Sunday, January 30, 2011

tak mahu saiz BESAR

Dalam bab2 saiz ni, kadang2 boleh jadi sensitif jugak,tambah2 kalau saiz badan..hodoh sangat ke kalau jadi gemuk?buruk sangat ke kalau terlalu kurus? Kawan tak nak jawab sebab soalan ni terlalu subjektif..tapi bagi kawan,bila kita nak pilih pasangan hidup dan meletakkan saiz badan sebagai syarat, ini memang melampau!! Apa kamu tu dah cantik sangat ke nak demand2 personaliti orang?



Kononnya yang perempuan mesti nak lelaki yang kuat bersukan (tuff dan seksi katanya)..kalau si teruna pulak nak si dara yang kurus dan cun je..orang yang demand lebih2 ni,macam la  mak bapak dia tu menteri..kalau nak cukupkan syarat2 kat atas ni,alamatnya memang tak ramai la orang kita boleh kahwin sebab kat Malaysia ni,berapa kerat je yang ada saiz badan perfect..

p/s: loghat org perak cakap “ntah ye ke idaknye bahagia deme ni kalau dapat yg hensem2 pun”..memang la kamu ada kuasa memilih,tapi jangan lah nak ngada2 sangat..jadi andartu nanti baru tau..peace.

bomoh lagi hebat?

Betul ke zaman sekarang orang dah tak pakai lagi dah bomoh2 ni? Dunia kan dah moden.. hish,mana ada, zaman sekarang ni pun berlambak lagi orang berebut nak pakai khidmat bomoh ni, kononnya lagi efisyen..siap ada iklan dalam paper lagi..dunia2..

Kawan teringat lagi drama kat tv3 dalam 2 3 tahun lepas, cerita Susuk, lakonan Dynaz dan bomoh berprofil tinggi, Degawan lakonan Kaza..dalam drama ni,kononnya heroin ni nak ikat suami dia dan muka dia akan jadi berseri-seri selalu,tapi last2 bomoh dan jampi2 ni la yang makan diri dan family dia..


Kenapa la agaknya pakcik makcik,abang kakak kat luar sana tu lagi percaya kat bomoh lebih dari doktor or pakar perubatan Islam?

Kalau rumah kena rompak,mesti teringat kat bomoh dulu..

Kalau jatuh sakit,”bang,jom jumpa tok dukun,dengar kata dia pandai berubat”.

Kalau nak majukan bisnes pun pakai bomoh..”ala,kedai depan sana pun pakai penangkal,pe salahnya kalau kita cuba jugak”..

Kalau orang kena rasuk or nak halau hantu,bomoh la hero pertama yg orang akan kontek..(bukan semua org buat camni)..

Dunia dunia……..


Saturday, January 29, 2011

penat giler seyh!!

Fuhh dengan kudrat kerata KANCIL drive balik dari SHAH ALAM ke KB makan masa lama sbb lalu jln utara..ALHAMDULILLAH semua berjalan lancar..bertolak pagi tadi dekat2 pukul 8 sebab lambat tunggu member sekampung, NAJWA yang tumpang sekali..pastu ambik KAK LONG kat upsi, tanjung malim,then drop to kuala kangsar ambik sorang lagi adik kawan,AIYAD..ces,kena pusing satu semenanjung nak angkut budak2 ni semua..tapi journey tadi fun la..start dari tanjung malim cuaca dah MENDUNG, then kadang2 HUJAN..nasib baik cuaca tak panas,kalau tak, dah merah dan berair dah mata kawan ni...layan pulak LAGU2 JIWANG yang kawan copy dalam mp3 kereta ni,rasa macam buat VIDEO KLIP sendiri pulak..hahahaha..memang syok habis la..NAJWA duk kat seat belakang duk tidur je,bosan betul..kalau dia terjaga pun,mulut dia mesti terlopong sebab nak ikut nyanyi dalam kereta gak..tapi semua PENAT tu HILANG bila sampai rumah dengan selamat dan dapat jumpa dengan FAMILY TERCHENTA dan my kucing GANMO..rumah yang tengah dalam proses renovate pun dah nak siap..tak lama lagi kawan ada bilik sendiri la..tak sabar pulak rasanya nak merasa tidur dalam bilik sendiri..

Friday, January 28, 2011

boleh ke bercinta dalam ISLAM?

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?   

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
 

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. 

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

sumber dari iluvislam=)

CHELSEA kempunan dapatkan TORRES

Liverpool have rejected a bid for their Spain striker Fernando Torres from Premier League rivals Chelsea, according to reports.


"Chelsea have made a bid for Fernando which has been turned down," a Liverpool spokesman was quoted as saying in The Times.

