Thursday, September 22, 2011

Izinkan Aku..

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. Izinkan aku terus menyebut nama2 Allah dan kalimah suci-Nya selagi hidung masih mampu menghembus hela nafasku.. Tidak salah jika kita terus berusaha untuk mendekati-Nya walau dengan selangkah kaki yang kotor dengan niat untuk membersihkan kotor itu.. kerana setiap langkah kita menuju hari2 terakhir kita penuh dengan lopak,onak dan duri.. dalam hidup,haruslah sentiasa memberi walau bukan dengan harta.. jangan sekadar menadah tangan mengharap belas ehsan daripada hilaian rakusan dunia.. Adat dunia sekarang, buat ini salah,buat itu salah.. kalau tak buat pun salah.. hukum Allah hanya diguna pakai untuk kesesuaian diri.. sebagai seorang hamba, lebih baik kita buat sedikit amalan daripada langsung tidak melakukannya..

Tidak perlu mengkritik atau mempersoalkan sama ada perlu selawat panjang atau pendek.. yang penting kena buat.. kalau tak buat, mana lagi sumber amalan kita?

Kita selalu katakan kita bukanlah seorang yang jahat, tapi kita tidak pernah menghitung amal kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang hayat.. jika amal itu dirasakan sedikit, wajarkah kita mengharapkan keindahan syurga kelak? cukup baikkah kita untuk mengharapkan layanan bidadari?

Ya memang benar perempuan yang bertudung tak semestinya baik dan belum konfem masuk syurga tapi harus diingat bahawa perempuan yang tidak bertudung itu konfem masuk neraka.. anda pilih mana satu jalan anda..

Jangan dikeji bila orang memberi nasihat dan peringatan.. sekurang2nya masih ada yang mengambil berat tentang anda.. mengambil berat bukan sekadar bertanya khabar atau ajak makan sekali,tapi lebih dari itu.. manusia itu tak sempurna, tapi tak salah kalau kita mengejar ke arah kesempurnaan itu.. selemah-lemah manusia di sisi Allah ialah orang yang berputus asa..


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu...


Wednesday, September 21, 2011

Turki Larang Lelaki Tonton Bola Sepak

ANKARA: Turki membuat perubahan radikal bagi membanteras keganasan dalam perlawanan bola sepak apabila melarang kemasukan penyokong lelaki dan hanya membenarkan wanita serta kanak-kanak menyaksikan menyaksikan aksi. 

Berdasarkan peraturan baru yang diluluskan Persatuan Bola sepak Turki, hanya wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan secara percuma membabitkan pasukan yang dihukum atas perangai buruk penyokong mereka.
Fenerbahce mengedar kira-kira 27,000 tiket percuma kepada wanita dan kanak-kanak bagi menyaksikan perlawanan kelab itu menentang Manisaspor di Istanbul. - AP



Rumah Mat Sabu Kena Serang


SHAH ALAM: “Saya terkejut apabila jiran menelefon memberitahu rumah saya terbakar,” kata Nurul Huda Mohamad, 28, anak perempuan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung insiden kebakaran di rumah pemimpin pembangkang itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin lalu.

Ketika kejadian Nurul Huda berada seorang diri di rumah, manakala seorang lagi anak lelaki Mat Sabu, Ahmad Saiful Islam, 23, berada di luar.

Ketika ditemui di kediaman Mat Sabu di Jalan 19/32 C Seksyen 19, di sini, Nurul Huda berkata dia sedang melayari Internet di tingkat atas rumah apabila tiba-tiba terdengar bunyi seperti ada orang terlanggar pagar di luar rumah.

“Saya ingatkan adik saya Saiful yang pulang ke rumah apabila terdengar bunyi pagar itu. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus melayari Internet.

“Tiba-tiba, saya mendapat panggilan telefon dari jiran yang memberitahu bahawa bahagian pagar di depan rumah terbakar,” katanya.

Anak Perempuan Mat Sabu

Sumber: Harian Metro

Saturday, September 17, 2011

Coretan Dari Seorang Sahabat - ep3


Masa Berganti Masa, Bulan Berganti Bulan, Tahun Berganti Tahun..Jujur Ku Katakan, Ku Tak Mampu Melupakan Peristiwa Yang Terjadi Dahulu..Bukan Ku Tidak Redha Atas Segala Yang Berlaku Itu, Tapi Ku Cuba Merungkai Hikmah Di Sebalik Kejadian Yang Telah Ditaqdirkan Itu..Dan Kini, Satu Persatu Hikmah Ku Temui.....

Ikhlas???????...Ibadah????....
Ape Kaitan Antara Keduanya???... Semestinya Ia Sangat Berkait Rapat Antara Keduanya... Kedua Duanya Memainkan Peranan Yang Penting Antara Satu Sama Lain...


