Assalamualaikum.. salam rindu dan salam sayang dari tuan blog...haha.. dah lama tak berblogging ni.. maklum lah, aku bukannya seorang blogger yang tegar.. tambah2 problem line internet yang tak sampai ke rumah sewa aku menyebabkan aktiviti blog aku agak terbantut.. rasanya dah dekat 2 bulan aku tak update blog ni.. banyak sangat benda yang aku nak luahkan, yang aku rasa tak dapat diluahkan dengan kata2.. cewah ayat..
Sepanjang tempoh 2 bulan ni, banyak benda yang berlaku kat diri aku dan keluarga aku.. banyak dugaan yang menimpa, tapi hanya kami sahaja memilih jalan untuk berdiam diri tanpa memulakan sebarang bicara kerana kami pasti setiap ayat yang keluar dari mulut kami akan mengundang dugaan yang lebih besar.. biarlah kami mengadu kepada Allah kerana hanya Allah yang tahu perkara sebenar.. tak perlu lah dihebah2kan.. aku cuma menulis hanya sebagai luahan dan sedikit teguran kepada orang2 tertentu sahaja.. taknak percaya pun tak apa.. sebab lama kelamaan perkara sebenar akan akan terdedah dengan sendiri..
Kami tidak mengharapkan apa2 balasan atau pujian dari apa yang kami buat selama ini.. semua yang kami buat adalah atas dasar belas ehsan terhadap sesama manusia dan yang paling penting adalah menunaikan tanggungjawab seorang anak terhadap seorang ibunya yang kini menderita melawan penyakitnya.. sedih dan kecewa bila ada suara2 sumbang terlepas ke telinga orang lain yang mengatakan layanan buruk kami terhadap nenek aku.. dan lebih kecewa lagi bila seorang saudara yang sangat aku hormat kerana pegangan dan akhlaknya, turut termakan dengan cerita2 tu.. aku pun tak pasti cerita apa yang kini tersebar.. tapi semua tu kami serahkan pada Allah.. mungkin ada kekhilafan dari keluarga aku yang tak menyenangkan sesetengah pihak.. semoga Allah melindungi keluarga aku dari bala bencana, malapetaka dan fitnah orang yang zalim.. semoga Allah memudahkan urusan ibu bapa aku untuk menguruskan nenek aku.. semoga dengan dugaan yang menimpa kami ini dapat mendekatkan diri kepada Mu..
Aku rasa setakat ini sajalah yang terbaik yang keluarga aku mampu lakukan untuk nenek.. minta maaf kepada semua jika ada yang merasakan kami memberi layanan buruk terhadap nenek.. tapi kita harus ingat, keikhlasan tu sesuatu yang amat subjektif dan hanya Allah yang tahu setakat mana keikhlasan kita..
Ps: Tahniah kepada Intan Izureen, Atiqah Bulat, Haikal dan Sally sempena graduation anda! Maravilla membuktikan mereka mampu melakar kejayaan demi kejayaan :)
saya cuti 4 bulan ....waduhhh...,
ReplyDeletesabar and redha je lah dengan setiap dugaan, pasti ada hikmah :)
ReplyDeletebetul. sabar je ngan stiap dugaan yg diberi. Tuhan lg Maha-Mengetahui apa yg tbaik tuk hamba2nya. ^__*
ReplyDeletemintak jasa baik awak
1. komen,
2. like FB,
3. retweet Twitter and
4. klik Google +1
di entri terbaru nana tq
http://yuslianayusof.blogspot.com/2011/11/contest-gadjet-impian-by-denaihati_19.html
tulisan yang baik untuk di simak,,nice post
ReplyDelete