Saturday, June 18, 2011

Geun-Suk Paling Hot

Jejaka berusia 24 tahun ini melakar kejayaan luar biasa di negara asing, terutama Jepun apabila lakonannya dalam You Are Beautiful diulang tayang pelbagai saluran televisyen negara itu. Kemunculan single perdananya, Let Me Cry yang turut dilancarkan pada 27 April lalu mendapat sambutan hangat, sekali gus meletakkan Geun-suk sebagai bintang Asia terhangat. 

Jejaka yang dilahirkan pada 4 Ogos 1987 di Danyang County, Wilayah Chungcheongbuk, Korea Selatan itu memulakan karier seninya pada usia enam tahun sebagai model iklan. Karier lakonan Geun-suk bermula pada 1997 menerusi sitkom terbitan HBS, Selling Happines. Ketika di sekolah menengah, Geun-suk begitu terpengaruh dengan muzik dibawakan Ken Hirai selain band rock Jepun, L'Arc-en-Cie. Pada 2005, drama lakonannya, Lovers In Prague yang disiarkan SBS menerima sambutan hangat penonton, lantas melonjakkan namanya. 


Keberkesanan lakonannya sebagai pemuzik membawa Geun-suk ke layar perak apabila pengarah berkaliber, Lee Joon-ik menawarkan watak utama dalam filem yang meraih perhatian pengkritik, The Happy Life. Beliau juga tidak mensia-siakan bakat nyanyiannya dengan kelahiran single, Let Me Cry awal tahun ini sekali gus menyerlahkan kepada peminat karakter sebenar dirinya. 

Peminat Geun-suk boleh menikmati drama lakonannya, Marry Me Marry yang Geun-suk akan menemui peminat di 8TV menerusi slot, Hito Idol setiap Sabtu, jam 6.30 petang bermula hari ini. Drama yang diadaptasi daripada komik popular internet, Maerineun Uibakjoong’ hasil ciptaan Won Su-Yeon turut dibintangi Moon Gyun-Young, Kim Jae-Wook dan Kim Hyo-Jin. Dalam drama komedi romantik ini, Geun-suk memainkan watak Kang Mu-gyu, vokalis dan pemain gitar sebuah kumpulan rock indie.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...