Apa Itu Ibadah???.. Secara Ringkasnya, Ia Satu Amalan Kebaikan Yang Di Lakukan Dan Di Persembahkan Dengan Niat Kerana Allah S.Wt.... Jadi, Adakah Dengan Melaksanakan Ibadah Itu Sudah Memadai Menjadikan Kita Seorang Hamba Yang Bertakwa??... Sudah Memadai Menjadikan Ibadah Itu Begitu Sempurna???.. Tidak... Ibadah Akan Di Nilai Melalui Keikhlasan.... Ibadah Yang Banyak Belum Cukup Sempurna Dan Bernilai Di Sisi Allah Andai Tiada Keikhlasan Di Dalam Melaksanakannya...Keikhlasan Itulah Yang Akan Menentukan Betapa Tinggi Nya Nilai Sebuah Ibadah Itu Disisi Allah..

Ketika Aku Bersama Balqis Dahulu... Aku Akui, Aku Begitu Selesa Dan Senang Untuk Melaksanakan Segala Ibadah..Aku Berasa Begitu Bersemangat Sekali... Tiada Langsung Keluhan Atau Perasaan Malas Di Dalam Melaksanakannya... Ku Laksanakan Dgn Penuh Bersungguh Sungguh Dan Penuh Pengharapan Kepada Allah... Bagiku Ketika Itu, Kulakukan Semua Ini Adalah Ikhlas Kerana Allah... Cume Perasaan Kasih Ku Pada Balqis Yang Menjadi Pendorong Untuk Kulaksanakan Semua Ini...

Tapi..Aku Kena Akui Dan Aku Perlu Sedar... Sebenarnya Ketika Itu , Aku Tertipu Dengan Tanggapan Diriku Sendiri... Tidak Kusangka, Sebenarnya , Keikhlasan Ku Beribadah Dibayangi Perasaan Kasih Ku Pada Balqis.. Keikhlasan Yang Sepatutnya Adalah 100% Kerana Allah Rupanya Telah Dibayangi Perasaan Kasih Ku Itu...Pernah Ku Menganalogikannya Dgn Pengiraan Matematik... Andaikata 99% Keikhlasan Ku Beribadah Adalah Semata Mata Kerana Allah, Maka Itu Sudah Cukup Menjadikan Ibadah Itu Hilang Nilai Disisi - Nya... Kerna, Mana Pergiya 1% Itu.... Mungkin 1% Itu Dilakukan Atas Dasar Harapan  Agar Balqis Mampu Menerima Ku... Maka, Andai Benarlah Ia Terjadi Dahulu, Maka Sia Sialah Amalan Ku Ketika Itu... Sehingga Sekarang, Aku Masih Terfikir Fikir Sejauh Manakah Ikhlasnya Diri Ku Beribadah Ketika Dahulu... Betullah, Ikhlas Adalah Satu Rahsia Antara Allah Dan Hambanya...

Malaikat Dan Syaitan Pun Tidak Berhak Mengetahuinya..Dan Terkadang, Diri Sendiri Pun Tidak Mampu Menilainya...


Namun Aku Bersyukur...Allah Sedarkan Aku...Mungkin Perpisahan Yang Terjadi Itu Sebenarnya Adalah Satu Perpisahan Yang Menyelamatkan Aku..Menyelamatkan Aku Dari Terus Melakukan Ibadah Yang Mungkin Hanya Sia Sia Dan Tiada Nilai Di Sisi-Nya...

Ems...Dan Lagi Satu...Pernah Dengar Istilah Cinta Islamik???..Satu Hubungan Cinta Yang Mampu Menjadikan Pasangan Itu Lebih Mencintai Allah...Satu Hubungan Cinta Yang Sentiasa Berada Dilandasan Yang Betul Dan Mematuhi Segala Syariatullah...Benar Ke Ada Cinta Sebegitu????..Lagi Lagi Bagi Pasangan Yang Belum Di Ijabkabulkan...Entah..Fikir Dan Tentu Kanlah Sendiri...Andai Ada Sekalipun, Bukan Calang Calang Pasangan Yang Mampu Melaksanakannya... Bukan Mudah Untuk Mencorak Perhubungan Sebegitu... Lagi Lagi Bila Diri Ini Sentiasa Dibayangi Perasaan Nafsu...

