Sunday, January 30, 2011

bomoh lagi hebat?

Betul ke zaman sekarang orang dah tak pakai lagi dah bomoh2 ni? Dunia kan dah moden.. hish,mana ada, zaman sekarang ni pun berlambak lagi orang berebut nak pakai khidmat bomoh ni, kononnya lagi efisyen..siap ada iklan dalam paper lagi..dunia2..

Kawan teringat lagi drama kat tv3 dalam 2 3 tahun lepas, cerita Susuk, lakonan Dynaz dan bomoh berprofil tinggi, Degawan lakonan Kaza..dalam drama ni,kononnya heroin ni nak ikat suami dia dan muka dia akan jadi berseri-seri selalu,tapi last2 bomoh dan jampi2 ni la yang makan diri dan family dia..


Kenapa la agaknya pakcik makcik,abang kakak kat luar sana tu lagi percaya kat bomoh lebih dari doktor or pakar perubatan Islam?

Kalau rumah kena rompak,mesti teringat kat bomoh dulu..

Kalau jatuh sakit,”bang,jom jumpa tok dukun,dengar kata dia pandai berubat”.

Kalau nak majukan bisnes pun pakai bomoh..”ala,kedai depan sana pun pakai penangkal,pe salahnya kalau kita cuba jugak”..

Kalau orang kena rasuk or nak halau hantu,bomoh la hero pertama yg orang akan kontek..(bukan semua org buat camni)..

Dunia dunia……..


1 comment:

  1. Bila kebergantungan kpd Allah rapuh..
    gitulah jadinya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...