Saturday, April 30, 2011

ALL IS WELL~

Assalamualaikum w.b.t...ish3 dah tumbuh lalang dah kat tepi2 blog ni..dah lama tak menjenguk blog ni..semuanya gara-gara exam..gap dekat2 sangat..takde masa nak pikir benda lain..24 jam pikir pasal exam..sampai masuk dalam mimpi..kalau mimpi keluar soalan spot takpe la jugak,ni mimpi aku tak boleh jawab exam..bertambah cuak la aku..hish,mintak jauh la semua benda tu..aku boleh update blog ni pun sebab ada gap panjang sikit..tapi betul kata2 dalam citer 1 litre of tears, TIME IS NEVER ENOUGH..dan aku teringat kata2 teacher aku masa sekolah dulu,Miss Faye,dia pernah bagitau, MANA-MANA STUDENT PUN TAKKAN READY 100% WALAUPUN DIA DAH BACA SAMPAI BERPULUH KALI.. ish,tu yang dah baca berpuluh kali,kalau kes macam aku ni macam mana?baca notes sampai 10 kali pun belum tentu lagi..

Takpelah,aku yakin ada la rezeki mana-mana tu..Allah dah letak periuk rezeki kita kat merata tempat di muka bumi ni,kita je yang kena cari..kalau tak cari,memang tak jumpa..ok,next paper, LAW OF ASSOCIATION I..paper yang paling aku tak suka dan paling aku rasa malas nak baca..tapi kena baca jugak..siapa lagi nak tolong kita kalau bukan diri sendiri kan?so aku kena tolong diri aku sekarang..aku taknak menyesal satu hari nanti bila aku dah tua..

3 Idiots

Semalam aku baru tengok citer 3 Idiots..memang best gilakzs! bagi semangat baru untuk aku untuk terus study..dalam citer tu,dia cakap jangan study untuk exam,tapi study sebab kita enjoy benda tu dan sebab nanti kita boleh apply dalam hidup kita..kalau ada apa2 problem,kena sentiasa relax..cakap je ALL IS WELL..be cool..ada sorang kawan aku pun pernah bagi ayat ni kat aku supaya aku boleh relax bila aku dalam kesusahan.."HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL"..

Ok,salam dan selamat beramal~

Monday, April 25, 2011

2 Dah Habis..3 Lagi Menanti...

Lagi satu paper baru je habis..International Law..paper yang paling susah setakat ni..tapi Alhamdulillah aku boleh la jawab walaupun tak tahu jawapan tu betul ke salah..tak nak pikir panjang2 pasal benda yang dah lepas,aku dah usaha dan buat yang terbaik setakat yang aku mampu..yang lain terserah la pada Allah..huhuhu..


Fokus sekarang ni adalah Islamic Famili Law yang sekali lagi bakal menguji daya tahan ingatan dan kekuatan peikiran aku sebagai seorang pelajar pada Khamis ini..aku harap boleh buat dengan lebih baik lagi untuk paper kali ni..Terima kasih kepada senior aku Intan Izureen yang sudi meminjamkan Kitab Tafsir al-Quran dalam versi English..fuh,lepas ni kena hafal hadis dan tafsir pulak..jadi ustaz Amirul la kejap aku pasni..ahakz~ Masa untuk study tak banyak,so aku kena pergi dulu..wish me luck!

Sunday, April 24, 2011

Bersabarlah Wahai Saudaraku


Apa jua yang ada dalam hidup, bersyukurlah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah  masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.
Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap  menunaikan solat  dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.
Dalam satu hadis, apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa Baginda  beribadah malam sehingga kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286


Begitu juga dalam hidup kita sebagai seorang hamba,khususnya pelajar macam saya,banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kita tempuhi dalam proses mengenali ilmu dunia ini. Contoh yang terdekat, final exam. Ia adalah salah satu cabaran yang mendewasakan kita,bukannya memusnahkan masa depan kita melainkan kita sendiri yang memilih jalan itu. Yakinlah,Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan kemenangan itu bakal kita raih dengan sabar yang ada di dalam hati kita.

