Wednesday, August 24, 2011

Doakan Nenek Saya

Semalam nenek saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kubang Kerian kerana mengalami pendarahan dari bahagian bawah.. tengahari tadi menjalani pembedahan kerana dipercayai ada kebocoran pada bahagian usus.. mungkin disebabkan kesan ubat yang dimakan sebelum ni.. hampir 4 jam dalam dewan bedah, baru la operation selesai.. tapi nenek saya masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.. dia terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan untuk bernafas.. sekarang ni terlantar di ICU.. harap semua tolong doakan keselamatan dan kesihatan nenek saya..

9 comments:

  1. Semoga nenek awak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Saya doakan semoga nenek awak segera sembuh! Nenek saya telah pulang ke pangkuan Sang Pencipta Mac lalu...sedih!

    ReplyDelete
  3. Saya doakan nenek awak cepat sembuh..nenek saya dah x bape ingatkan saya..ayah saya pun dh 2tahun sakit...sama2 la kita bersabar dengan dugaan ini..

    ReplyDelete
  4. Sy doakan semoga nenek awak cepat sedar...cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. semoga nenek awk cpt smbuh dan dapat meraikan lebaran yg bakal tiba bersama keluarga..

    ReplyDelete
  6. berdoa padaNYA..mudah2an nenek kamu akan pulih dan sihat seperti biasa..di bulan yg penuh keberkatan inin saya doakan agar ALLAH peliharakan kesejahteraan keatas nenek kamu..amin...

    ReplyDelete
  7. semoga nenek cepat sembuh ..
    semoga anda dan keluarga tabah menghadapi dugaan yg mendtg..

    ReplyDelete
  8. 828 Casino in the Netherlands - JT Hub
    828 남원 출장안마 Casino in 세종특별자치 출장샵 the 오산 출장안마 Netherlands. 3-year period, 2021-22. 제주 출장안마 2% RTP. 7-9.4%. 0%. Max win. 2.6 Million Skins. 0%. Payouts: 0. 7. 9. 오산 출장안마 10. 10.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...