Pernah Orang Berkata..Kisahku Bersama Balqis Adalah Satu Kisah Cinta Yang Menyayat Hati.. Menyayat Hati????.. Amboi.. Dah Macam Kes Kemalangan Jalanraya Menjelang Aidilfitri Jer Bunyinyer... Hehe... Tak Dela, Mungkin Boleh Dikatakan Satu Kisah Cinta Yang Suci Kononnya... Satu Kisah Cinta Islamik La Katakan...Dah Macam Kisah Cerita "Ketika Cinta Bertasbih Di Tanah Melayu Bunyinya" ... Hahaha.. Terasa Kelakar Pula Aku Memikirkannya... Sory La Der...Nie Bukan Kisah Cinta Ok.... Nie Sekadar Kisah Dimana Seorang Lelaki Ingin Menjalinkan Hubungan Persahabatan Bersama Seorang Wanita Yang Dia Minati Sahaja... Cinta Sesama Manusia???... Lagi Lagi Pada Yang Bukan Muhrim????.. Ops,, Harap Harap Nya Dijauhkan Lah Perasaan Itu Di Dalam Diri Ini...

Ramai Juga Yang Berkata, Butakah Mata Balqis Kerna Menolak Seorang Sahabat Lelaki Seperti Ku...???? Cewah -Cewah.... Macam Mulia Sangat Je Bunyinyer Aku Nie Kan... Haha...Nak Pecah Perut  Gak Aku Mendengarnya... Tak Pernah Terlintas Pun Dalam Hatiku Ini, Mengatakan Bahawa Keputusan Balqis Itu Adalah Salah... Bagiku, Itu Adalah Hak Peribadi Dia Sebagai Seorang Wanita... Malah, Aku Berterima Kasih Kepadanya Kerana Membuat Keputusan Yang Sebegitu... Keputusannya Yang Telah Menyedarkan Aku Dari Lamunan Yang Tak Menentu.. Menyedarkan Aku Dari Hasutan Syaitan Dan Nafsu Yang Begitu Memperhalusi Bisikannya ...

Yela, Pada Pandangan Mata Kasar Sesetengah Orang, Mungkin Niat Dan Tindakan Ku Ketika Itu Adalah Tidak Salah... Tapi, Lain Pula Bagi  Pandangan Seseorang Yang Hati Nya Begitu Hidup, Pasti Dia Mengatakan Tindakan Ku Itu Sebenarnya Dibayangi Bisikan  Nafsu Dan Syaitan..


Jadi Islamik Ke??...Hms...Sebenarnya Tanpa Disedari , Banyak Larangan Yang Aku Kurang Endahkan Semasa Perhubungan Itu Terjalin... Larangan Yang Aku Ketahui Setelah Sekian Lama Sebenarnya..Cuma Ketika Itu, Aku Kurang Tegas Untuk Meninggalkan Larangan Tersebut... Yela... Sungguh Halus Bisikan Syaitan Dan Nafsu Ketika Itu, Sehingga Perkara Yang Terlarang , Digambarkan Sebagai Perkara Yang Tidak Terlarang...




Salah Satunya Adalah Perbualan Suara....

Memey R... (Istilah "Memang R" Mengikut Perspektif Alunan Versi Jai Kl Gangster).. Sory, Terpengaruh Filem Sikit... Hehehe.. Memang Perbualan Ku Dengannya Hanya Berkisar Tentang Perbincangan Ilmiah... Tapi, Kenapa Perlu Aku Berbual Dengannya... Bukankah Aku Boleh Berbincang Dan Berkongsi Ilmu Tanpa Berbual Dengannya..Mungkin Aku Boleh Berbincang Melalui Email Atau Sms... Jadi, Ternyata Aku Dibayangi Nafsu Ketika Itu... Mungkin  Sebenarnya Ku Mahu Mendengar Kelembutan Suaranya... Yela, Suara Wanita Ini Terkadang Mampu Menenangkan Jiwa Yang Keseorangan Ini...Mungkin Juga Kerana Ku Mahu Dia Benar Benar Tahu, Yang Aku Ini Adalah Seorang Lelaki Yang Gentelman Kononnya..Yang Mampu Berkata Kata Manis Dengan Wanita ... Dan Mungkin Pelbagai Kemungkinan Lain Lagi Yang Menyebabkan Perbualan Itu Terjadi...

Maka, Dimana Nilainya Aurat Suara Seorang Wanita.. Tanpa Disedari, Aku Sebenarnya Telah Bersalah Kerana  Memaksa nya Memperdengarkan Auratnya Itu Kepada Ku...
So..Islamik Ke Semua Ini????

Yang Keduanya..Perjumpaan Jasad Telah Berlaku...

Hms..Memang Aku Tidak Kerap Berjumpa Dengannya... Tapi Aku Kena Akui, Yang Aku Pernah Juga Berjumpa Dan Berbual Secara Langsug Dengannya... Pernah Ku Beli Dan Hantarkan Juadah Berbuka Puasa Kepadanya.. Kononnya Aku Nie Nak Jadi Lelaki Yang Romantik La Kot.. Hehe.. Lelaki Yang Ambil Berat La Katakan.... Mahu Gelak Sampai Pecah Perut Sekali Lagi Gak Bila Ingat Semua Nie... Heee... Mungkin Perjumpaan Ketika Itu Masih Terkawal Kerna Dia Ditemani Rakan Perempuannya Yang Lain, Dan Ia Berlaku Dikhalayak Ramai...