Saturday, April 23, 2011

Lindsay Lohan Kena Penjara 120 Hari

LOS ANGELES: Aktres Hollywood, Lindsay Lohan hari ini dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan kerja sosial selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Los Angeles kerana mengingkari perintah berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu. 




Hakim Stephanie Sautner berkata, aktres berusia 24 tahun itu didapati mengingkari perintah sebelum ini dengan mencuri rantai bernilai AS$2,500 dari sebuah kedai barang kemas di kawasan kediamannya di Venice Beach, Los Angeles.
Susulan itu, peguam Lohan mengumumkan pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap hukuman terbaru itu dengan segera.
Lohan turut diperintahkan menjalani hukuman khidmat sosial selama 480 jam di sebuah pusat perkhidmatan komuniti wanita. 

Beliau dijadual dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$75,000.

sumber dari Berita Harian

Friday, April 22, 2011

Masa untuk Fabregas Pergi?

Baki perlawanan EPL tinggal lagi 5 perlawanan tapi juara liga masih belum dapat ditentukan..mungkin juara liga akan dapat disahkan sehingga hujung perlawanan liga pada pertengahan bulan Mei ini..Arsenal masih berpeluan untuk merampas takhta dari Manchester United tetapi mereka masih terpaksa bergantung kepada 'kalau' dan 'mungkin'..kalau Man U kalah ketika bertemu Arsenal awal Mei ini..mereka juga mungkin mengharapkan pertolongan Chelsea untuk mengalahkan Man U untuk merampas kedudukan no 1 liga..

Cesc Fabregas

Tinggal harapan terakhir untuk Arsenal menamatkan kemarau trofi sejak tahun 2004..tetapi persoalannya,adakah tiba masanya untuk pemain berpengaruh tinggi di Arsenal, Cesc Fabregas meninggalkan skuad The Gunners..adakah The Gunners akan lebih berbisa atau menjadi The Goners setelah ketiadaan Fabregas..sepatutnya Arsene Wenger mencari pemain yang dapat menggantikan Fabregas, tak perlu lah terlalu mengharapkan tenaga muda mereka yang kadang2 kurang pengalaman ketika berhadapan dengan pasukan yang lebih kuat..

P/s: Arsene Wenger tak payah la nak berjimat cermat masa nak beli player nanti..kelab dah bagi banyak peruntukan untuk beli player baru,so pakai la duit tu..jangan simpan dalam tabung pulak..

Thursday, April 21, 2011

Perang Psikologi Exam

ALAHAMDULILLAH..akhirnya dah semalam lepas satu paper untuk sem ni..harap2 subjek Jurisprudence ni boleh la skor..tapi soalan part c tu yang spoil sikit sebab aku tak faham soalan dan apa yang dia nak sebenarnya..so aku tulis je apa yang aku tahu,bukannya tulis apa yang lecturer nak..harap2 la Pak Berahim baik hati bagi aku markah yang ok2 sket..tapi yang penting,aku dah usaha..kalau result tak ok,memang la aku sedih tapi aku puas hati sebab aku dah usaha dan cuba apa yang termampu..tapi dalam hati ni masih lagi berharap untuk dapat result cemerlang..tambah2 untuk project paper aku..kalau tak dapat A,at least A-,tak tau la nak cakap ape..


Tapi biasa la,dalam exam mode ni,kita boleh tengok macam2 jenis dan perangai orang..ada yang buat2 tak tau apa yang dia dah baca even sebenarnya dia tau,ada yang suka KACAU orang study bila dia dah habis study,ada jugak yang buat2 tanya soalan yang dia sendiri memang dah tau jawapannya (nak tunjuk pandai la tu)..macam2 la perangai student ni..tambah2 bila tengah tunggu nak masuk dewan tu,masing2 nak tunjuk diorang tu dah sama level dengan lecturer tahap ilmu diorang..saja je nak psiko orang lain..