"The player is not for sale."

The reports said Chelsea, who have slipped to the fringes of the title race after a poor run, had offered a British record fee of up to £40 million for Torres.

Torres, who won the World Cup with Spain last year, joined Liverpool for a club record fee of about £20m in July 2007 from Atletico Madrid where he was idolised.

The 26-year-old has struggled to find top form this season, scoring nine league goals in 22 appearances as

Liverpool have laboured after a poor start under former manager Roy Hodgson.

However, Torres has looked sharper since Kenny Dalglish took over the managerial reins at Anfield and has helped them up to seventh in the standings after back-to-back wins.



Komen: kawan rasa elok sangat la torres ni cari rezeki kat tempat lain pulak..dia bukannya x terror,tapi mungkin pengurusan kelab dan taktikal pengurus yang buat dia main macam hampeh sikit..kalau taknak masuk Chelsea pun,try la join Manchester United..hahahaha..Liverpool always walks alone??hmm..

Rumours bola sepak luar negara

Werder Bremen berminat untuk membeli pemain tengah Tottenham yg berasal dari Croatia, Niko Kranjcar..tapi xde jawapan lagi dari pihak pengurusan Tottenham..

Inter Milan akan membida pemain Tottenham, Gareth Bale, dijangka sebanyak 40 juta euro pada musim panas akan datang..

Blackpool menandatangani bek kiri Morocco, Salaheddine Sbai, dari kelab Perancis,Nimes.

Manchester United dan Barcelona bersaing untuk dapatkan pemain pertahanan Ajax, Gregory van der Wiel setelah agen pemain itu mengakui bahawa masa depannya masih pudar di kelab tersebut..

Arshavin akan sain kontrak dengan Chelsea? maybe,who knows?

Bolton dan Sunderland mahukan penyerang Roma Pavlyuchenko..ini mungkin membuka pintu Tottenham kepada pemain veteran Forlan..

Van der Sar,penjaga gol sensasi dan terbaik sepanjang kariednya bersama Manchester United hampir pasti akan bersara pada penghujung musim EPL 2010/2011..

Australia Open: Djokovic kalahkan Federer

Djokovic mara ke final dalam aksi terbuka Australia setelah menumpaskan juara bertahan Federer dengan kemenangan 3 set berturut-turut (7-6,7-5,6-4). Set pertama dan kedua menyaksikan pertembungan dan aksi yang menarik dari kedua-dua pemain. Namun Djokovic berjaya melengkapkan kemenangan sempurna terhadap bekas jaguh dunia no 1 tenis itu. ini adalah final ke 4 bagi Djokovic di pentas grand slam..pape pun tahniah kepada Federer yang tidak memberi laluan mudah kepada Djokovic untuk ke final..

bAgAi bIdAdaRi

Lirik Lagu Bagai Bidadari - Tomok

Bagai sebuah cerita aku dan dia
Bermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku tertanya
Jika kau tak bersama

Korus
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku tak berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu

Tak pernah hilang
Tak akan pergi

Kitakan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selam-lama
Jangkau kasih kita hingga ke akhirnya
Kita bagai di syurga

(Ulang Korus)

Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku

Thursday, January 27, 2011

kALaU bErPaCaRaN

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x

kawan suka sangat lagu ni sebab sweet dan unik..yela,orang muda zaman skg ni bukannya kisah sangat pun kalau yg veteran2 tu bagi nasihat..harap lagu ni boleh la sedarkan anak2 muda yang leka dengan keindahan dunia ni..hehehe..orang kata lagu je pun,bukannya bleh effect sgt pada masyarakat,tapi kawan rasa baik kita mulakan dgn langkah pertama daripada tak buat apa2 tapi komen je lebih..=)

sEnYuM =)

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

 
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

 
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
 
tak perlu kata apa-apaAkhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

 
Ulang Verse
Ulang Chorus

 
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

 
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

 
Senyum :)

Wednesday, January 26, 2011

Bila dah nak kuar dating

Nervous bila 1st date dengan si dia? tips ni untuk laki je..tapi kalau pompuan nk try pun boley..