Tapi Aku Kena Akui... Kenapa Aku Sanggup Tebalkan Muka Untuk Berjumpa Dengannya... Yer, Mungkin Kerna Aku Ingin Melihat Raut Wajahnya... Ingin Melihat Kecantikan Dan Kemanisan Wajahnya... Kalau Boleh, Hari Hari Nak Ku Tatap Wajahnya.. Amboi.. Jiwang Betoi Ayat... Hehehe.. Tak Dela , Ayat Ini Sekadar Kiasan Semata Mata... Hms... Maknanya, Sungguh Aku Tewas Dengan Dorongan Nafsu Ketika Itu... Islamik Ke Semua Ini?????


Aku Sentiasa Menasihati Dirinya Agar Menjadi Seorang Wanita Yang Kukuh Benteng Al-Haya Nya... Agar Dia Menjadi Seorang Wanita Yang Di Penuhi Dengan Sifat Malu... Sifat Malu Yang Mampu Melindunginya Kelak.. Tapi, Sebenarnya, Akulah Jua Lelaki Yang Menggugat Benteng Al-Haya Itu... Bukankah Keinginan Ku Untuk Berkenalan Dengannya, Keinginan Ku Untuk Berbual Dengannya, Dan Keinginan Ku Untuk Berjumpa Dengannya, Sebenarnya Adalah Satu Keinginan Yang Mampu Menggugat Benteng Al-Hayanya..???.. Mungkin Dia Terpaksa Merendahkan Sedikit Sifat Malunya Bagi Memenuhi Segala Keinginanku Itu , Bukan???... Ternyata Aku Bukan Dari Golongan Lelaki Yang Baik Baik... Mungkin Aku Boleh Digelar Sebagai Gagak Hitam Yang Mampu Merosakkan Seri Seorang Muslimah... Hmmss... Terdiam Gerun Aku Memikirkan Semua Yang Terjadi Dahulu.... Adakah Ini Juga Dikatakan Islamik???..

bersambung...

Hp Baru..Dunia Baru..

Assalamualaikum dan selamat pagi..semalam 16 Sept 2011 aku menyambut Hari Malaysia dengan suasana yang berbeza dari tahun2 sebelumnya.. (sebelum ni penah sambut ke?).. yeahh aku dah beli handphone baru..HTC Wildfire.. hp yang lama aku nak bagi kat adik aku.. selamat sudah tempoh perkhidmatan Nokia Express Music 5320 dengan aku selama 2 tahun 6 bulan.. lama tu aku pakai hp tu, dah la x penah rosak..rasa sayang la pulak nak bagi kat orang macam tu je..

Nasib baik amoy semalam tu boleh kira cun jugak la, pandai dia pikat hati aku suh beli hp kat kedai dia.. tapi biasa la,customer service mesti no.1 kan.. aku faham,mesti dia terpikat dengan aku,sebab tu dia saja buatkan aku duk lama kat kedai dia..hehehe.. takpe amoy,nti free wa pegi lagi kedai lu.. sebenarnya dah berbulan2 aku target hp lain..Samsung Galaxy Ace..tapi pusing punya pusing, takde stock la der...hampeh betul..singgah kedai amoy tu, dia cakap ada stock, tapi dia recommend HTC tu sebab harga sama je dgn Galaxy Ace,tapi yg ni ori..galaxy Ace tu harga x ori.. lama la jugak aku duk kat kedai dia,duk pk nak yg mana satu.. last2 aku beli jugak HTC Wildfire tu..


Penat2..dah la x penah guna HTC..susah gak la nak usha2 function hp ni..xpe, blaja slow2 dulu..masa banyak ag..aku beli hp ni pun bukannya sebab bajet nak ikut member2 pakai hp mahal..diorang tu kaya2..xleh la nak ikut diorang..Alhamdulillah aku ada la rezeki sikit,beli la..Insya Allah kalau hp ni xde problem,bleh la aku guna untuk 2-3 tahun lagi..buat apa la nak tukar2 hp tiap2 sem macam student2 UiTM ni (budak u lain pun sama je)..hahaha

P/s: sem ni kalau saving,bleh wat bayar muka keta pulak..hehe i like~

Thursday, September 15, 2011

Coretan Dari Seorang Sahabat -ep2

[Sambungan dari Coretan Dari Seorang Sahabat -ep1


Setiap Masa Ku Bawa Surat Itu...Surat Yang Tiada Nama Penerimanya..Kerna Ketika Itu, Aku Masih Lagi Tidak Tahu Akan Nama Wanita Yang Menjadi Idaman Hatiku Itu...Jadi, Berharap Aku Akan Terserempak Dengannya... Andai Aku Terserempak...Maka, Tak Teragak Agak Aku Akan Memberikan Surat Itu Kepadanya..Tapi...Malang Sekali..Tiada Satu Peluang Dan Ruang Masa Pun Untuk Aku Terserempak Dengan Dirinya...Rungsing Kepala...Yela, Selagi Surat Ini Tak Sampai Kepada Nya, Maka Selagi Itulah Kepala Ini Rungsing Memikirkannya...