Seriously aku cakap aku tak suka diganggu bila aku tengah study..sebab aku rasa aku tak pernah pun kacau orang nak study..aku ni bukannya kaki study pun,tapi tolong bagi sikit respect bila orang lain tengah study..jangan risau la,result aku tak tinggi mana pun,dean list pun tak penah sentuh..so tak payah la kacau aku study..aku study untuk struggle nak maintain pointer..aku pun nak merasa jugak jadi pandai macam korang semua..mana la tempat kat dunia ni yang sunyi sikit supaya aku boleh study dengan tenang sikit?? Haish~

Sunday, April 17, 2011

Tolong!! Tolong!!

Tolong!! Shauki Maravilla memerlukan bantuan anda semua!!

Ape kehalnya tuan blog ni??meracau ke malam-malam ni..hish..melampau..

Hehehe tak ada pape la..cuma nak minta tolong sikit dari blogger2 yang kreatif serta baik hati..



Sempena entri blog Shauki Maravilla yang ke-100 yang tak tahu bila akan dipost ini (refer kat post yang lepas)..
maka tuan blog ini nak minta nasihat dan tunjuk ajar dari sesiapa sahaja,
lelaki atau perempuan,muda atau yang dah berumur, template dan design baru yang macam mana sesuai untuk blog yang hodoh ni...hehehe..

Nak yang simple2 je,tak nak yang complicated sangat..nanti lambat nak kena loading..
Kalau boleh nak background yang gelap2 sikit..

Korang bagi tutorial pun dah kira cukup baik la tu..=)

Saturday, April 16, 2011

Cemburu

Seperti cinta, sifat cemburu juga merupakan perasaan yang lahir sendiri dari hati seseorang..Ia datang pada bila-bila masa saja,tidak mengira tempat dan masa..Perasaan ini bukan saja wujud hanya di kalangan pasangan kekasih, ia juga wujud apabila seseorang itu mula menyukai seseorang dalam diam.. Perempuan merupakan makhluk yang kompleks yang memiliki sifat cemburu yang lebih kuat daripada lelaki. Berdasarkan survey dari Woman's Day dan AOL Living terhadap 2000 perempuan, banyak perkara yang mampu membuat seorang perempuan itu berasa cemburu.

Survey tersebut menunujukkan bahawa perempuan ternyata lebih berasa cemburu berbanding lelaki. Sebanyak 73% perempuan mengaku mereka bersifat cemburu, sementara itu hanya 27% lelaki mengakui hal yang sama. Tetapi ini bukan bermakna lelaki tidak mempunyai perasaan cemburu dan berhati kering.. Mereka juga akan berasa cemburu jika ada orang yang cuba mendekati kekasihnya atau orang yang diminatinya. Cemburu tu tandanya orang tu ambil berat tentang diri anda,dalam sedar atau tak sedar je..Tapi kalau ada yang jenis cemburu buta pun tak best jugak kan?
Dia bukan cemburu buta jika:
1. Walaupun dia cemburu, tapi dia tetap percayakan kamu untuk membenarkan kamu keluar bersama teman-teman baik mu. Yelah, kamu juga perlukan masa untuk bersama teman mu. Takkan nak berkepit 24 jam. 
2. Dia tak mudah cemburu bila tiba tiba saja kamu menerima panggilan telefon daripada lelaki/wanita yang tidak dikenali.
3. Sanggup menerima penjelasan kamu bila terdengar gosip kononnya kamu keluar dengan lelaki/wanita lain.
4.  Tidak kisah kalau kamu beri alasan sibuk dan tidak dapat jumpa dia. Dia tahu kamu memang sibuk dengan kerja dan menganggap kamu sengaja nak cari helah untuk keluar dengan orang lain.
5. Hanya tersenyum bila ada yang memuji kecantikan/ketampanan kamu di hadapannya. Yang penting kamu miliknya.


Dia cemburu buta jika:

1. Dia  menelefon beberapi kali sehari dan marah apabila kamu tiada disisi.

2. Dia menelefon kamu semasa sedang sibuk @ berkerja dan mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka-hati bahawa kamu telah keluar dengan wanita/lelaki lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan  kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan teman-teman wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka kamu pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/perempuan lain terpikat pada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis, ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka bila kamu berkerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli akan penjelasan yang kamu berikan tentang sesuatu hal.

