Thursday, September 22, 2011

Izinkan Aku..

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. Izinkan aku terus menyebut nama2 Allah dan kalimah suci-Nya selagi hidung masih mampu menghembus hela nafasku.. Tidak salah jika kita terus berusaha untuk mendekati-Nya walau dengan selangkah kaki yang kotor dengan niat untuk membersihkan kotor itu.. kerana setiap langkah kita menuju hari2 terakhir kita penuh dengan lopak,onak dan duri.. dalam hidup,haruslah sentiasa memberi walau bukan dengan harta.. jangan sekadar menadah tangan mengharap belas ehsan daripada hilaian rakusan dunia.. Adat dunia sekarang, buat ini salah,buat itu salah.. kalau tak buat pun salah.. hukum Allah hanya diguna pakai untuk kesesuaian diri.. sebagai seorang hamba, lebih baik kita buat sedikit amalan daripada langsung tidak melakukannya..

Tidak perlu mengkritik atau mempersoalkan sama ada perlu selawat panjang atau pendek.. yang penting kena buat.. kalau tak buat, mana lagi sumber amalan kita?

Kita selalu katakan kita bukanlah seorang yang jahat, tapi kita tidak pernah menghitung amal kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang hayat.. jika amal itu dirasakan sedikit, wajarkah kita mengharapkan keindahan syurga kelak? cukup baikkah kita untuk mengharapkan layanan bidadari?

Ya memang benar perempuan yang bertudung tak semestinya baik dan belum konfem masuk syurga tapi harus diingat bahawa perempuan yang tidak bertudung itu konfem masuk neraka.. anda pilih mana satu jalan anda..

Jangan dikeji bila orang memberi nasihat dan peringatan.. sekurang2nya masih ada yang mengambil berat tentang anda.. mengambil berat bukan sekadar bertanya khabar atau ajak makan sekali,tapi lebih dari itu.. manusia itu tak sempurna, tapi tak salah kalau kita mengejar ke arah kesempurnaan itu.. selemah-lemah manusia di sisi Allah ialah orang yang berputus asa..


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu...


Wednesday, September 21, 2011

Turki Larang Lelaki Tonton Bola Sepak

ANKARA: Turki membuat perubahan radikal bagi membanteras keganasan dalam perlawanan bola sepak apabila melarang kemasukan penyokong lelaki dan hanya membenarkan wanita serta kanak-kanak menyaksikan menyaksikan aksi. 

Berdasarkan peraturan baru yang diluluskan Persatuan Bola sepak Turki, hanya wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan secara percuma membabitkan pasukan yang dihukum atas perangai buruk penyokong mereka.
Fenerbahce mengedar kira-kira 27,000 tiket percuma kepada wanita dan kanak-kanak bagi menyaksikan perlawanan kelab itu menentang Manisaspor di Istanbul. - AP



Rumah Mat Sabu Kena Serang


SHAH ALAM: “Saya terkejut apabila jiran menelefon memberitahu rumah saya terbakar,” kata Nurul Huda Mohamad, 28, anak perempuan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung insiden kebakaran di rumah pemimpin pembangkang itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin lalu.

Ketika kejadian Nurul Huda berada seorang diri di rumah, manakala seorang lagi anak lelaki Mat Sabu, Ahmad Saiful Islam, 23, berada di luar.

Ketika ditemui di kediaman Mat Sabu di Jalan 19/32 C Seksyen 19, di sini, Nurul Huda berkata dia sedang melayari Internet di tingkat atas rumah apabila tiba-tiba terdengar bunyi seperti ada orang terlanggar pagar di luar rumah.

“Saya ingatkan adik saya Saiful yang pulang ke rumah apabila terdengar bunyi pagar itu. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus melayari Internet.

“Tiba-tiba, saya mendapat panggilan telefon dari jiran yang memberitahu bahawa bahagian pagar di depan rumah terbakar,” katanya.

