Saturday, June 11, 2011

Orang Memberi Kita Merasa

Pernahkah kita mendengar hadis nabi, yang bermaksud: “Sebaik-baik harta itu ialah, harta yang berada pada tangan orang yang salih.” (Riwayat Imam Ahmad dan Thabrani). Mengapakah begitu? Jawapannya mudah, hanya orang yang salih sahaja yang tahu dan mampu menggunakan hartanya ke jalan yang diredai Allah SWT.

Allah SWT mahu agar kita, manusia menjadi orang yang berharta. Dalam erti kata lain, Allah tidak mahu kita merasa selesa dengan kemiskinan. Hidup dalam serba kesusahan. Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Sebab itulah Allah SWT berlaku adil dengan memberikan semua manusia peluang yang saksama membina kehidupan. Allah menyatakan di dalam Al-Quran: “Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia (Allah) mencukupkan (hidupmu).” (Ad-Dhuha: 8 )

Begitu jugalah firman Allah di lembaran Al-Jumuah ayat 10: “Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah.” Semuanya mendorong kita mencipta kejayaan dan kekayaan dalam hidup.


Apabila manusia menjadi kaya, maka mereka mudah melaksanakan kewajipan sesama insan. Saling memberi dan saling berbahagi. Seperti sebuah lirik lagu nyanyian Opick dari Indonesia: “Alangkah indah, orang bersedekah, dekat dengan Allah, dekat dengan sunnah. Takkan berkurang, harta yang sedekah, akan bertambah, akan bertambah”.

Walau bagaimanapun, sejarah juga menunjukkan betapa ramai umat manusia yang mendapat kekayaan akhirnya lupa daratan. Mereka menjadi manusia takbur, sombong dan mengingkari arahan Tuhan. Sifat belas kasih sesama insan bertukar menjadi kedekut, pemeras dan penindas.
Hal ini berlaku sepanjang zaman. Allah SWT ada memberi ingat: “Maka kami benamkan Qarun berserta rumahnya ke dalam bumi, maka tidak ada baginya satu golongan pun yang boleh menolongnya…” (Al-Qasas: 81)

Qarun adalah sepupu Nabi Musa a.s. Dia berfahaman bahawa setiap sen harta yang dia miliki adalah mutlak miliknya. Qarun mengingkari nasihat Musa agar memberikan sedekah dan menyantuni sesama manusia. Kemuncak keingkarannya, Qarun bertindak menindas dan menganiayai kaumnya dan menafikan hartanya itu adalah kurniaan Allah SWT. Mungkin, Qarun adalah pencetus mazhab kapitalisme di dunia ini. Maka, sebagai balasan ke atas keengkarannya itu, dia ditenggelamkan ke dasar bumi dan tenggelamlah juga segala keegoannya yang menguasai diri.

Hakikatnya, Islam mendidik manusia yang berharta agar menjadi manusia mulia. Di samping itu, tiada sebaik-baik tauladan dapat dikutip, melainkan tauladan yang diberikan Nabi Muhammad SAW. Nabi menyatakan: “Bukan orang yang beriman, sesiapa yang tidur malam dengan perut kekenyangan; sedangkan dia mengetahui bahawa jiran di sebelahnya sedang kelaparan,” (Hadis Riwayat At-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Petikan daripada:
Ustaz Hamizul Abdul Hamid (U-HAH)
Eksekutif Komunikasi Korporat
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Friday, June 10, 2011

Homework Dah Siap Belum?

Diam tak diam cuti penggal sekolah dah nak habis dah..sekejap je rasa 2 minggu ni..nak rehat kat rumah pun tak puas lagi.. Ahad ni kena sambung mengajar balik.. kena serap balik mood nak mengajar ni.. hehehe.. Alhamdulillah syukur aku masih lagi sihat nak kerja ni.. harap2 takde la pape halangan untuk aku nak habiskan baki kerja aku 3 minggu lagi.. yela, masa depan kita tak tau lagi macam mana kan.. huhu..


Homework yg aku bagi kat murid2 comel tu agak2nya dah siap ke belum? aku rasa macam tak siap lagi je.. adik2 aku pun semalam baru start busy nak siapkan homework yg bertimbun tu.. aku bagi sikit je homework kat student aku sebab aku faham sangat la perangai budak2 ni,kalau kita bagi banyak2 pun,mesti diorang meniru kawan2 jgk.. so aku bg homework yg sikit je tapi bleh kata effective jgk la.. hahaha.. 