Dan..Satu Hari, Aku Diberi Satu Maklumat...Dimana Ku Ketahui Namanya.. Dan Ku Ketahui Akan Kelasnya.. Semuanya Ku Ketahui Melalui Gambar Kelas Milik Kawan Ku Sendiri..Tak Sangka Dia Sekelas Dgn Roomate Kawan Baik Ku..Hms...Harapan Dan Jalan Nampak Makin Terbuka...Entah Bagaimana, Setelah Pelbagai Cara Difikirkan...Maka, Aku Bertekad Juga Untuk Memberi Surat Itu Sendiri...Aku Perhatikan Jadual Waktu Kelasnya...Kerna Aku Mahu Menunggunya Sebaik Sahaja Dia Ingin Pulang Ke Asrama...Hms...Aku Yakin, Surat Ini Pasti Akan Diberi Juga Kepadanya..

Bermulalah Sesi Menunggu Kehadirannya Lalu..Menunggu Aku Di Laluan Yang Kebiasaannya Akan Dilalui Pelajar Untuk Pulang Ke Asrama.. Menunggu Dengan Penuh Debaran...Sambil Hati Ini Berdoa.."Ya Allah... Andai Caraku Dan Niatku Ini Benar, Permudahkanlah Ya Allah"... Dan.... Tiba Masanya...Ku Lihat Kelibat Raut Wajahnya...Berjalan Dengan Penuh Perlahan... Tapi... Alamak!!!!.. Ramainya Kawan Dia...Mahu Saja Terbatal Niat Ku Ini...Hilang Terus Semangat Yang Berkobar Kobar Tadi.. Hms..Mungkin Belum Tiba Masa Dan Ruangnya Untuk Aku Memberi Kepadanya...

Tapi Aku Tetap Berjalan Mengekorinya...Bukan Mengekorinya Kerna Mahu Memberi Surat Itu, Tapi Kerna Aku Juga Mahu Ke Asrama Untuk Berehat.. Lama Kelamaan..Kawannya Yang Ramai Itu, Hilang Dipandangan Ku... Mungkin Mereka Tinggal Di Blok Yang Berasingan... Dan, Itu Sahaja La Peluang Yang Aku Perlu Gunakan Dgn Sebaiknya..Ku Lihat, Beberapa Langkah Sahaja Lagi Dia Ingin Memasuki Merentasi Pintu Pagar Blok Asrama Nya...Dan Ketika Itu Lah  Mulut Ku Bersuara...


" Kakak..Kakak...Tunggu Sekejap...."...Kakak Nie Balqis Kan..???.."So, Ini Ada Orang Kasi La Kat Kakak"...Sambil Sambil Menggelabah Mengeluarkan Fail Di Dalam Beg...Terkejut Dia Melihat Fail Yang Terukir Namanya Itu... "Eh..Sape Yang Kasi Nie Dik???"...Jawabku.."Kakak Bukak La Dulu... Kat Dalam Tu Ade Tulis Kot Sape Yg Kasi"....Kata Ku Sambil Berlalu Pergi.... Fuhhhh.. Lega.... Dan Boleh Gila Rasenya Tadi...



Dan Sejak Itu...Terjalinlah Hubungan Antara Aku Dengan Balqis...Bukan Hubungan Cinta, Tapi Hubungan Sebagai Seorang Rakan Dan Teman...Aku Akui, Lama Kelamaan, Aku Menyimpan Sedikit Harapan Padanya..Bukan Aku Berharap Agar Dia Akan Menjadi Kekasihku..Tapi Aku Berharap Agar Dia Tahu, Yang Aku Sanggup Menunggunya Suatu Hari Nanti... Menunggunya Supaya Aku Mampu Menjadikannya  Sebagai Seorang Wanita Yang Akan Aku Kasihi Kelak...

Sebenarnya, Perasaan Kasih Yang Hadir Ketika Itu , Bukan  Mahu Mengheretnya Ke Dalam Lamunan Cinta Bersama Sama Diriku...

