Sunday, April 3, 2011

Murid Kena Pukul Meninggal,Penyelia Asrama Ditahan

Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis, sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini. 

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Dalam kejadian 7 malam itu, seorang guru lelaki berumur 26 tahun dikatakan memukul murid terbabit selama hampir dua jam sehingga pengsan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan ditahan pada jam 10 malam tadi. 

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. 


Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada jam 1.40 pagi kelmarin. 
"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas itu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah. 

Hazirah berkata, dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya. 

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup. 

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," katanya. 

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun. 

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya. 

Saiful Sopfidee berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada jam 8 pagi kelmarin.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin. - BERNAMA



sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muridkenapukulmeninggal_penyeliaasramaditahan/Article

Saturday, April 2, 2011

Kisah Seram dan Sedih Seorang Kekasih

Kisah ini berlaku kat Ampang...

Ada seorang kawan ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini 
ditolak kerana dia ni seorang salesman kereta sahaja..

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli Kentucky kat Ampang Point,.dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada 
kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, 
malang akan menantinya..Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru...
Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"
Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang 
besar, beli kat kedai.....


Hahahahaha sekadar hiburan~ Jangan marah ye...

Harga Minyak Ron 97 Naik Lagi

Mulai hari ini,harga minyak petrol Ron 97 naik sebanyak 20 sen seliter menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat..sebelum ni harga Ron97 ialah RM2.50...walau bagaimanapun,nasib baiklah harga bagi Ron 95 masih kekal pada RM1.90 per liter..


RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.




Tapi faham-faham la kan,bila harga minyak dah naik,mestilah harga lain pun join sekali pakat naik..lepas ni kena duk diam2 je la kat rumah,tak boleh selalu lepak2..hmm kena beli basikal la macam ni,jimat sikit...Kalau la kerajaan bagi subsidi atau elaun sara hidup kat student universiti kan bagus,takde la terasa beban sangat dengan pinjaman ptptn ni..

Friday, April 1, 2011

Kerja S.M Hampir Settle

Alhamdulillah..akhirnya siap jugak project paper  ni,walaupun ada 10% lagi yang nak kena buat,tapi tu dah boleh dikira siap la tu..setelah 4 bulan bertungkus lumus duk siapkan research ni,penat woo..lepas ni dah takde kerja sangat,ringan sikit beban dalam kepala ni..

Dan yang lebih membuatkan aku rasa happy lagi bila aku dan budak2 group aku ChubbyFaiz dan Pert berjaya bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi untuk siapkan project paper ni,dan hasilnya lebih 100 pages berjaya disiapkan..harap2 la pengorbanan masa kitorang selama ni berbaloi (mintak2 la dapat A untuk subjek ni..amin...) Yelaa,dah turun naik mahkamah,duk interview lawyer,polis,forensik bagai,kalau tak dapat A memang frust la..

Tapi aku rasa macam dah nampak sinar A tadi bila jumpa supervisor kitorang,cuma aku rasa kena kerja keras sikit je lagi..come on shauki!! you can do it!! yeeaaahh!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...