Teringat balik zaman sekolah2 dulu,kalau cikgu sebut je pasal homework, mesti rasa lemas, rimas, malas.. banyak mana pun cikgu bagi homework, 2 3 hari last tu jugak la baru aku pulun nak siapkan.. kalau tak siap jugak,tiru je kawan time pagi2 sebelum masuk kelas.. pagi2 memang meriah sebab bukan aku sorang je yang tak siap homework,tapi ramai jgk la.. masa tu la baru nak cari member2 yg rajin buat homework.. kalau tak sempat siap jugak,berserah pada takdir je la.. memang nervous gila nak tunggu cikgu masuk kelas.. aahahaha kenangan sekolah dulu memang best.. kalau boleh balik ke masa tu,aku sanggup walaupun utk tempoh sehari je..

Wednesday, June 8, 2011

Yang Hitam ke Putih?

Temubual seorang pemuda dengan seorang pakcik pengembala biri-biri.


Pemuda    :Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik      :Boleh aje...
Pemuda    :Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik      :Yang mana , yang putih atau yang hitam?"
Pemuda    :Yang putih.
Pakcik      :Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda    :Yang hitam?
Pakcik      :Yang hitam pun sama...
Pemuda    :Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik      :Yang mana , yang putih atau yang hitam?
Pemuda    :Yang putih?
Pakcik      :Ah , yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda    :Dan yang hitam?
Pakcik      :Yang hitam pun sama...
Pemuda    :Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik      :Yang mana , yang putih atau yang hitam?
Pemuda    :Yang putih?
Pakcik      :Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda    :Dan yang hitam?
Pakcik      :Yang hitam pun sama...
Pemuda    :Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam , padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik      :Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda    :Ooo , gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik      :Yang hitam pun sama.... 

Monday, June 6, 2011

25 Pemain Baru Buruan Arsenal

Entri ni khas untuk peminat (kipas susah mati) Arsengal.. oppss silap taip pulak.. i'm sorry.. hehehe.. Arsenal.. khas untuk bacaan dan tatapan buat Saiful Maravilla dan para peminat The Gunners seluruh dunia.. pihak pentadbiran Arsenal dah sediakan banyak duit untuk beli players berkaliber (katanya).. haha.. musim 2010/2011 diorang ni dah bagus dah.. asyik follow je Man Utd dari belakang.. tapi last2 duk no 4 liga jugak.. hehehe.. Ni antara players yg mungkin membarisi skuad The Goners.. aii silap taip lagi.. The Gunners la.. i'm sorry!!~

1. Pepe Reina (Liverpool) - kos 13-18 juta Euro
Current Arsenal Szczesny, goalkeeper dah bagus dah, tapi kadang2 silly mistake yg selalu dia buat dalam game2 besar membuatkan Arsene Wenger tak berapa yakin dengan kebolehan beliau..


2. Philippe Mexes (AS Roma) - kos 8-12 juta Euro
Pemain pertahanan.. mungkin ganti Vermaelen..

3. Neven Subotic (Borussia Dortmund) - kos 14-20 juta Euro
Pertahanan..


4.Stephen Mbia (Marseille) - juga pertahanan..aii ramainya target defender.. lemahnya current defender Arsenal ni.. ish3..

5. Leighton Baines (Everton) - kos 8-13 juta Euro
Left back,mungkin nak ganti Clichy yang dikatkan dengan perpindahan ke Inter Milan, Juventus dan Real Madrid


6. Eden Hazard (Lille) - kos 18-30 juta Euro
Pengganti Arshavin.. pemain ini dikatakan mempunyai gaya permainan seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.. hahaha.. statement.. like sangat..


7. Gervinho (Lille) -kos 8-13 juta Euro
Juga sebagai pengganti Arshavin, ataupun Bendtner..yang pasti pemain ini jauh lebih baik dari Bendtner.. haha

8. Scott Parker (West Ham) - kos 10-14 juta Euro
Pemain England yg baru2 ini mendapat kepercayaan Fabio Capello..

9. Per Mertesacker (Weder Bremen) - kos 12-16 juta Euro
Centre half yg agak mantap.. fans Arsenal mungkin lega kalau dapat sign player ni..

10. Alex Orlade (Chamberlain- Southampton) - kos 10-15 juta Euro
Alternatif kepada Theo Walcott..

ok la,cukup la 10 je yg aku tulis.. watpe nak banyak2.. dengar kata Samir Nasri nak pindah ke Man Utd.. bagus la tu.. hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...