Wednesday, June 22, 2011

30 000 Orang Hodoh Kena Reject

Hahaha bunyi macam tak logik dan tak senonoh,tapi tu la kenyataan yang berlaku kat Copenhagen,Denmark.. laman web yang popular kat sana beautifulpeople.com yang memberi syarat keahlian supaya berwajah cantik,tampan dan menawan.. maknanya,orang yang kurang cantik atau bahasa kasarnya hodoh tak layak untuk jadi ahli.. kahkahkah.. syarat macam ni pun ada jugak.. aku baca dalam paper tadi, 30 000 ahli baru telah disingkirkan sebab tak memenuhi syarat untuk menjadi cantik dari kaca mata admin..


Hehe sape yang berminat untuk jadi ahli website ni,silakan.. tapi kalau kena reject,faham2 la ye..=) jangan kecoh2 kat orang,nanti kita pulak yang kena kutuk.. cermin diri dulu sebelum join.. mesti admin dorang sakit perut duk gelak sebab tengok muka2 ahli dorang..

P/s: aku ni layak ke nak jadi ahli diorang? hahaha..rasa nya tinggi tak berapa cukup,saiz badan tak berapa cukup..

Tuesday, June 21, 2011

SM Menentang Bersih 2.0

Salam.. ni first time aku tulis blog berkaitan dengan politik.. yela, 2 3 menjak ni kecoh dalam tv, dalam radio, orang cakap sana sini pasal Perhimpunan Bersih 2.0 oleh tiga penjuru yang berbeza ideology yang dijadualkan pada 9 Julai 2011.. pada pendapat aku, politik Malaysia ni masih belum matang.. macam budak kecik..  kenapa aku tentang Bersih 2.0?


1. Kalau dah tak suka kerajaan tu,undi la pihak lain masa pilihan raya nanti..tak payah la nak susah2 adakan demonstrasi,duk sesak2 kat tengah jalan raya semata-mata nak sampaikan memorandum kpd Yang Di Pertuan Agong..buat je proper appointment dgn Baginda, lepas tu bincang apa yg nak dibincangkan.. tak payah la nak libatkan ramai orang dalam hal ni..

2.  Kalau la ditakdirkan ada kemalangan masa perhimpunan tu nanti macam mana? Tiba2 ada orang pengsan sebab panas sangat,ada yang sesak nafas kat tengah2 orang ramai..sape nak bertanggungjawab?

3. Mesti ada jalan yang kena tutup nanti kan.. nasib baik buat kat KL, so aku tak kisah sangat..tapi kalau buat kat Kelantan, memang aku tentang habis-habisan.. orang nak jalan pun terbantut sebab jalan kena tutup.. orang lain pun ada hal masing2 gak.. kalau ada emergency,kot2 ambulance nak lalu ke.. bukan senang ribuan manusia yang berhimpun tu nak bergerak ke tepi nak bagi laluan..

4. Ada yang suruh tengok balik kat sejarah negara kita yang adakan demonstrasi menentang Malayan Union.. nak tanya sikit,tu tahun berapa? Sekarang tahun berapa? Relevan lagi ke kita pakai pelita sedangkan lampu elektrik dah ada? Kenapa sekarang kita dah tak pakai dapur kayu atau arang macam zaman dulu? Sebab,zaman dah berubah.. mungkin dulu demonstrasi diterima pakai sebab kita tidak berkuasa dalam pentadbiran, tapi sekarang keadaan dah jauh berbeza..

5. T-shirt Bersih dijual pada harga RM15 sehelai dan ada yang dijual pada harga RM20.. kalau 100 orang beli,untung2.. kalau 1000 orang beli,untung3..

6. Kalau SPR dilihat tidak telus dan adil, kenapa tidak dipertikaikan tsunami politik pada PRU 2008 yang memihak kepada pembangkang..adakah kemenangan pembangkang pada masa itu juga adalah tidak adil?

