Thursday, September 8, 2011

Roger Federer Kembali Tunjuk Taring

Ketika Rafael Nadal, Andy Murray dan Andy Roddick kecoh mengkritik penganjur kejohanan US Open selepas perlawanan mereka dihentikan disebabkan alasan keadaan gelanggang yang bahaya akibat hujan lebat, Roger Federer kembali menunjukkan momentum yang memukau dalam satu aksi pada perlawanan yang lain. Disifatkan sebagai seorang yang genius dalam gelanggang tenis dengan rentaknya yang tersendiri, Federer mudah menumpaskan Monaco. 


Selepas 3 jam menunggu aksi perlawanan antara Caroline Wozniacki dan Svetlana Kuznetsova menghabiskan perlawanan untuk memberi laluan kepada Federer dan Monaco, Federer pantas menundukkan Monaco 6-1, 6-2 dan 6-0. Mungkin sedar perlawanan mereka bermula lambat dan kemungkinan hujan akan turun, Federer pantas mengambil alih kuasa gelanggang tersebut. Sudah lama beliau tidak mempamerkan aksi sebegini dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Mungkin ini satu petanda bahawa beliau kembali pada kecergasan yang optimum untuk menjulang trofi kejohanan US Open. 

Namun Federer harus berhadapan dengan Tsonga, pemain Perancis yang telah menewaskan beliau pada kejohanan Wimbledon lalu. Selamat berjaya Federer!


P/s: Takziah kepada pemain pasukan Ice Hockey Lokomotiv yang terkorban dalam insiden kapal terbang terhempas ketika dalam perjalanan untuk satu perlawanan di Minsk, Belarus.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...