Sunday, July 31, 2011

Comelnya Si Kucing

Nak tahu info menarik tentang kucing kesayangan anda?

1. Kucing itu noktural - kurang aktif pada waktu siang dan sangat aktif pada waktu malam

2. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning

3. Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)

4. Coklat boleh menjadi racun kepada kucing


5. Kucing boleh kembali lagi ke rumah walaupun dibuang beberapa kilometer dari rumah,tanpa menggunakan kompas

6. Kucing mempunyai memori yang lebih baik berbanding anjing, monyet dan orang utan

7. Mempunyai lebih 100 jenis suara

8. Julius Caesar dan Napoleon menderita penyakit ailurophobia (takut terhadap kucing)

9. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari

10. Kucing tidak berpeluh

11. Kelab Pencinta Kucing available kat facebook

12. Nama kucing tuan blog ini ialah Ganmo.. nama anak dia sering berubah-ubah mengikut kesesuaian keadaan dan mood tuan blog.. antara nama yang digunapakai hingga sekarang ialah Udon, Yujiro, Debo dan Aisyah Humaira.. hehe..

Saturday, July 30, 2011

Preparation Untuk Puasa

Isnin ini akan bermula la amal ibadat puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia dan kawasan2 yang sewaktu dengannya.. Puasa ni bukan ibadat semata-mata, tapi ia juga merupakan misi yang penting untuk kita orang Islam.. so kena la bermula dengan planning yang baik untuk tingkatkan amal kita sepanjang bulan Ramadhan ni.. bukan slot atau program je yg kena ada planning,puasa pun sama gak.. meh kita sama2 mulakan dengan niat dulu..

Lafaz niat puasa Ramadhan harian 

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat puasa sebulan
 Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala

Doa Berbuka Puasa
 Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang

* jangan mudah terpedaya dengan sebaran hadis2 palsu atau kurang sahih tentang khasiat menunaikan solat terawih.. marilah kita lakukan dengan seikhlas hati tanpa mengira apa jua ganjaran dari Allah..


 
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~

Friday, July 29, 2011

Header Baru

Fuhh setelah sekian lama aku menantikan header dari housemate yang selalu bizi tu (Pert bukan nama sebenar), akhirnya hari ni ada la sorang hamba Allah yang telah ditakdirkan menjadi kawan aku sejak dulu lagi bermurah hati untuk buat header untuk blog aku yg tak seberapa ni.. aku tau bukannya lawa sangat pun..dah la ada problem ms nk upload banner ni..hahaha.. mintak ampun kaidi weh..

Terima kasih

Thank you

To-che

Syukran

Arigato

kepada ---> Ku Syuk Maravilla

 

Thursday, July 28, 2011

Hidup Itu Indah

Hidup ini memang indah
Terserah kepada kita bagaimana untuk mencorakkannya
Teringat lagi quote dari kawan aku
Yang aku terbaca di friendster satu ketika dulu
Hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan kesedihan
Mendalam maksudnya


Kalau ada masalah,senyum..
Kalau sedih,senyum..
Buat apa nak bermuram durja
Hidup bukan panjang mana pun
Senyumlah ketika kita masih mampu tersenyum
Sebelum senyuman itu pergi dibawa angin yang lalu
Hidup ini indah
Live your life to the fullest!

Tuesday, July 26, 2011

Ekspedisi Rakan Alam 20

Fuhh selesai sudah pertapaanku di Gunung Ledang selama 7 hari.. penat.. tapi yang pasti senyuman tetap terukir di bibir2 peserta dan urusetia yang terlibat dalam ERA 20.. no ledang aku cantik punya.. 1111.. ko ada? hahaha.. bagi sesiapa yang tak pernah join ERA anjuran GPMS UiTM Shah Alam,mesti korang tak paham apa tu no ledang.. no ledang ni lebih kurang nombor surat beranak korang la.. kami warga GPMS yang ke-20 yang lahir di Gunung Ledang ni sebagai peserta.. 