Tapi, Perasaan Kasih Yang Hadir Ketika Itu Lebih Kepada Perasaan Ku Yang Ingin Melihat Wanita Sepertinya Sentiasa Dilindungi..Dilindungi Oleh Benteng Al-Haya Yang Kukuh..Agar Dia Mampu Menjadi Seorang Wanita Yang Tinggi Nilai Keperibadiannya...

Aku Akan Pastikan Hubungan Yang Terjalin Itu Sentiasa Berada Di Landasan Yang Betul..Mematuhi Segala Syariatullah..Agar Kami Tidak Lalai Dan Leka Hingga Terjatuh Ke Dalam Jurang Cinta Nafsu Yang Menyesatkan..Aku Hiasai Perhubungan Itu Dengan Perbincangan Ilmiah..Aku Berkongsi Segala Ilmu Dan Nasihat Bersamanya...

Setiap Hari, Aku Luangkan Masa Untuk Ku Menulis Diari Kehidupanku.. Diari Yang Akan Ku Persembahkan Untuk Tatapan Balqis..Diari Yang Lebih Menjurus Kepada Perbincangan Ilmu Ku Dengan Si Dia..Yela, Ilmu Ini Ibarat Binatang Yg Buas..Dan Ia Perlu Di Ikat Dgn Sekuat Kuatnya..Maka, Catatan Itulah Ikatan Yang Paling Kuat Untuk Mengikatnya.. Ku Lakukan Semua nya Kerna Ku Sedar Akan Keadaan Diri ini Ketika Itu...Terkadang Ku Terlupa Tentang Pengisian Di Dalam Khutbah Jumaat...Terkadang Ku Terlupa Tentang Pengisian Di Dalam Majlis Majlis Ilmu Yang Aku Sertai..Jadi, Ku Jadikan Catatan Diari Ku Itu Sebagai Satu Tugasan Yang Perlu Aku Persembahkan Kepada Balqis..Agar Aku Mampu Mengingati Segala Ilmu Yang Ku Pelajari Itu, Seterusnya Berkongsi Ilmu Itu Bersama Seorang Wanita Yang Aku Kasihi..

Perbualan Ku Dengannya Di Telefon Begitu Ku Awasi..Agar Perbualan Yang Terjadi Itu Tidak Membawa Kelalaian...Biarlah Perbualan Yang Terjadi Itu Membawa Manfaat Kepada Keduanya..Terkadang Ku Perdengarkan Alunan Surah Al-Mulk Kepada Balqis Sebelum Matanya Terlena...Bukan Niatku Ingin Menunjuk Nunjuk Segala Amalan Kebaikan Ku Kepadanya..Tetapi Aku Jadikan Amalan Itu Sebagai Titik Mula Untuk Ku Istiqamah Di Dalam Beramal..Walau Ku Tak Mampu Menghubungi Nya, Segala Amalan Ku Itu Tetap Perlu Ku Teruskan...Kerna Bukan Ku Lakukan Semua Itu Kerana Balqis Semata Mata..Tapi Ku Lakukan Semua Itu Atas Dasar Kesedaran Diri.. Sedar Terhadap Keadaan Diri Ini Yang Semakin Lama Semakin Merasa Rapuh Dan Lemah Dalam Memperjuangkan Nilai Sebuah Istiqamah Di Dalam Beribadah..

Ku Jadikan Perasaan Kasih Ku Padanya Sebagai Satu Sumber Inspirasi Di Dalam Kehidupan Ku Ketika Itu..Ku Jadikan Perasaan Kasih Ku Itu Sebagai Jalan Atau Pendorong Untuk Ku Memperbaiki Diri  Ini..Untuk Ku Kembali Merasai Betapa Indahnya Dan Manisnya Bila Ibadah Itu Dihiasi Dgn Penuh Istiqamah...

Dan.....Satu Ketika...Aku Di Kejutkan ...Balqis Tidak Sanggup Berkawan Dengan Ku Lagi...Katanya, Dirinya Tidak Sesuai Berkawan Dgn Diriku... Dirinya Tidak Layak Berkawan Dengan Diriku..Dia Mengatakan Diriku Terlalu Baik Untuk Dirinya..Hms... Berkali Kali Ku Perjelaskan Kepadanya... Diriku Bukannya Seorang Yang Baik.,Tetapi Aku Sedang Berusaha Berubah Untuk Memperbaiki Diri Ini..Tapi...Akhirnya Aku Akur Dan Terpaksa Menerima Segala Keputusannya...


Tidak Kecewa????..Tipulah Andai Ku Kata Diriku Tidak Kecewa...Memang Perasaan Kecewa Itu Ada, Tapi Aku Cuba Untuk Redha Atas Segala Yang Telah Di Taqdirkan Itu..

bersambung...

