Tuesday, March 22, 2011

Ramai Rakyat Malaysia Gila?

Oh no! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oo...

Tajuk ini tiada kaitan langsung dengan lagu Gila oleh penyanyi kecil molek dari Pulau Mutiara,Mila..Tajuk ini adalah berkaitan dengan saya,anda,orang di sekeliling anda dan seluruh rakyat Malaysia..Apa benar ramai rakyat Malaysia berisiko untuk menjadi gila?Macam tak percaya sebab Malaysia kan dah moden sekarang ni,so mestilah ada teknologi perubatan untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku..tapi sehebat mana pun teknologi perubatan yang kita miliki sekarang,ia hanya boleh mengurangkan risiko manusia untuk menjadi kurang siuman atau gila..

Hasil kajian penyelidikan kesihatan menunjukkan satu daripada lima rakyat Malaysia berisiko menghadapi masalah mental..dan satu lagi berita buruk ialah 14.4% daripada golongan muda termasuk dalam kategori sedang mengalami masalah mental..adoi,tenat..tenat..nampaknya pemimpin Malaysia lepas ni mungkin adalah yang terlepas dari kategori ini..berapa ramai sangatlah orang muda yang tinggal selepas ditolak dari peratusan ni..nak kena tolak lagi dengan yang mati merempit,meringkuk dalam penjara,menagih dadah..



Ini adalah punca-punca utama yang memberi tekanan kepada otak:
  • Sejarah hidup pahit atau tragedi seperti kehilangan orang disayangi
  • Banyak mengalami krisis hidup seperti masalah perceraian
  • Mengalami konflik keluarga
  • Cabaran hidup yang sukar
  • Low self esteem dan coping skills
  • Masalah kemiskinan,kewangan,tiada kemudahan asas atau tempat tinggal sesak
  • Keganasan persekitaran
  • Faktor genetik

19 comments:

  1. insyaALLAH saya siuman...dan tak akan tak siuman

    ReplyDelete
  2. yup, stress pon satu punce kalo xdikawal...lagik2 kalo kuar universiti tp susah dpt keje, hehe

    ReplyDelete
  3. Pirate x gila, belum gila dan x mungkin gila. Mudah-mudahan dijauhkan Allah :)

    ReplyDelete
  4. gila, bile xboleh terima ketentuan tuhan, tindakan berlandaskan hati semata..kalau genetik tu, xleh nk wt pe la kan...

    ReplyDelete
  5. harap2 sy xgila dgn assgnment yg byk...tmabah lg dgn short sem...huh rushing sgt....

    ReplyDelete
  6. bergantung pada cara orang tu uruskan diri dia la kan . dah kalai jenis yang suka nak murung lebih2 tu memang mendapat la . tapi alhamdulillah saya sampai sekarang masih normal , kehkehkeh :)

    ReplyDelete
  7. oo,.insyallah,xtrsenarai dlm listed trsbut,.hehe,.

    ReplyDelete
  8. Hari ni banyak org cakap pasal gila..best gila lah , gila bab... lah dan gila itu lah..gila inilah..seterusnya perkataan gila ni menjadi subjektif...kita fikir kita gila..maka gilalah kita..fikir-fikirkan

    ReplyDelete
  9. hahaha tu la pasal..kdg2 kepala ni rasa serabut,tapi kena la pandai kawal..

    ReplyDelete
  10. saya msh siuman kot..haha.tp kadang2 ada gak rasa cam tergelincir dr landasan.tp x la sampai giler

    ReplyDelete
  11. sume sbb2 tu boley je elak kalu pndai handle jiwa raga..tp yg last tu xtau la cmane kn..

    conclusion,sume org akn pnh rase nk gile,tp kalu ingt tuhan insyallah ok je...
    peace...

    ReplyDelete
  12. Salam

    ooo~ jangan stress2.Take it easy.

    ReplyDelete
  13. Kalau tgk list tu, 50% tu dah ada dah...tapi belum terasa gila lagi...ke memang dah gila cuma tak sedar dah gila sebab orang gila mana nak mengaku gila...ahakssss..
    Apa2 pun, gila macam mana sekalipun jangan sampai melibatkan dan menyusahkan orang lain.. cuba selesaikan masalah satu persatu...

    Blog No 107 - blogcomment 2

    ReplyDelete
  14. salam....
    alhamdulillah,sihat walafiat,eheheeee :-)
    jgn tension2,hehe... >,<

    ReplyDelete
  15. semoga kita2 semua tak tmasuk dalam golongan kat atas tu..amin...

    ReplyDelete
  16. macam mana pulak dengan tekanan?boleh buat gila tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...