Tuesday, March 29, 2011

Jerawat???Arrggghh!!!


Memiliki jerawat di muka bukanlah satu pencapaian mahupun prestasi yang boleh dibangga2kan..malah tiada istilah yang mengatakan bahawa jerawat ini sangat komplikated isipadunya.. ces,,apa yang aku mengarut ni..ni aku nak share satu lagi petua untuk wajah yang berseri-seri tanpa musuh jerawat yang mengganggu..


1.Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

2.Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

3.Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

4.Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

5.Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

6.Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

7.Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

10 comments:

  1. tips yg bgs...haha...leh aq bg adk aq...

    ReplyDelete
  2. mcm tau2 aje muka mak dra tgh naik jerawat besar tak hengatt ni.. akan ditry cuba test tip2 di atas.. tengkiuuuu

    ReplyDelete
  3. huhu, boley try nie . mane taw pasnie muke jadi flawless . hehehehe

    ReplyDelete
  4. WAH..AKAN ANNA CUBA STEP BY STEP..HEHEHEH

    ReplyDelete
  5. salam wah entry yg bagus tq share..oh ye td saudara tanya pasal inai rambut haram atau tidakkan diblog eja..haa sila klik kt sini utk penjelesannya

    http://lurim.blogspot.com/2011/03/menjelaskan-kekeliruan-sekitar-hukum.html

    ReplyDelete
  6. time dekat final lg bnyk dtg jerawat sbb stress..huhu.

    ReplyDelete
  7. pernah cuba kulit kayu manis . sakit gila ! pedihh

    ReplyDelete
  8. wooo gile rajen kamu... ku malas oh nak wat gitu

    ReplyDelete
  9. hehehe ni tak jamin boleh jadi ke tak..tapi petua orang2 tua cakap macam ni la..

    ReplyDelete
  10. petue org tue tp kt sni jd petue org mude versi shaukimaravilla,.heheh,..bgus2,.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...