Wednesday, September 14, 2011

Najib Umum Perkara Penting Esok

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka membuat pengumuman mengenai beberapa perubahan penting ketika buat julung kalinya menyampaikan amanat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di hadapan penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam esok. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata ucapan Perdana Menteri juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan TVi pada 8.45 malam.
"Perdana Menteri akan berucap di hadapan kira-kira 800 hadirin yang terdiri daripada Menteri Kabinet, pegawai tinggi kerajaan, anggota parti komponen Barisan Nasional dan badan bukan kerajaan.


"Pada saat itu beliau dijangka akan menekankan perkara utama pentingnya perubahan besar yang beliau fikirkan wajar bagi kerajaan dan negara kita," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca-Labinet bagi kementeriannya di Wisma TV, Angkasapuri di sini, hari ini. 

Sehubungan itu, Rais berharap seluruh lapisan masyarakat termasuk di Sabah dan Sarawak menyaksikan ucapan pemimpin tertinggi negara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini berikutan Hari Malaysia disambut serentak dengan Hari Kemerdekaan ke-54. 

Beliau berkata, reaksi dari barisan pemimpin negeri termasuk di Sabah dan Sarawak dijangka turut akan disiarkan secara langsung sejurus selepas ucapan Najib. 

"Kita sedang mengatur agar studio di Sabah dan Sarawak bersiap-sedia dan secara spontan membuka saluran agar dapat menerima siaran secara jelas dan berkemungkinan ketua-ketua menteri memberi penjelasan selepas ucapan itu dan di Semenanjung Malaysia, kita sedang mengatur reaksi turutan sekuel selepas ucapan itu," katanya. 

Rais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkata, pihaknya juga sedang berbincang dengan saluran televisyen lain seperti Media Prima Berhad untuk menyiarkan ucapan itu supaya semua lapisan masyarakat mendengar amanat berkenaan. 

"Saya yakin penyampaian ini sekali gus (membolehkan) rakyat Malaysia terutama rakan-rakan di Sabah dan Sarawak berpeluang mendengar (ucapan) dari dekat dan secara intim penyampaian tersebut," katanya. 

Hari Kebangsaan akan disambut serentak dengan Hari Malaysia Jumaat ini dengan bertemakan '1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'. - BERNAMA

Komen: Harap2 harga minyak tak naik lagi esok..hadoi.. hmm mungkin nak umum PRU-13 kot.. 

Saturday, September 10, 2011

Coretan Dari Seorang Sahabat - ep1

Coretan ini bukanlah hak cipta pemilik blog ini tetapi setelah pencoret nukilan ini (nama dirahsiakan) memberi keizinan untuk dimasukkan ke dalam blog ini, maka shaukimaravilla hanya mampu menurut perintah.. aku rasa coretan ni menarik, tapi panjang sangat, so aku post sikit demi sikit dulu. selamat melayan....

*****

SUKA MELABUHKAN TIRAI KASIHNYA..KASIH PULA MELAYARKAN BAHTERA CINTANYA..LALU AKHIRNYA, KULONTAR LENYAPKAN KESEMUANYA..

ASSALAMUA'LAIKUM...
Semoga  Kalian Sentiasa Tenang Dan Bertambah Selesa Dgn Segala Nikmat Iman Dan Islam Yang Digenggam Erat Hingga Setakat Ini...

Entah..Tak Tahu Bagaimana Rasanya Ingin Memulakan Penulisan Ini...Harapnya Jari Jemari Ini Akan Terus Menari Lancar Menaip Kata Kata Yang Akan Terukir Mengikut Alunan  Gerak Rentak Hati ... Amboi..Dah Macam Pantun Tak Terurus Pulak Bunyinya..Hehehe...Ini Hanya Sekadar Penulisan Yang Tak Dirancang Dan Dibincang Isi Nya Terlebih Dahulu..So, Mungkin Agak Bercelaru Sedikit Isi Kandungannya...Malah,Mungkin Penulisan Ini Juga Boleh  Dikategorikan Sebagai Karangan Yang Tidak Mematuhi Piawaian Lembaga Peperiksaan Karangan Seluruh Asia Tenggara Hendaknya.. Hehe.. Mengarut Jew Ayatnya..

Hms...Sebenarnya..Lebih Selesa Aku Menterjemahkan Segala Isi Hati Ini Menerusi Penulisan Berbanding Percakapan... Yela... Bila Bercakap Nie Kadang Kadang Tak Terkeluar Pun Ape Yang Hendak Di Cakap Sebenarnya... Jadi... Penulisan Inilah Medium Yang Terbaik Untuk Dijadikan  Ruang Dan Jalan Bagi Menterjemah Dan Menzahirkan Ape Yang Terbuku Di Hati Ini...

