Monday, May 2, 2011

Oh Kerabu Mangga~~

Ish..tiba-tiba je rasa mengidam kerabu mangga time2 exam ni..adoi,enzim2 dalam mulut ni dah nak sangat merasa kerabu mangga..teringat pulak kerabu mangga kat The Chicken Rice Shop..fuhh masyuk habis..kalau dapat merasa sekali pun dah kira ok dah..tapi sape nak tolong buatkan..kalau nak beli kat kedai-kedai makan biasa,takut rasa tak sedap la pulak..kalau nak beli kat Chicken Rice Shop,poket tengah kering n ekonomi peribadi pun tengah gawat lagi ni..tolong!! tolong!! boleh tak sape2 yang baik hati nak tolong buat kerabu mangga untuk saya?? free of charge..hehehehe..

Ni resepi yang aku baru google kat internet pasal macam mana nak buat kerabu mangga..kan best kalau bangun pagi,bukak mata,tiba-tiba je ada delivery kat depan rumah..hehehe..


  1. 2 biji mangga muda dicincang..
  2. 4 biji bawang merah dihiris halus
  3. 6 -10 biji cili padi (ikut citarasa kalau nak pedas tambah cilinya)
  4. Segenggam udang kering digoreng dan ditumbuk / ikan bilis pun boleh
  5. Sebatang serai dihiris nipis, sedikit halia dan lengkuas dicincang (semuanya digoreng dan ditumbuk halus)
  6. Sebiji buah limau nipis ( Diambil air perahannya)
  7. 2 sudu besar cuka makan ( terpulang kepada citarasa atau mangga tak berapa masam)
  8. 2 sudu gula
  9. Sedikit garam

Macam mana nak buat??
  • Selepas mangga di buang kulitnya, rendam seketika di dalam air garam, kemudian cincang halus dan memanjang.
  • Masukkan bawang merah, cili padi, garam, gula, cuka makan dan gaulkan.
  • Masukkan udang kering,halia,serai dan lengkuas yang telah ditumbuk serta air perahan asam limau, gaulkan lagi sehingga sebati.
  • Siap dah....

Resepi dah bagi ni,so sape-sape yang baik hati, boleh la hantar depan rumah sewa saya ye.. nanti mintak alamat.. hehehe..

Sunday, May 1, 2011

Shauki Maravilla Gay??

Hish,tak senonoh betul entri ni..dah la membabitkan nama tuan punya blog ni sendiri..apa kes ni tiba2 je ada kontroversi liar pasal tuan blog ni?baru-baru ni kecoh dengan cerita Shauki Maravilla sentiasa keluar dengan Saiful Maravilla (Epoy)..haish,ada apa-apa ke bang?ce citer sket..orang pun nak tahu jugak..

Gambar yang diambil oleh peminat

"Tidak..tidak..tu semuanya fitnah yang dilontarkan kepada saya..saya tak tahu menahu dalam kes ini,dan saya yakin saya tak terlibat dalam kegiatan bermoral ni..saya dengan Epoy setakat kawan biasa" jawab tuan blog ni..

Beliau mengulas lagi, "Semua ni adalah gosip liar yang tiada asasnya..saya nak tahu sape yang cakap saya macam tu?kalau berani,sila tampil..salah ke kalau saya keluar dengan Epoy? alaa,tak payah risau la,setakat Epoy tu,bukan taste saya la..saya pun ada taste jugak..dan saya adalah normal,bukan gay..saya pun tak tahu dari mana orang dapat ilham untuk mengaitkan nama saya dalam hal yang ntah apa-apa ni.."

Macam tu la jawapan beliau setelah disoal..So kepada sesiapa yang mengenali Shauki Maravilla,sekarang dah clean n clear kan pasal citer ni..ape daa,dunia dah moden,tapi otak duk lapuk macam tu jugak..haish~

Saturday, April 30, 2011

ALL IS WELL~

Assalamualaikum w.b.t...ish3 dah tumbuh lalang dah kat tepi2 blog ni..dah lama tak menjenguk blog ni..semuanya gara-gara exam..gap dekat2 sangat..takde masa nak pikir benda lain..24 jam pikir pasal exam..sampai masuk dalam mimpi..kalau mimpi keluar soalan spot takpe la jugak,ni mimpi aku tak boleh jawab exam..bertambah cuak la aku..hish,mintak jauh la semua benda tu..aku boleh update blog ni pun sebab ada gap panjang sikit..tapi betul kata2 dalam citer 1 litre of tears, TIME IS NEVER ENOUGH..dan aku teringat kata2 teacher aku masa sekolah dulu,Miss Faye,dia pernah bagitau, MANA-MANA STUDENT PUN TAKKAN READY 100% WALAUPUN DIA DAH BACA SAMPAI BERPULUH KALI.. ish,tu yang dah baca berpuluh kali,kalau kes macam aku ni macam mana?baca notes sampai 10 kali pun belum tentu lagi..

Takpelah,aku yakin ada la rezeki mana-mana tu..Allah dah letak periuk rezeki kita kat merata tempat di muka bumi ni,kita je yang kena cari..kalau tak cari,memang tak jumpa..ok,next paper, LAW OF ASSOCIATION I..paper yang paling aku tak suka dan paling aku rasa malas nak baca..tapi kena baca jugak..siapa lagi nak tolong kita kalau bukan diri sendiri kan?so aku kena tolong diri aku sekarang..aku taknak menyesal satu hari nanti bila aku dah tua..

3 Idiots

Semalam aku baru tengok citer 3 Idiots..memang best gilakzs! bagi semangat baru untuk aku untuk terus study..dalam citer tu,dia cakap jangan study untuk exam,tapi study sebab kita enjoy benda tu dan sebab nanti kita boleh apply dalam hidup kita..kalau ada apa2 problem,kena sentiasa relax..cakap je ALL IS WELL..be cool..ada sorang kawan aku pun pernah bagi ayat ni kat aku supaya aku boleh relax bila aku dalam kesusahan.."HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL"..

Ok,salam dan selamat beramal~

Monday, April 25, 2011

2 Dah Habis..3 Lagi Menanti...

Lagi satu paper baru je habis..International Law..paper yang paling susah setakat ni..tapi Alhamdulillah aku boleh la jawab walaupun tak tahu jawapan tu betul ke salah..tak nak pikir panjang2 pasal benda yang dah lepas,aku dah usaha dan buat yang terbaik setakat yang aku mampu..yang lain terserah la pada Allah..huhuhu..


Fokus sekarang ni adalah Islamic Famili Law yang sekali lagi bakal menguji daya tahan ingatan dan kekuatan peikiran aku sebagai seorang pelajar pada Khamis ini..aku harap boleh buat dengan lebih baik lagi untuk paper kali ni..Terima kasih kepada senior aku Intan Izureen yang sudi meminjamkan Kitab Tafsir al-Quran dalam versi English..fuh,lepas ni kena hafal hadis dan tafsir pulak..jadi ustaz Amirul la kejap aku pasni..ahakz~ Masa untuk study tak banyak,so aku kena pergi dulu..wish me luck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...