Thursday, March 3, 2011

JANGAN GADUH DENGAN RAKAN SEKERJA!!

Ahakz,tiba2 pagi ni dikejutkan dengan berita bahawa kelas Insurans cancel..so,ada masa la untuk berblog di agi yang indah dan mulia ni..dah lama aku tak kongsi tips dengan pembaca blog ni..ok,kali ni kita sentuh pasal macam mana nak jaga hubungan dengan rakan sekerja..yela,since kita kerja kat tempat sama,kena la jaga sikit adab2 sesama kita,kita kerja ni bukan untuk setahun dua je..mesti la bertahun2 jugak kan..tak nak cakap banyak,korang layam je ok.......



1) Selamat Pagi..Ohaioo..Good Morning!!
Pagi2 bila dah masuk ofis atau tempat yang anda kerja tu,ucapla salam atau greetings kat rakan2 yang sama tempat kerja dengan anda..tak kira la apa pangkat dia,tukang kebun pun kita kena tegur juga..nampak macam budak sekolah kan??tapi bila kita mesra dengan semua orang,orang akan mesra dengan kita balik..


2) Lepas Tangan
Dah ketua kamu bagi kerja kat kamu,jangan la mengada2 suruh orang lain buat pulak..nanti kalau kawan kamu buat silap,tuduh dia pulak..padahal tu kerja kamu..sebaiknya,kalau rasa macam taak sempat atau tak pandai sangat,minta tolong dengan cara yang berhemat..orang pun akan tolong dengan rasa ikhlas..


3) Buat Amal Jariah
Bagi la sikit penghargaan kat rakan2 sekerja tu..time rehat atau lunch hour,belanja la diorang kadang..setakat yang kita mampu cukup la..kawan2 kita pun paham,gaji kita lebih kurang diorang jugak..tapi jangan berkira sangat dengan kawan,nanti orang menyampah..


4) Bayar Hutang Aku!!
Kalau dah berhutang dengan kawan,pandai2 la bayar bila dah masuk gaji..jangan la nak tunggu hujung bulan depan pulak..kata takde duit,tapi bila masuk gaji pergi joli habis2 dulu..hutang taknak bayar..semasa nak pinjam duit,mulut manis bagaikan madu tebu cicah madu,tapi bila diminta bayar,muka jadi masam mcam cuka yang ditabur garam..hahaha apa yang aku mengarut ni..


5) Jangan Jaga Tepi Kain Orang
Tolong la hormat sikit privacy kawan tu..memang la kamu akrab sangat dengan kawan kamu,tapi jangan la sampai tahap dia nak pergi tandas pun kamu nak ikut..lepas tu siap check lagi inbox handphone kawan dia..lama2 buat macam tu nanti dia akan rasa rimas,lemas dan gelisah..hehehe..




Hubungan profesional yang baik dapat menjamin suasana harmoni di tempat kerja..have a nice day people~~

7 comments:

  1. macam maner pulak dengan rakan sekerja yang suker "kopi" aper yang kiter ader?hehe

    ReplyDelete
  2. belum jumpa lagilah yang macam No 5 tu,..haru gak kalau daopat kawan yang camgitu..pengsan makk...

    ReplyDelete
  3. tadi baru lepas gaduh dgn classmate =='
    hahaa. tp baru settle separuh. haishhhh.

    ReplyDelete
  4. memang sangat tidak elok bermasam muka sesama ofismate, lagi2 kalau kat unit yang kecil..tapi bila ada rakan sekerja yang perangai talam dua muka, kaki bodek dan suka lagakan orang...memang tak boleh blah..perang jugak akhirnya...

    ReplyDelete
  5. bagus info ni...tp tgk jnis officemate jugak...

    ReplyDelete
  6. betul! housemate, classmate, office mate or whatever mate suma kene jage.

    Ak tag ko kat

    http://matnagger-mcnagger.blogspot.com/2011/03/related-entry-dalam-blog.html

    ReplyDelete
  7. Erm...Ssh nk ckp kan.. Salu mmg skr nk jmp rkn skerja yg 1 kpala n btol2 OK. Dengki2 tuh biase, KDG2, DPN BAIK, TP TIKAM BLAKANG las2 tu yg jd sengketa tu.. So, buat bodo je.. hihi... Tp bukan semua.. De jugak yg BAIK.. ;O)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...