Friday, April 15, 2011

Alahai blogger~

Nak berblogging pun kena ada manner jugak..tak kisah la apa niat si blogger nak berblogging ni untuk apa..ada yang buat blog sebab nak duit,sebab nak luahkan apa yang terbuku di hati,nak kongsi cerita2 lucu,kongsi ilmu2 agama..bagus la tu..tapi bila aku berblogging ni,kadang-kadang rasa sakit hati bila nak view sesetengah blog tu..tak perlulah nak sebut kat sini kan..sendiri mau ingat la..

Tak kira si blogger ni lelaki ke perempuan..sama je..yang aku tak rasa geram bila berblogwalking kat blog2 lain,punya la lambat nak kena loading nak masuk page dia..abang dan kakak sekalian,kalau rasa ada widget yang tak penting sangat tu,tak perlu lah letak..tak effect pun pada trafik anda..kalau follower tak ramai atau tak ramai yang nak view blog anda,jangan lah marah..kadang-kadang orang give up jugak bila nak kena tunggu lama-lama semata-mata nak bukak blog anda yang seberat 60 kilo tu..

Lagi satu yang letak shoutbox tu,letak la kat tengah-tengah blog..kalau boleh jangan la letak kat bahagian2 atas..sebab nanti banyak mana pun entri baru anda,orang takkan view sebab bila dah nampak shoutbox tu,dia dah takkan scroll down..so,kalau letak tengah2,at least time dia nak blogwalking tu,sempat la jugak mata tu nak tengok entri2 baru kita..


Aku ni bukan bajet bagus..blog aku pun takde la ramai sangat viewer..kalau tak blogwalking,memang tak ramai pun..kita nak berblogging ni biar la kita rasa happy,pembaca pun rasa happy..tak payah la nak berlagak kata 'ni blog aku,suka hati aku la nak tulis apa pun'..memang la suka hati awak tu nak tulis apa,tapi kalau nak mencarut dan memaki hamun orang dalam blog,baik tak payah blogwalking suruh orang datang ke blog awak..

Sorry la kepada mana2 follower yang aku tak sempat nak follow balik..aku bukannya selalu online pun..kalau ada masa,aku follow balik,kalau tak sempat,mintak ampun banyak2..ala,kalau anda rajin blogwalking,kompem ramai yang akan datang even diorang tak follow pun..ok,salam~

Kelas ganti lagi.....

Adoi,,pagi ni ada kelas ganti tutorial Association.. penat2..memang la orang kata last class ni la penting sebab lecturer akan sentuh bab2 yang mungkin keluar dalam exam nanti..tapi bagi student macam aku ni bukannya boleh fokus sangat dalam kelas..hehehe..tapi still boleh pick up lagi la apa yang member present kat depan tu..tips2 nak jawab exam pun madam dah bagi..so takde la rasa membazir sangat..

Kalau nak ikutkan hati aku ni,memang rasa malas gila nak masuk kelas pagi ni..bukan nak membuta kat rumah,tapi assignment insurance belum settle sepenuhnya lagi..malam semalam dah buat,tapi rasa macam ada something wrong je dengan jawapan yang aku tulis tu..kalau salah boleh effect markah tu...nak tambah isi pun,tak tau apa lagi yang aku nak mengarut.. hehehe.. harap2 betul la jawapan aku tu..


Study week ni pendek sangat la..wahai admin UiTM,tolong la bagi masa sikit utk kami study..dan mintak tolong sangat2 supaya kelas2 kat cempaka tu dibuka pada waktu malam sebab non-resident macam saya ni takde tempat nak belajar dengan selesa..terutama kat CEMPAKA 2.. kalau nak harapkan rumah sewa tu,banyak dugaannya..bantal empuk ku yang busuk tu sentiasa memanggil-manggil supaya aku memeluknya..arghh!!aku tewas dengan godaan bantal aku..ok,back to the point,kalau kelas2 kat cempaka tu dibuka macam sem2 lepas,ada la sikit kemudahan untuk kami nak study..selama ni pun,dari sem 1 sampai la sekarang,cempaka ni la tempat kami bertapa pada malam2 study week.. tenang,sunyi,selesa..sebab tu la kami suka tempat ni..hehehe..minta pihak UiTM tolong consider kemudahan pelajar2 yang tersayang ni~

Thursday, April 14, 2011

Sangatsu Kokonoka

di keheningan malam ini aku melayan lagu sedih dari cerita one litre of tears..best lagu ni walaupun dah banyak kali aku dengar..




