Friday, March 2, 2012

Pasrah Itu Menyerah

"Redha itu ikhlas".. "Pasrah itu menyerah".. bak kata skrip Ombak Rindu.. tak boleh nak kata redha sebab hati ni tak berapa ikhlas.. tapi menyerah bukan bererti aku mengaku kalah, just nak didik hati untuk cuba terima hakikat..

Hati orang tak boleh dipaksa.. kalau dia dah ketemu dengan orang yg sepatutnya,biarkan saja.. mungkin di bibir boleh katakan rela, tapi di hati mungkin terasa pedihnya.. just be happy for her happiness.. hesitation.. cowardice.. that's suit to me..


If you are always looking back, you will never see what's coming at you from the front..

Sunday, February 26, 2012

Shoutbox Expired!

Shoutbox untuk blog pun boleh expired?ingat kan roti je ada expiry date ni.. shoutbox pun ada.. x kelas sangat la lau macam tu.. then aku nak update shoutbox, dia suruh aku beli pakej dia pulak.. motif la sangat.. sesiapa ada link untuk buat shoutbox atau apa2 box yg baru,bleh tolong share ye.. ye laa,kesian gak member2 blogger lain.. aku pegi lawat page diorang,tapi klau diorang hit balik blog aku, x boleh nak tinggalkan link diorang.. unfair la kan..

P/s: jom main game Empires & Allies kat fb.. fun.. jom jd ally aku.. add aku kt fb.. search la shauki maravilla or shauki zhafiran zain.. =)

Saturday, February 25, 2012

Penciptaan Malaikat Jibrail a.s

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.


Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehingga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

credits to Syahirul

Wednesday, February 22, 2012

New World

Alhamdulillah..4 tahun setengah dalam debaran.. hari ni dah boleh tarik nafas lega bila tengok result malam tadi.. tahniah kepada kawan BLS yg lulus.. tahniah gak kepada yg dapat dean list tu.. kita jumpa di LLB nti ye.. kepada yg x sambung study utk LLB, kita jumpa konvo nti ye.. ngeh3..


4 tahun setengah.. lama tu.. 30 Jun 2007-22 Feb 2012.. asasi kat uitm kuantan,then sambung law degree kt shah alam.. settle.. noktah di situ.. suka, duka, tangis dan tawa semua complete dlm tempoh ni.. SUKA? Suka la bila dah habis degree..akhirnya dapat jugak segulung ijazah macam member2 lain..suka bila teringat balik saat2 kena dera masa orientasi MMS kat uitm jengka..5 hari yg sangat perit,tapi bila ingat balik mesti rasa nk senyum..suka dgn pengalaman di uitm kuantan..3 sem yg pendek,tp penuh dengan scene yg dramatik.. suka bila diserap masuk ke shah alam.. suka.. suka bangat..
 
DUKA?duka dgn tragedy 11 Nov 2008.. duka dgn tahun baru 2009.. duka dengan tragedy 13 Mei 2010.. sungguh menyayat hati dan tragis.. wahahaha.. agak berduka sehari sebelum tengok result final sem BLS.. ceh,watpe nak berduka ni.. hidup ni terlalu singkat utk diisi dengan kesedihan~


First post blog ni utk tahun ni..post yg sangat bermakna dlm hidup aku.. lepas ni cabaran makin susah.. aku dah masuk the New Era of Justice.. haha mcm citer One Piece plak.. the Great Era of Pirates.. masuk ke New World di Grand Line.. hehehe.. so, I must be stronger to achieve my dream.. always be positive. Thanks to all my nakama and comrades.. heee..

CINTA? Stock x laku.. hahaha.. biarlah dulu.. sampai masa nti ada la jugak.. optimistic tuu.. bukan aku memilih, tapi aku tak dipilih.. =) POLITIK? Bukan x minat beb,tapi bila tengok member2 duk post kat fb pasal politik semasa,rasa mcm menyampah pun ada.. pagi,tengahari,petang, malam duk post pasal politik..korang ni takde life ke?memang la kita kena concern pasal nasib negara n bangsa.. tapi takkan la pukul 12 mlm pun kena pikir politik ag..korang student lagi kot..blaja pun ntah tahap mana je.. kalau pasal politik ni,x kira la side government ke opposition ke, sama  je..sanggup wat research kt tenet nak cari kebenaran isu2 semasa ni.. usaha gak bukak youtube pukul 2-3 pagi.. pastu emo x tentu pasal.. klau lecturer suruh buat assignment, merungut je lebih..buat research pun ala kadar je.. tu pun copy n paste.. klau bab politik ni, time maghrib pun sanggup duk depan laptop tu.. ceh, rakyat Malaysia ni cliché sgt perangai diorang ni..


AGAMA? Terima kasih kpd kawan2 yg slalu bg teguran n nasihat kt aku.. I really need it.. tapi skg ni bila tgk fb,ramai yg duk post video ustaz azhar idrus.. aku follow gak ceramah dia.. tapi yg x best nya bila member2 yg duk post pasal UAI ni semuanya pasal topic cinta.. UAI bukan ceramah pasal cinta je, pasal ibadat pun ada, tapi xde pun org yg share video2 ceramah dia pasal topic mcm tu.. well, mungkin aku x layak nak berbicara panjang tentang agama, tapi tu sekadar pendapat aku je..
 
Ok, Assalamualaikum =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...