1. Pastikan duit cukup untuk belanja teman wanita.
2. Sudah mengetahui di mana tempat ber'dating'.
3. Penampilan mesti kemas bergaya.
4. Kunyah gula getah atau ambil makanan berperisa pudina untuk elak nafas berbau.
5. Seutas jam tangan untuk melihat waktu.
6. Kenalpasti jenis kenderaan. Tidak sesuai naik 'kapcai' ketika cuaca panas.
7. Memakai wangian dan deadoran supaya Dia menyenangi 'bau' anda.
8. Tepati waktu yang di janjikan. Jangan terlewat kerana sesungguhnya penantian itu suatu penyiksaan.
9. Ucapkan kata-kata manis ketika menyambut ketibaannya.
10. Jangan tergopoh-gapah dalam perbualan, dan jika ini kali pertama anda keluar bersama hindarkan berbicara mengenai kahwin.
11. Elak berbual tentang politik,kisah silamnya, bekas teman lelakinya atau perkara yang Dia tidak suka.
12. Jangan pula asyik bertanya perkara yang sama ketika berbual hingga timbul rasa 'boring'.
13. Pimpin tangannya sekali sekala ketika berjalan bersamanya terutama ketika menyeberang jalan.
14. Jika bertemu dengan rakan-rakan secara kebetulan, pastian tumpuan di berikan pada Dia.
15. Tontonlah filem yang anda berdua sukai ketika berdating.
16. Elakkan makan di tempat yang sesak dan Dia tidak sukai, dan pilih makanan kegemarannya.
17. Yang penting jangan mengambil makanan yang memberi kesan terhadap pernafasan seperti petai.
18. Ketika makan tunjukkan sifat yang sopan, jangan bersendawa kuat. Tutup mulut ketika sendawa dan sambung dengan alhamdulillah.
19. Sentiasa memberikan senyuman dan berada dalam suasana yang ceria.
20. Elakkan memandang wanita/gadis lain yang lalu lalang. Bukan apa, khuatir nanti hatinya terguris.
21. Hiburkanlah hatinya dengan perkara yang menyenangkan.
22. Renunglah matanya ketika berbual. Ini bermakna anda menghormatinya.
23. Sebaik bertemu, ucapkan kata-kata manis atau pujian tentang pakaian atau dandanannya.
24. Jangan sesekali berbual perkara yang buruk seperti mengumpat atau perkara lucah. Anda bukan budak-budak lagi.
25. Jika keluar pada waktu malam pastikan si dia pulang awal. Anda berhak menentukan masa untuk pulang. untuk lebih selamat hantar hingga ke depan pintu rumah.
26. Jika perlu hadiahkan satu benda yang bernilai sebagai tanda sayang dan pengalaman indah bersamanya.
27. Sebelum berpisah, ucapkan terima kasih.

Cinta Pandang Pertama

Pernah minat seseorang diam2 je? jangan malu atau takut untuk suarakan isi hati anda kepada si dia..at least anda tau setakat mana perasaan dia terhadap anda..mana la tau kot2 si dia pun ada menaruh hati gak..ni kawan nak share sikit ilmu2 bab bercinta..hehehe..give some effort la..gudluck!

1. Bina komunikasi

Berusaha untuk mendapatkan nombor telefon si dia dengan apa cara sekali pun. Hubungi si dia dan perkenalkan diri anda secara jujur. Berterus- terang kepada si dia mengenai niat anda untuk berkenalan. (Peringatan!: Jangan sesekali cuba untuk berbohong mengenai identiti dan niat anda)

2. Ajak si dia untuk keluar bersama- sama

Satu- satunya cara nak mengenali si dia dengan lebih lanjut adalah mengajak si dia untuk keluar bersama anda. Anda boleh mengajak si dia untuk menonton wayang, makan malam, ataupun bersiar- siar di pusat membeli belah. Sepanjang detik itu, cuba untuk mengenali si dia dengan lebih lanjut. 
(Peringatan!: Jangan terburu- buru untuk megatakan yang anda telah jatuh cinta, ingat kembali niat pertama anda.. sekadar untuk berkenalan)

3. Kekalkan momentum hubungan anda dan si dia

Kereta yang bergerak jika anda berhenti daripada menekan pedal minyak akhirnya akan perlahan dan berhenti. Begitu juga hubungan anda dengan si dia, sentiasa bahagikan masa anda dengan betul untuk berhubung dengan si dia. Kekalkan momentum perhubungan ini sehingga anda dapat rasakan sendiri respond positif daripada si dia. Sebagai contoh, si dia mula rindukan anda apabila anda tidak melayannya, memerlukan anda disaat si dia berhadapan dengan masalah, si dia mahukan hari- harinya sering bersama dengan anda, dan banyaka lagi respond positif yang anda sendiri akan perasan. 
(Peringatan!: Jika anda yakin dan pasti maka tunggu apa lagi, sambarlah peluang tersebut! miliki si dia segera!!!)
Jika hasilnya negatif, usah risau… Ulangi tips 2 dan 3 sehingga anda mendapat respond yang positif.. Jika hasilnya tetap negatif, usah buang masa anda! Cari yang lain, sentiasa ingat.. Jalan pasti ada mesti ada Cara!
Salam Cinta dan Kejayaan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...