ARMADA 20 - nama batch kitorang untuk peserta ERA 20.. penggoncang nusantara.. harap semua peserta jgn cakap je nak berapi, tapi sama2 la kita buat yg termampu.. yang penting,mulakan dgn niat.. ERA ni best ke tak best, korang join dulu.. (so far aku tak pernah dengar lagi peserta merungut program ni tak best) hehehe..


Niat aku pergi Gunung Ledang dah tercapai.. pengalaman baru.. kawan baru.. sahabat baru.. memori baru.. dan kitorang sama2 dah berjaya tawan puncak GPMS.. operasi demi operasi dapat la diselesaikan even ada yg fail (group aku la tu yg buat hal).. damn, penat gak la tapi semua tu aku still mampu buat.. air sungai tu dah jadi mcm bio aura je,main cedok je kalau nak minum.. sebab tu la time balik ada yg sakit perut.. hikhikhik.. siap boleh jumpa dgn tok janggut yg stylo lagi..


Bila dah sampai kat puncak GPMS,sume orang duk main amik gambar je.. sadis betul la, ni la nasib orang macam aku ni yang tak bawak kamera.. kena tggu dan buat2 tebal muka mencapub dpn kamera orang nak masuk skali dalam gambar tu..haha.. hasilnya, berjaya la 2-3 gambar aku dimasukkan dalam gambar2 diorang.. ni aku upload mana2 gambar yg ada muka aku je.. hehehe..

 
Group 5 memang terbaik

Otai2 Group 5

 
Menuju Puncak GPMS

Semua muka happy

 
 

ARMADA 20
-PENGGONCANG NUSANTARA- 




Sunday, July 17, 2011

Ketegasan Saidina Umar Al Khattab Melaksanakan Hukum Allah

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah.Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah. 



Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah."

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun
mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.


Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah."

Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi.

Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kepadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

Tuesday, July 12, 2011

Mat Rempit Takde Otak

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Sunday, July 10, 2011

Jalan Ke Putrajaya Makin Dekat?

So so so..BERSIH 2.0 or whatsoever dah habis.. well done kepada penganjur.. wah, sejak ada Bersih 2.0 ni, aku lebih suka tulis politik la kat blog ni.. orang yang baca ni, kalau tak suka, tak apa.. aku pun rakyat Malaysia.. student LAW lagi.. so aku pun bebas nak tulis apa yg aku rasa nak tulis.. seronok la tengok Malaysia sekarang ni..tak macam dulu.. ada je berita panas setiap hari.. berita lawak pun bertimbun.. hahaha.. tapi yg pastinya, aku rasa macam tak sabar nak ada PM baru since Bersih 2.0 ni dikatakan berjaya oleh sesetengah pihak (tangan ke dada,bahu ke atas..)


Nanti pilihanraya umum dekat ni, possibility banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat.. so akan tercapai la hasrat sesetengah orang tu nak ke Putrajaya pasni.. tak sabarnya nak tengok perubahan Malaysia lepas ni !!!! (mata pandang tempat lain)

1. Harga minyak turun
2. Negara Islam (Berkebajikan)
3. Pilihan raya akan jadi yang PRU paling bersih dan adil kat dunia ni
4. ISA dimansuhkan
5. Bahasa Melayu dapat balik hak keistimewaan
6. Hukum Hudud dilaksanakan
7. Setiap kali nak ada PRU, akan ada demontrasi jalanan
8. Interest PTPTN akan dihapuskan
9. Boleh tengok bakal2 pemimpin kita naik LRT, minum kopi kat kedai mamak beramah mesra dengan rakyat
10. Pemimpin korup- SIFAR

