katanya).. haha.. musim 2010/2011 diorang ni dah bagus dah.. asyik follow je Man Utd dari belakang.. tapi last2 duk no 4 liga jugak.. hehehe.. Ni antara players yg mungkin membarisi skuad The Goners.. aii silap taip lagi.. The Gunners la.. i'm sorry!!~

1. Pepe Reina (Liverpool) - kos 13-18 juta Euro
Current Arsenal Szczesny, goalkeeper dah bagus dah, tapi kadang2 silly mistake yg selalu dia buat dalam game2 besar membuatkan Arsene Wenger tak berapa yakin dengan kebolehan beliau..


2. Philippe Mexes (AS Roma) - kos 8-12 juta Euro
Pemain pertahanan.. mungkin ganti Vermaelen..

3. Neven Subotic (Borussia Dortmund) - kos 14-20 juta Euro
Pertahanan..


4.Stephen Mbia (Marseille) - juga pertahanan..aii ramainya target defender.. lemahnya current defender Arsenal ni.. ish3..

5. Leighton Baines (Everton) - kos 8-13 juta Euro
Left back,mungkin nak ganti Clichy yang dikatkan dengan perpindahan ke Inter Milan, Juventus dan Real Madrid


6. Eden Hazard (Lille) - kos 18-30 juta Euro
Pengganti Arshavin.. pemain ini dikatakan mempunyai gaya permainan seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.. hahaha.. statement.. like sangat..


7. Gervinho (Lille) -kos 8-13 juta Euro
Juga sebagai pengganti Arshavin, ataupun Bendtner..yang pasti pemain ini jauh lebih baik dari Bendtner.. haha

8. Scott Parker (West Ham) - kos 10-14 juta Euro
Pemain England yg baru2 ini mendapat kepercayaan Fabio Capello..

9. Per Mertesacker (Weder Bremen) - kos 12-16 juta Euro
Centre half yg agak mantap.. fans Arsenal mungkin lega kalau dapat sign player ni..

10. Alex Orlade (Chamberlain- Southampton) - kos 10-15 juta Euro
Alternatif kepada Theo Walcott..

ok la,cukup la 10 je yg aku tulis.. watpe nak banyak2.. dengar kata Samir Nasri nak pindah ke Man Utd.. bagus la tu.. hehehe..

Sunday, June 5, 2011

Cinta? Ek eleh....

Orang muda sekarang ni sibuk mengejar cinta.. kalau kena caranya,takpe la jugak.. Tapi kebanyakan orang sekarang ni mengejar cinta untuk publisiti je.. betul ke? yela,sikit2 nak gosip.. sikit2 gosip.. dah jadi trend orang muda untuk bercinta.. Tapi ada la benda2 yg agak lawak dan susah nak masuk akal bila tengok gaya orang sekarang bila kapel-mapel ni..

Perempuan selalunya cenderung untuk pilih lelaki yg lebih tua dari dia.. senyuman yg menawan bukan jadi ukuran, tetapi bila si lelaki tu dapat menunjukkan dia ada kuasa dan boleh bagi perlindungan pada awek tu dah cukup untuk buat hati awek tu rasa cair.. ayat si teruna kena manis..

Lelaki pulak cenderung untuk cari yg lebih muda.. tambah2 kalau awek tu budak sekolah.. suka sangat cari budak sekolah yg tak tahu dan tak paham pape tu.. haish~

Time sekolah dulu ingat tak sape member2 kita yang ada kapel? hahaha lawak la.. masing2 sibuk je cari pasangan.. pastu balik asrama sibuk duk cite pasal awek atau balak dia.. ingat orang nak dengar sangat.. hahaha.. masa depan jauh lagi,tapi susah2 je cari time sekolah.. berapa kerat sangat je yg kekal sampai kahwin..

Bila putus, lelaki cenderung untuk lebih bersedih dari perempuan.. tapi saja2 buat cool depan orang..Orang pompuan ni dia zahirkan je rasa sedih tu walaupun sebenarnya takde la rasa sedih sangat pun.. baru la orang lain nampak sikit tu bukan salah dia..

Perempuan ni,bila dia dah kata tak suka,memang dia tak suka.. tak payah la bagi ayat manis.. dah memang kompem dia tak suka.. tak payah la nak mencuba sangat orang macam ni.. cari je orang lain.. lelaki kalau dia rasa tak suka,dia buat dono je,buat2 tak layan orang tu.. faham2 je la bila orang dah tak layan..