Nagareru kisetsu no mannaka de
Futo hi no nagasa wo kanji masu
Sewashiku sugiru hibi no naka ni
Watashi to anata de yume wo egaku

San gatsu no kaze ni omoi wo nosete
Sakura no tsubomi wa haru he to tsuduki masu

Afuredasu hikari no tsubu ga
Sukoshizutsu asa wo atatame masu
Ookinaa kubi wo shita ato ni
Sukoshi tereteru anata no yoko de

Arata na sekai no iriguchi ni tachi
Kiduita koto wa hitori ja naitte koto

*Hitomi wo tojireba anata ga
Mabuta no ura ni iru koto de
Dore hodo tsuyoku nareta deshou
Anata ni totte watashi mo sou de aritai 

Suna bokori hakobu tsumuji kaze
Sentaku mono ni karamari masu ga
Hirumae no sora no shiroi tsuki wa
Nan daka kirei de mitore mashita

Umaku wa ikanu koto mo arukeredo
Ten wo aogeba sore sae chiisa kute

Aoi sora wa rinto sunde
Hisu ji kumo wa shizuka ni yureru
Hanasaku wo matsu yorokobi wo
Waka chiaeru no de areba sore wa shiawase

Kono saki mo tonari de sotto hohoen de

*Repeat

Wednesday, April 13, 2011

Persiapan ke arah entri ke 100

Setakat ni dah 82 entri yang telah dipostkan di dalam blog ini..aku ni bukannya blogger yang aktif pun..cuma time ada masa baru la buat post baru..masa awal2 aku buat blog ni pun ada yang kutuk,ada yang puji,ada yang bagi teguran..terima kasih semua..

So sekarang sempena menuju ke arah entri aku yang ke 100 (tak tahu bila akan di post kan entri tersebut),aku akan tag 5 blog yang bertuah dalam setiap 10 entri yang akan datang dan aku akan promote la serba sedikit tentang blog diorang ni..so get ready la,mana la tau kot2 rezeki korang antara pembaca atau blogger yang bertuah..

Aku nak bagi award pun,tak pandai la nak edit2 gambar,nak adobe lagi..yang simple2 tu boleh la..bukan cantik mana pun..so aku fikir baik aku tolong promote je blog2 yang bertuah yang menjadi pilihan aku..


So aku mulakan dengan meneropong blog-blog ni dulu..jeng jeng jeng!!!


wah nama blog tak boleh blah..kata biasa je..tapi bila kita view blog dia ni,haish...bukan blog biasa..gempaq jugak la..entri2 dia pun ada unsur2 jiwang..kalau nak tau,dia ni adalah follower blog aku yang ke-700..tahniah!!

dia ni pun follower blog ni jugak..bertuah betul..aku ambik profile yang kat tengah je,tetiba ter'klik' kat profile dia pulak..dia ni sorang guru pelatih..dah pun bertunang..kepada jejaka2 yang masih single,jangan kacau dia..nanti tunang dia marah..hehehe gurau je..kalau nak tahu bab2 cikgu ke,kementerian ke,tanya la dia..

dia penah tag nama aku dalam entri dia..kiranya eloklah kalau aku pun turut promote blog dia..kawan dia ada 2 orang yang berdarah 'MARAVILLA'..pernah main ice skating,tapi tak tahu la pandai ke buat2 pandai je..hahaha..mintak ampun..jangan saman blog ni ye..