Anak Perempuan Mat Sabu

Sumber: Harian Metro

Saturday, September 17, 2011

Coretan Dari Seorang Sahabat - ep3


Masa Berganti Masa, Bulan Berganti Bulan, Tahun Berganti Tahun..Jujur Ku Katakan, Ku Tak Mampu Melupakan Peristiwa Yang Terjadi Dahulu..Bukan Ku Tidak Redha Atas Segala Yang Berlaku Itu, Tapi Ku Cuba Merungkai Hikmah Di Sebalik Kejadian Yang Telah Ditaqdirkan Itu..Dan Kini, Satu Persatu Hikmah Ku Temui.....

Ikhlas???????...Ibadah????....
Ape Kaitan Antara Keduanya???... Semestinya Ia Sangat Berkait Rapat Antara Keduanya... Kedua Duanya Memainkan Peranan Yang Penting Antara Satu Sama Lain...


Apa Itu Ibadah???.. Secara Ringkasnya, Ia Satu Amalan Kebaikan Yang Di Lakukan Dan Di Persembahkan Dengan Niat Kerana Allah S.Wt.... Jadi, Adakah Dengan Melaksanakan Ibadah Itu Sudah Memadai Menjadikan Kita Seorang Hamba Yang Bertakwa??... Sudah Memadai Menjadikan Ibadah Itu Begitu Sempurna???.. Tidak... Ibadah Akan Di Nilai Melalui Keikhlasan.... Ibadah Yang Banyak Belum Cukup Sempurna Dan Bernilai Di Sisi Allah Andai Tiada Keikhlasan Di Dalam Melaksanakannya...Keikhlasan Itulah Yang Akan Menentukan Betapa Tinggi Nya Nilai Sebuah Ibadah Itu Disisi Allah..

Ketika Aku Bersama Balqis Dahulu... Aku Akui, Aku Begitu Selesa Dan Senang Untuk Melaksanakan Segala Ibadah..Aku Berasa Begitu Bersemangat Sekali... Tiada Langsung Keluhan Atau Perasaan Malas Di Dalam Melaksanakannya... Ku Laksanakan Dgn Penuh Bersungguh Sungguh Dan Penuh Pengharapan Kepada Allah... Bagiku Ketika Itu, Kulakukan Semua Ini Adalah Ikhlas Kerana Allah... Cume Perasaan Kasih Ku Pada Balqis Yang Menjadi Pendorong Untuk Kulaksanakan Semua Ini...

Tapi..Aku Kena Akui Dan Aku Perlu Sedar... Sebenarnya Ketika Itu , Aku Tertipu Dengan Tanggapan Diriku Sendiri... Tidak Kusangka, Sebenarnya , Keikhlasan Ku Beribadah Dibayangi Perasaan Kasih Ku Pada Balqis.. Keikhlasan Yang Sepatutnya Adalah 100% Kerana Allah Rupanya Telah Dibayangi Perasaan Kasih Ku Itu...Pernah Ku Menganalogikannya Dgn Pengiraan Matematik... Andaikata 99% Keikhlasan Ku Beribadah Adalah Semata Mata Kerana Allah, Maka Itu Sudah Cukup Menjadikan Ibadah Itu Hilang Nilai Disisi - Nya... Kerna, Mana Pergiya 1% Itu.... Mungkin 1% Itu Dilakukan Atas Dasar Harapan  Agar Balqis Mampu Menerima Ku... Maka, Andai Benarlah Ia Terjadi Dahulu, Maka Sia Sialah Amalan Ku Ketika Itu... Sehingga Sekarang, Aku Masih Terfikir Fikir Sejauh Manakah Ikhlasnya Diri Ku Beribadah Ketika Dahulu... Betullah, Ikhlas Adalah Satu Rahsia Antara Allah Dan Hambanya...

Malaikat Dan Syaitan Pun Tidak Berhak Mengetahuinya..Dan Terkadang, Diri Sendiri Pun Tidak Mampu Menilainya...


Namun Aku Bersyukur...Allah Sedarkan Aku...Mungkin Perpisahan Yang Terjadi Itu Sebenarnya Adalah Satu Perpisahan Yang Menyelamatkan Aku..Menyelamatkan Aku Dari Terus Melakukan Ibadah Yang Mungkin Hanya Sia Sia Dan Tiada Nilai Di Sisi-Nya...