Siapa suka main kayu tiga? lelaki ke perempuan? jawapannya dua-dua.. lelaki dan perempuan.. sama je.. cara je lain2.. lagu Janji nyanyian Akim memang sesuai untuk para player yg berjaya.. tabur balik janji2 manis bila si dia dah taknak..


P/s: view ni nampak macam unfair ke?? hehehe aku tulis berdasarkan fakta,bukan logik semata-mata.. sape terasa tu? haish~

Saturday, June 4, 2011

Ada Apa Pada Nama?

Fahrin, Ashraf, Shauki, Fizo, Nur Amina, Nora Elena, Siti, Nurul, Gayah, Muzzamir.. ada apa dengan nama2 ini?? sama je kan..kita semua manusia.. tapi mungkin nama yg kedua dan yg ketiga tu ada persamaan lebih sikit dari nama2 lain.. tang mana tu tak tau la.. hahaha..

Tapi bukan tu yang aku nak cakap skg ni.. masing2 ada nama kan? tapi ada apa dengan nama kita? memang la nama tu membezakan kita dari orang lain.. tapi kenapa semua orang nak jaga nama masing2? kalau nak buat sesuatu,mesti kena pikir dulu apa yang orang akan kata pada kita nanti.. korang ingat orang yang rebut jawatan sekarang ni bukan sebab nama ke? tak kisah la dapat jawatan presiden persatuan ke ,ketua tingkatan ke, pengawas, JPK, MPP, wakil rakyat.. jadi artis pun boley.. semua tu dapat naikkan nama kita.. betulkan? penting sangat ke populariti sampai ramai orang mengejar nama kenamaan? kadang2 tu penting jugak sebab nak cantikkan resume.. nanti nak mintak kerja senang.. kalau resume tak cantik, apa pun tak boley..


Ni sekadar idea logik akal aku je..lepas ni kompem ada orang yg tak setuju dengan aku macam entry2 aku yg sebelum ni..walaupun aku tulis pendek je,mesti ada orang mesej aku nak komplain pasal entri ni.. tapi pembaca semua kena terima hakikat.. semua orang perlukan nama dalam masyarakat utk survive.. kita buat sesuatu tu utk nama kita dikenali, walaupun sikit, mesti ada terdetik kat jugak kan.. kalau tak,takkan la ada istilah 'mencapub'.. hehehe.. tepuk dada tanya selera~

Thursday, June 2, 2011

Siapa ada cirit-birit lepas balik dari Eropah?

Orang ramai yang telah mengunjungi Eropah sejak 1 Mei lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai satu kes wabak penyakit "sindrom uremik haemolytik" (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria "Enterohaemorrhagic Escherichia Coli" (EHEC).



Satu kes wabak penyakit itu telah dilaporkan di negara Jerman, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Untuk makluman, wabak penyakit ini adalah satu sindrom dengan ciri-ciri darah merah pecah dan menyebabkan anemia (menyebabkan kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku," katanya.



Dr Hasan berkata tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti wabak penyakit itu adalah seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit berdarah.

sumber: Harian Metro

P/s: haa..sesiapa yang ada petanda2 awal tu,cepat2 la jumpa doktor..mana la tau kan.. kita ingatkan sakit biasa je,rupa2nya ada penyakit lain.. bahaya tu.. haish,, nak pergi melancong mana-mana pun rasa tak senang sekarang ni..

Thank You Nuffnang [Siri 4] - Super 8


Senyum..Tak perlu kata apa-apa~


Baru je semalam aku tulis kat blog ni pasal aku dapat tiket free tengok cerita Hoodwinked Too.. hari ni,rasa macam nak bukak email sekali lagi je.. TUPP!!! tiba2 dapat seketul lagi email dari NUFFNANG kata aku menang tiket lagi..kali ni cerita Super 8 pulak.. wah.. masuk kali ni,dah 4 kali aku menang tiket dari Nuffnang.. macam tak percaya je.. arigato!!


Tapi tak tau la boleh redeem ke tak tiket tu sebab masa aku buat confirmation tadi,aku lupa check details yg aku tulis.. then,bila aku nak tulis sekali lagi,, dia dah tak bagi.. hopefully boleh la redeem tiket tu sebab lau tak silap aku,dah betul dah details tadi tu..kepada pemenang yang lain,tahniah.. see you at the screening!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...