So...Sekali Lagi Aku Ingin Berkongsi Kisah Silam Aku...Bukan Niat Untuk Menyalahkan Taqdir Yang Telah Berlaku Dulu..Tapi, Ingin Merungkai Hikmah Tersirat Di Sebalik Kisah Lampau Itu...Hikmah Yang Satu Persatu Diperlihatkan Dari Masa Ke Semasa...

Ape Yang Berlaku Dulu..Tetap Telah Berlaku...Sejarah Hidup Kita Yang Lampau Tetap Akan Terukir Sebagai Sejarah Hidup...

Tak Kira La, Sama Ada Sejarah Itu Manis Ataupun Pahit...Maka, Tak Mampu Sama Sekali Kita Ingin Merubah Kembali Sejarah Yang Telah Terukir Itu..

Kerna Kita Bukannya Hidup Di Alam Doraemon Yang Mempunyai Mesin Perentas Masa..Mesin Yang Mampu Membawa Kita Ke Masa Lampau Dan Ke Masa Hadapan..

Sejarah Tidak Akan Terpadam...Walau Dengan Taubat Sekalipun...Sejarah Tetap Tidak Mampu Terpadam...

Tapi Sekurang Kurangnya, Dengan Taubat Itu Mampu Memberi Ketenangan Jiwa,  Setelah Dahulunya Jiwa Itu Begitu Sengsara Di Hiasi Dosa..
 

Dan...Tanpa Taubat Juga, Sejarah Tetap Juga Tidak Mampu Terpadam... Malah Jiwa Yang Dahulunya Begitu Sengsara Akan Terus Sengsara Hingga Ke Akhirnya..

Ini Cerita Nya....

Pada Zaman Dahulu....Di Sebuah Perkampungan Kecil...Ade Seorang Nenek Tua Yang Begitu Sayu Hidup Keseorangan..Hanya Ditemani Sunyi Dan Kebosanan..Maka, Masanya Banyak Dihabiskan Bersama Sama Dengan Permainan Video Sony Ps2 Nya..Tiba -Tiba......Ps2 Nya Rosak...Makanya Lagi, Dia Bertekad Mahu Membeli Permainan Video Sony Psp Pula...Hehe..Tak Dela Gurau Jer...

Ini Cerita Yang Serius Nya...Hee...

Pernah Dahulu..Hati  Ini Merasa Dan Menyimpan Perasaan Minat Pada Seseorang..Perasaan Minat Yang Lama Kelamaan Membentuk Satu Perasaan Kasih... 

Pada Mulanya...Langsung Aku Tidak Mengenali Dirinya.. "Nama".."Umur".."Tarikh Lahir".. Dan Segala Isi Maklumat Tentang Latar Belakang Peribadinya Langsung Tidak Ku Ketahui..Namun, Hanya Wajahnya Sahaja Yang Aku Ingati...Entah, Bagaimana Perasaan Suka Itu Boleh Hadir...Aku Pun Masih Terfikir Sehingga Sekarang...Mungkin Sekali Aku Tertarik Terhadap Paras Rupanya..Dan Ketika Itu Juga Kurasakan Dia  Di Antara Wanita Yang Baik Baik Akhlaknya...Maka Terus Aku Bertekad Untuk Mengenali Dirinya...

Aku Pun Tak Tahu, Dari Mana Datangnya Aura Yang Begitu Kuat , Mendorong Aku Agar Bertekad Untuk Menyampaikan Hasrat Diri Ini,  Yang  Mahu Mengenali Dirinya..Yela, Aku Pun Dah Cukup Kenal Dgn Diri Aku...Seorang Lelaki Yang Begitu Kekok Bila Berhadapan Dgn Perempuan...Apatah Lagi Mahu Berbicara..Lagi Lagi Berbicara Tentang Luahan Perasaan  Hati Ini..Hms...Jangan Mimpi La Aku Mampu Lakukan Semua Itu..Tapi...Aku Masih Tetap Juga Menyimpan Tekad, Yang Hasrat Ku Ini Akan Aku Utarakan Juga Pada Dirinya..

Sedar Tak Sedar..Siap Sepucuk Surat..Surat Yang Menyatakan Niat Dan Hasrat Di Hati Ini Untuk Berkenalan..Ingin Berkawan..Tapi, Masih Ada Lagi Permasalahannya...Siapa Yang Ingin Menghantar Surat Ini???..Dan Bagaimana Pula Ingin Menghantarnya???..Buntu Aku Seketika...Selamat La Aku Tak Terfikir Nak Buat Batu Bersurat Kan...Kalo Tak, Lagi Besar Masalahnya..Sape Pulak La Yang Nak Angkat Batu Bersurat Yang Berat Tu Kan...Hehehe.. 


bersambung....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...