Ems...Dan Lagi Satu...Pernah Dengar Istilah Cinta Islamik???..Satu Hubungan Cinta Yang Mampu Menjadikan Pasangan Itu Lebih Mencintai Allah...Satu Hubungan Cinta Yang Sentiasa Berada Dilandasan Yang Betul Dan Mematuhi Segala Syariatullah...Benar Ke Ada Cinta Sebegitu????..Lagi Lagi Bagi Pasangan Yang Belum Di Ijabkabulkan...Entah..Fikir Dan Tentu Kanlah Sendiri...Andai Ada Sekalipun, Bukan Calang Calang Pasangan Yang Mampu Melaksanakannya... Bukan Mudah Untuk Mencorak Perhubungan Sebegitu... Lagi Lagi Bila Diri Ini Sentiasa Dibayangi Perasaan Nafsu...

Pernah Orang Berkata..Kisahku Bersama Balqis Adalah Satu Kisah Cinta Yang Menyayat Hati.. Menyayat Hati????.. Amboi.. Dah Macam Kes Kemalangan Jalanraya Menjelang Aidilfitri Jer Bunyinyer... Hehe... Tak Dela, Mungkin Boleh Dikatakan Satu Kisah Cinta Yang Suci Kononnya... Satu Kisah Cinta Islamik La Katakan...Dah Macam Kisah Cerita "Ketika Cinta Bertasbih Di Tanah Melayu Bunyinya" ... Hahaha.. Terasa Kelakar Pula Aku Memikirkannya... Sory La Der...Nie Bukan Kisah Cinta Ok.... Nie Sekadar Kisah Dimana Seorang Lelaki Ingin Menjalinkan Hubungan Persahabatan Bersama Seorang Wanita Yang Dia Minati Sahaja... Cinta Sesama Manusia???... Lagi Lagi Pada Yang Bukan Muhrim????.. Ops,, Harap Harap Nya Dijauhkan Lah Perasaan Itu Di Dalam Diri Ini...

Ramai Juga Yang Berkata, Butakah Mata Balqis Kerna Menolak Seorang Sahabat Lelaki Seperti Ku...???? Cewah -Cewah.... Macam Mulia Sangat Je Bunyinyer Aku Nie Kan... Haha...Nak Pecah Perut  Gak Aku Mendengarnya... Tak Pernah Terlintas Pun Dalam Hatiku Ini, Mengatakan Bahawa Keputusan Balqis Itu Adalah Salah... Bagiku, Itu Adalah Hak Peribadi Dia Sebagai Seorang Wanita... Malah, Aku Berterima Kasih Kepadanya Kerana Membuat Keputusan Yang Sebegitu... Keputusannya Yang Telah Menyedarkan Aku Dari Lamunan Yang Tak Menentu.. Menyedarkan Aku Dari Hasutan Syaitan Dan Nafsu Yang Begitu Memperhalusi Bisikannya ...

Yela, Pada Pandangan Mata Kasar Sesetengah Orang, Mungkin Niat Dan Tindakan Ku Ketika Itu Adalah Tidak Salah... Tapi, Lain Pula Bagi  Pandangan Seseorang Yang Hati Nya Begitu Hidup, Pasti Dia Mengatakan Tindakan Ku Itu Sebenarnya Dibayangi Bisikan  Nafsu Dan Syaitan..


Jadi Islamik Ke??...Hms...Sebenarnya Tanpa Disedari , Banyak Larangan Yang Aku Kurang Endahkan Semasa Perhubungan Itu Terjalin... Larangan Yang Aku Ketahui Setelah Sekian Lama Sebenarnya..Cuma Ketika Itu, Aku Kurang Tegas Untuk Meninggalkan Larangan Tersebut... Yela... Sungguh Halus Bisikan Syaitan Dan Nafsu Ketika Itu, Sehingga Perkara Yang Terlarang , Digambarkan Sebagai Perkara Yang Tidak Terlarang...




Salah Satunya Adalah Perbualan Suara....