***mampu ke nak tunaikan walaupun satu???
--> kalau tak mampu buat perubahan, maknanya sama je mana2 kerajaan pun.. 

Wednesday, July 6, 2011

Monday, July 4, 2011

Sayonara Kelas 2 Hebat

Pagi2 lagi dah ada kelas dengan murid2 kelas ni..revise balik apa yang cikgu ajar sepanjang tempoh cikgu ada kat sekolah ni..last topic, The Animal World.. part yang paling last kelas ni, cikgu suruh nyanyi lagu I Believe In Angel.. semangat budak2 ni nyanyi.. sebelum keluar kelas ni buat kali terakhir, cikgu ambik gambar then salam.. hari ni,dapat lagi hadiah dari murid.. hehe.. thanks for the lovely gifts~

Depan (Danial n Fahmi).. Belakang (Kamil n Iman)

Muiz dan Firdaus

Auni dan Amni

Darwish n Ihsan

Ahmad Faqih dan Adam




SAYONARA 2 HEBAT~~


Sayonara Kelas 1 Gigih


Semalam last class dengan murid Tahun 1 Gigih..  teringat pulak hari pertama cikgu mengajar kat sekolah ni.. kelas ni la paling penat cikgu nak layan n ajar budak2 ni.. tapi bila dah makin lama cikgu kat sekolah ni, kelas ni yang paling best cikgu ajar.. melayan kerenah n perangai sorang2 memang seronok.. ada yang suka nangis dalam kelas, ada yang masuk kelas je terus nak rehat, ada yang suka report kat cikgu kalau kawan dia bising padahal dia pun bising gak.. ni cikgu upload gambar2 hari terakhir pengajaran cikgu bersama murid2 Tahun 1 Gigih yang comel2.. haha..

Hazim dan Sharizal (kononnya naik jerawat kat kaki.. haha)

Hakim (ketua kelas) dan Aizat.. Belakang (Affan dan Arif)

Aisyahanis dan kawan2..

Shahran, suka auta.. Huzaifah, suka nangis..hehe



SAYONARA SEMUA~~

Friday, July 1, 2011

SM Dilucutkan Jawatan

Sedih,sadis,hampa,gembira,lega.. semua perasaan bercampur baur dalam hati aku setelah diberi notis untuk meletakkan jawatan berkuat kuasa Isnin depan.. macam tak percaya jeaku kena lucut jawatan.. hehe mana ada, sebenarnya kontrak aku sebagai guru ganti akan tamat Isnin depan.. so,tak ada la istilah aku dilucutkan jawatan.. huahua.. tinggal lagi 2-3 hari nak habis, tak sabar rasanya.. dan aku tak berhasrat untuk menandatangani kontrak baru dengan sekolah tu (cewah,macam player bola sign kontrak pulak..)

Teringat pulak kerenah students aku kat sekolah tu.. yang tak leh tahan,tiba2 ada murid Tahun 1 mengadu kat aku kawan dia naik jerawat.. haha bolah pulak naik jerawat.. bukan kat muka,tapi kat kaki.. hadoi,,macam2 la budak2 ni.. but they give me a great smile ^_^

Kejap lagi nak pergi sekolah tu jap,berlatih buat senamrobik.. esok ada Larian 1 Murid 1 Sukan.. aku incharge wat demo senamrobik dengan cikgu2 lain..haha malunya...


Tapi yang sedihnya,cuti panjang aku tak bermula lagi Selasa depan.. seminggu lepas tu kena pergi Shah Alam balik sebab follow program naik Gunung Ledang dengan GPMS UiTM Shah Alam.. lepas habis program tu, baru aku start cuti panjang.. so,bulan puasa tahun ni boleh puasa penuh kat rumah.. boleh makan sedap-sedap.. hahaha.. sebelum ni,bosan bukak puasa makan makanan kat bazar negei orang je..

P/s: Manchester United telah menandatangani pemain baru Phil Jones, Ashley Young dan goalkeeper David De Gea untuk memantapkan lagi skuad The Red Devils..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...