Tuesday, September 6, 2011

Cinta Medik

Tahniah kepada Ashraf Muslim sempena hari bahagia beliau! Ok, lupakan dulu kisah perkahwinan Ashraf Muslim dengan pasangan romantiknya, Noor Dayana.. biarlah mereka bahagia sampai ke hujung hayat.. tetiba je nak cakap pasal Ashraf Muslim pehal? takde kaitan dengan aku pun.. hahaha.. dah lama tak update blog sejak raya ni.. aku rasa belum terlambat lagi nak bagi ucapan sempena raya ni.. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR&BATIN
SEMOGA ANDA BERBAHAGIA DI HARI RAYA BERSAMA YANG TERSAYANG~

2-3 hari ni turn aku berturut2 jaga nenek kat hospital lepas dipindahkan ke wad biasa.. Alhamdulillah, berkat doa keluarga, saudara-mara, kawan2, dan bloggers, nenek dah semakin pulih.. tunggu kesihatan dia stabil je,pastu insya Allah dah boleh keluar hospital.. tolong jaga kat hospital ni bukannya penat sangat, duduk je kat kerusi sebelah tu.. tapi minda ni penat sebab tak tau nak buat apa.. so aku mengambil langkah bijak untuk mengurangkan stress aku dengan meng'usha' pelatih-pelatih jururawat kat sini.. comey2 gak, takde la tension sangat duk dalam wad tu.. hahahaha..


Tadi masa duk jaga nenek kat wad tu, ada la sekumpulan pelatih nurse duk lepak2 kat tepi katil nenek aku.. seronok je tengok diorang keje,macam tak stress je aku tengok.. lepas tu terperasanla pulak ada yg comey yang terselit kat tengah2 diorang tu.. aku tegur2 la sket, mana tau dapat masuk line ke.. hahaha.. tapi biasa la, kalau dah lawa tu,mesti dah berpunya kan.. dia pulak punya la lama duk lepak tepi katil nenek aku.. otak aku yang suka perasan ni kata, mesti dia nak usha aku, sebab tu dia duk je kat situ even takde keje pun.. kuang3.. kebetulan pulak masa aku nak turun tadi, ternaik satu lif dengan dia..hehehe.. terasa macam dalam cerita Cinta Medik kat TV9 pulak.. yang dolu2 tu, zaman Fauziah Gous, Iqram dan geng2 dia tengah meningkat populariti masa tu..


Walaupun tempoh masa jumpa dia tu singkat je, tapi kira ok la.. ish rasa nak beralih arah kat nurse la pulak.. nurse cun2 apa.. dah la pandai jaga orang sakit.. kalau aku sakit seksok, dia boleh tolong jagakan..

Tapi soal nikah kawin ni bukan benda2 kecik.. macam dalam status FB kawan aku ni:
"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang ? nah ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku” . 
P/s: kalau la pelatih tu single.. hahaha.. tak nampak nama dia kat name tag,sebab tulisan kecik sangat.. sempat baca 'nur' je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...