Ini hanyalah pendapat aku.. terpulanglah kepada anda untuk menilainya.. anda berhak tentukan kerajaan mana yang anda mahukan.. kalau betul rakyat dah tak suka kerajaan sekarang,biarlah PRU akan datang jadi penentu.. jangan ambil banyak masa rakyat semata2 untuk perhimpunan ini.. buat kerja dan rakyat sendiri akan menilainya.. Tapi kalau ada jugak perhimpunan ni nanti,buat lah secara aman dan terkawal.. semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat, Insya Allah~

Sunday, June 19, 2011

Diari Ku Sepanjang Minggu Ni

Hadoi,bukan senang nak curi2 masa nak tulis blog ni..walaupun keje sebagai cikgu ni bukannya penat sangat,tapi tak tahu la apa sebab nya aku sekarang ni dah tak suka sangat lepak depan lappy ni lama2..setakat view facebook,amik masa dalam 10 minit stalk fb orang lain,then log out.. sepanjang minggu lepas,ada la 2 3 events dalam hidup aku.. penting ke,tak penting ke,semua ni dah berlaku dalam hidup aku..wah,bunyi macam pasrah pulak..hehe takde pape lah..


11.6.2011- kenduri kat rumah family angkat kat Berdang,Jeli.. kepada warga GPMS UiTM yg menyertai GOKIM JELI Dec 2010, pak din kirim salam~ The Red Warriors kalah dalam Piala FA menentang Terengganu.. Terengganu bukan best sangat pun,nasib je tu.. pape pun,tahniah diucapkan kerana terus berjuang.. Liga Super milik kita! gomo kelate gomo!


12.6.2011- Cuti Peristiwa di Kelantan.. cuti lagi.. haish~ Aiyad dah balik ke MCKK, Wafaa dah balik asrama,so dah takde sape2 dah kat rumah ni.. sunyi pulak rasanya.. Kucingku Ganmo selamat melahirkan anak sulungnya 3 ekor.. so sekarang ni dah ada 9 ekor kucing kat rumah ni,,tak larat nak jaga..

13.6.2011- takde pape yang best kat sekolah..semuanya macam biasa je..

17.6.2011- Result exam Part 5 dah keluar.. Alhamdulillah naik,tapi takde la tinggi sangat..cukup2 makan je..tahniah kawan2 yg dapat result gempaq tu..

18.6.2011- Kenduri abg kawan aku, Ikhtiman.. balik tu,terus hantar adik aku pergi tuisyen..sambil2 tunggu dia habis kelas,lepak kat Billion..tapi tak best sebab poket dah kering..lambatnya gaji nak masuk.... huhu..

Ps: Al Fatihah buat arwah Zami Ismail.. takziah kepada keluarga arwah~

Saturday, June 18, 2011

Geun-Suk Paling Hot

Jejaka berusia 24 tahun ini melakar kejayaan luar biasa di negara asing, terutama Jepun apabila lakonannya dalam You Are Beautiful diulang tayang pelbagai saluran televisyen negara itu. Kemunculan single perdananya, Let Me Cry yang turut dilancarkan pada 27 April lalu mendapat sambutan hangat, sekali gus meletakkan Geun-suk sebagai bintang Asia terhangat. 

Jejaka yang dilahirkan pada 4 Ogos 1987 di Danyang County, Wilayah Chungcheongbuk, Korea Selatan itu memulakan karier seninya pada usia enam tahun sebagai model iklan. Karier lakonan Geun-suk bermula pada 1997 menerusi sitkom terbitan HBS, Selling Happines. Ketika di sekolah menengah, Geun-suk begitu terpengaruh dengan muzik dibawakan Ken Hirai selain band rock Jepun, L'Arc-en-Cie. Pada 2005, drama lakonannya, Lovers In Prague yang disiarkan SBS menerima sambutan hangat penonton, lantas melonjakkan namanya. 


Keberkesanan lakonannya sebagai pemuzik membawa Geun-suk ke layar perak apabila pengarah berkaliber, Lee Joon-ik menawarkan watak utama dalam filem yang meraih perhatian pengkritik, The Happy Life. Beliau juga tidak mensia-siakan bakat nyanyiannya dengan kelahiran single, Let Me Cry awal tahun ini sekali gus menyerlahkan kepada peminat karakter sebenar dirinya. 

Peminat Geun-suk boleh menikmati drama lakonannya, Marry Me Marry yang Geun-suk akan menemui peminat di 8TV menerusi slot, Hito Idol setiap Sabtu, jam 6.30 petang bermula hari ini. Drama yang diadaptasi daripada komik popular internet, Maerineun Uibakjoong’ hasil ciptaan Won Su-Yeon turut dibintangi Moon Gyun-Young, Kim Jae-Wook dan Kim Hyo-Jin. Dalam drama komedi romantik ini, Geun-suk memainkan watak Kang Mu-gyu, vokalis dan pemain gitar sebuah kumpulan rock indie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...