Memey R... (Istilah "Memang R" Mengikut Perspektif Alunan Versi Jai Kl Gangster).. Sory, Terpengaruh Filem Sikit... Hehehe.. Memang Perbualan Ku Dengannya Hanya Berkisar Tentang Perbincangan Ilmiah... Tapi, Kenapa Perlu Aku Berbual Dengannya... Bukankah Aku Boleh Berbincang Dan Berkongsi Ilmu Tanpa Berbual Dengannya..Mungkin Aku Boleh Berbincang Melalui Email Atau Sms... Jadi, Ternyata Aku Dibayangi Nafsu Ketika Itu... Mungkin  Sebenarnya Ku Mahu Mendengar Kelembutan Suaranya... Yela, Suara Wanita Ini Terkadang Mampu Menenangkan Jiwa Yang Keseorangan Ini...Mungkin Juga Kerana Ku Mahu Dia Benar Benar Tahu, Yang Aku Ini Adalah Seorang Lelaki Yang Gentelman Kononnya..Yang Mampu Berkata Kata Manis Dengan Wanita ... Dan Mungkin Pelbagai Kemungkinan Lain Lagi Yang Menyebabkan Perbualan Itu Terjadi...

Maka, Dimana Nilainya Aurat Suara Seorang Wanita.. Tanpa Disedari, Aku Sebenarnya Telah Bersalah Kerana  Memaksa nya Memperdengarkan Auratnya Itu Kepada Ku...
So..Islamik Ke Semua Ini????

Yang Keduanya..Perjumpaan Jasad Telah Berlaku...

Hms..Memang Aku Tidak Kerap Berjumpa Dengannya... Tapi Aku Kena Akui, Yang Aku Pernah Juga Berjumpa Dan Berbual Secara Langsug Dengannya... Pernah Ku Beli Dan Hantarkan Juadah Berbuka Puasa Kepadanya.. Kononnya Aku Nie Nak Jadi Lelaki Yang Romantik La Kot.. Hehe.. Lelaki Yang Ambil Berat La Katakan.... Mahu Gelak Sampai Pecah Perut Sekali Lagi Gak Bila Ingat Semua Nie... Heee... Mungkin Perjumpaan Ketika Itu Masih Terkawal Kerna Dia Ditemani Rakan Perempuannya Yang Lain, Dan Ia Berlaku Dikhalayak Ramai...

Tapi Aku Kena Akui... Kenapa Aku Sanggup Tebalkan Muka Untuk Berjumpa Dengannya... Yer, Mungkin Kerna Aku Ingin Melihat Raut Wajahnya... Ingin Melihat Kecantikan Dan Kemanisan Wajahnya... Kalau Boleh, Hari Hari Nak Ku Tatap Wajahnya.. Amboi.. Jiwang Betoi Ayat... Hehehe.. Tak Dela , Ayat Ini Sekadar Kiasan Semata Mata... Hms... Maknanya, Sungguh Aku Tewas Dengan Dorongan Nafsu Ketika Itu... Islamik Ke Semua Ini?????


Aku Sentiasa Menasihati Dirinya Agar Menjadi Seorang Wanita Yang Kukuh Benteng Al-Haya Nya... Agar Dia Menjadi Seorang Wanita Yang Di Penuhi Dengan Sifat Malu... Sifat Malu Yang Mampu Melindunginya Kelak.. Tapi, Sebenarnya, Akulah Jua Lelaki Yang Menggugat Benteng Al-Haya Itu... Bukankah Keinginan Ku Untuk Berkenalan Dengannya, Keinginan Ku Untuk Berbual Dengannya, Dan Keinginan Ku Untuk Berjumpa Dengannya, Sebenarnya Adalah Satu Keinginan Yang Mampu Menggugat Benteng Al-Hayanya..???.. Mungkin Dia Terpaksa Merendahkan Sedikit Sifat Malunya Bagi Memenuhi Segala Keinginanku Itu , Bukan???... Ternyata Aku Bukan Dari Golongan Lelaki Yang Baik Baik... Mungkin Aku Boleh Digelar Sebagai Gagak Hitam Yang Mampu Merosakkan Seri Seorang Muslimah... Hmmss... Terdiam Gerun Aku Memikirkan Semua Yang Terjadi Dahulu.... Adakah Ini Juga Dikatakan Islamik???..

bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...