Salam.. ni first time aku tulis blog berkaitan dengan politik.. yela, 2 3 menjak ni kecoh dalam tv, dalam radio, orang cakap sana sini pasal Perhimpunan Bersih 2.0 oleh tiga penjuru yang berbeza ideology yang dijadualkan pada 9 Julai 2011.. pada pendapat aku, politik Malaysia ni masih belum matang.. macam budak kecik.. kenapa aku tentang Bersih 2.0?
1. Kalau dah tak suka kerajaan tu,undi la pihak lain masa pilihan raya nanti..tak payah la nak susah2 adakan demonstrasi,duk sesak2 kat tengah jalan raya semata-mata nak sampaikan memorandum kpd Yang Di Pertuan Agong..buat je proper appointment dgn Baginda, lepas tu bincang apa yg nak dibincangkan.. tak payah la nak libatkan ramai orang dalam hal ni..
2. Kalau la ditakdirkan ada kemalangan masa perhimpunan tu nanti macam mana? Tiba2 ada orang pengsan sebab panas sangat,ada yang sesak nafas kat tengah2 orang ramai..sape nak bertanggungjawab?
3. Mesti ada jalan yang kena tutup nanti kan.. nasib baik buat kat KL, so aku tak kisah sangat..tapi kalau buat kat Kelantan, memang aku tentang habis-habisan.. orang nak jalan pun terbantut sebab jalan kena tutup.. orang lain pun ada hal masing2 gak.. kalau ada emergency,kot2 ambulance nak lalu ke.. bukan senang ribuan manusia yang berhimpun tu nak bergerak ke tepi nak bagi laluan..
4. Ada yang suruh tengok balik kat sejarah negara kita yang adakan demonstrasi menentang Malayan Union.. nak tanya sikit,tu tahun berapa? Sekarang tahun berapa? Relevan lagi ke kita pakai pelita sedangkan lampu elektrik dah ada? Kenapa sekarang kita dah tak pakai dapur kayu atau arang macam zaman dulu? Sebab,zaman dah berubah.. mungkin dulu demonstrasi diterima pakai sebab kita tidak berkuasa dalam pentadbiran, tapi sekarang keadaan dah jauh berbeza..
5. T-shirt Bersih dijual pada harga RM15 sehelai dan ada yang dijual pada harga RM20.. kalau 100 orang beli,untung2.. kalau 1000 orang beli,untung3..
6. Kalau SPR dilihat tidak telus dan adil, kenapa tidak dipertikaikan tsunami politik pada PRU 2008 yang memihak kepada pembangkang..adakah kemenangan pembangkang pada masa itu juga adalah tidak adil?
Ini hanyalah pendapat aku.. terpulanglah kepada anda untuk menilainya.. anda berhak tentukan kerajaan mana yang anda mahukan.. kalau betul rakyat dah tak suka kerajaan sekarang,biarlah PRU akan datang jadi penentu.. jangan ambil banyak masa rakyat semata2 untuk perhimpunan ini.. buat kerja dan rakyat sendiri akan menilainya.. Tapi kalau ada jugak perhimpunan ni nanti,buat lah secara aman dan terkawal.. semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat, Insya Allah~
btul btu btul..stuju sangat!!
ReplyDeletedalam idop ni gitu la, ada pro dan kontra
ReplyDeletejaga syariat agar tak sesat
aku sokong pendapat itu...polis sudah bagi kebenaran untuk buat perhimpunan dalam stadium...kenapa perlu di jalanraya?...
ReplyDeletebetol tu!!
ReplyDeletehak kita utk hadir or tidak,,
ReplyDeletekepada yang tidak hadir dan tentang,jaga hati dan mulut biar terpelihara.
Pada yg hadir juga jaga kudrat 4 kerat serta hati dan mulut, jadi,yang hadir itu sendiri telah memikul tanggungjawab dan cabaran utk turut serta kerana yang hadir itu adalah minda yang sentiasa berfikir dan bertindak mengikut saluran yang nyata.. subhanallah
betul tu, kenapalah tak puas hati lagi? saja nak kucar-kacirkan negara! betul2 ada agenda tersembunyi. org yg berniat nak sokong tu, ingat2lah...hargailah suasana aman yg dah ada ni.
ReplyDeletehah...mmg pun cam budak2...;p
ReplyDeleteKalau SPR x tulus semua kerusi Kerajaan yg menang. Kenapa masih ada negeri yg pembangkang still pegang? Lebih baik SPR aturkan utk kerajaan menang semua. Fikir2 kan lah. Selamat beramal..
ReplyDelete