Tuesday, March 29, 2011

Cantik Sangat Ke Rambut Kamu Tu??

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".

Dari Ibnu Sirin r. A katanya:."Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a:"Adakah Rasulullah S.A.w mencelup rambut baginda?" jawab Anas:"Baginda tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya nampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu Sirin:"Aku betanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?" Jawab Anas:"Ada. Dengan inai." (Muslim)

Sebahagian daripada perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut atau janggut yang telah beruban. Tetapi dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut? Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain? Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam? Orang yang telah tua, ubannya telah merata sama ada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarnakannya dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: "Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam." (HR Muslim). Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata: "Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam." (Fathul Bari) Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam." (HR Tarmizi dan ash-habusunan) Katam adalah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai sejenis pokok berdaun yang mengeluarkan warna merah. Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.

Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat dalam Islam.


8 comments:

  1. good info.. sekarang ni semua menda nak halalkan dah.. cukur kening sambung rambut semua nak halalkan... dunia2

    ReplyDelete
  2. mmg pun ramaii dah pandai wat hukum sndriii kang. yg betul dsalahkan yg salah dbtulkan kan3..

    ReplyDelete
  3. kalau bertujuan untuk saje2 n nak jadi cantik, baik jangan inaikan..

    ReplyDelete
  4. setau saye xboleh kale kan rambut dengan warne hitam... yang lain baru tau bile bace entry ni.thanks ye kongsi info =)

    ReplyDelete
  5. rambut kalau ditutup lg cantekkk

    Ok come visit my blog
    Yg menariknya~~~
    zaty luvlianncezz dh da fb!!

    ReplyDelete
  6. kemas nye blog nie..
    sejuk mata memandang..
    actualy boleh jew klau nk inai rmbut..
    tp ade tujuan2 tertentu jew boleh..
    so depend la..

    ReplyDelete
  7. depends pada tujuan kita nak pakai inai tu untuk ape..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...