semenjak dua menjak ni aku perasaan dia ni suka komen kat entri aku..apa2 je topik entri aku,mesti dia akan komen..dia kata tiap kali tengok blog ni,mesti dia rasa nak senyum..tak tau la kenapa..haish~

ni adalah cawangan MARAVILLA yang lain..dia sekarang masih belajar sambil buat kerja2 optometry..kalau sakit mata,boleh la rujuk kat blog dia..boyfriend dia kawan baik aku..nama dia Sam..hehehe

Tuesday, April 12, 2011

Fenomena Hantu Kak Limah

Cerita Hantu Kak Limah ni dah cetuskan satu revolusi baru dalam industri hiburan negara kita..tak kira la budak-budak ke,orang tua ke,semua tahu kalau sebut pasal hantu kak limah..kat facebook berlambak orang duk ulang skrip-skrip dalam cerita tu..tak penah lagi setakat ni aku tengok movie,orang akan ulang balik skrip2 dlm cerita tu..ni bukan satu dua ayat je yang dipetik dari skrip tu,tapi tak kurang dari 10..ayat2 dalam cerita tu melekat dalam kepala penonton..terbaik la kepada siapa yang mencipta skrip dan pengarah filem ni..




Antara ayat-ayat yang selalu aku dengar kat mana2 je aku pergi:


Kita bakor je rumah Kak Limah tu!!


Kak Limah,tak tengok Akademi Fantasia ke?takkan taknak tengok AC Mizal kot~


Kak limah dah jadi zomba rambut dah mengerbang macam pontianak sami babe.


Pade suatu hari burung-burung pun berkicauan


Uuu uuu tui tui tengok tengok,dia main nyorok nyorok!!


Kita tunggu sini..kita tunggu sini..kita bekaapp~


Ce cite..ce cite..


Nampok beno nipunye...


Ini kaki tengok DVD ni..


Aku memang pantas..sudah aku bilangin!


Plawok plawok plawok plawok(panggil hantu)...


keh keh keh keh keh (halau hantu)


Sabo je la~

Jangan Kedekut Ilmu

Semua sudah sedia maklum,final exam bagi student2 UiTM dah dekat gila dah..bagi budak2 course lain mungkin ada banyak masa lagi nak study sebab diorang start paper lambat sikit..tapi budak2 law macam kitorang ni rasa macam tak selamat je..yela,first paper Rabu depan..paper jurisprudence plak tu..ape la aku nak merepek dalam kertas tu nanti..rasa nak mintak admin UiTM tukar je tarikh tu..

Mood exam baru je menyerap masuk dalam kepala aku ni bila dalam proses menyiapkan 2 lagi assignment yang masih tertunggak ni..nasib baik presentation semua dah lepas..kalau tak banyak benda nak kena fikir dalam kepala ni..hadoiiii..

Bila cakap pasal exam ni,mesti teringat pasal study ni..ni aku nak pesan la kat member2 aku dan pembaca2 semua,tak payah dok kedekut ilmu ni..tak ke mana la..ilmu itu untuk dikongsi,bukan untuk disimpan untuk diri sendiri..kenapa nak kedekut ilmu?sebab tak suka tengok orang lain lebih dari kita?tak suka tengok kawan kena puji?ek eleh..simple matter je kot..biar je la kalau orang lain jadi pandai..dah rezeki dia..Allah dah tetapkan rezeki masing2..yang penting kita usha la dulu..kalau ada member tanya atau minta tolong ajar,kita tolong la yang termampu..aku teringat lagi kata2 seorang ustaz, Ustaz Amir dalam satu ceramah..dia cakap kalau kita suka tolong orang,insya Allah Dia akan tolong kita balik..jadi,tak payah la mengharapkan balasan dari manusia..


Yang pandai tu,rajin2 la tolong kawan2 yang lebih lemah ni..sama-sama la kita tolong..kita ni bukannya perfect dalam semua benda..mungkin awak tu bagus dalam akademik tapi mungkin dalam hal lain awak tu perlukan pertolongan orang lain jugak..so tak payah la nak kedekut ilmu..kalau rasa nak pandai sorang2,tak payah sekolah atau masuk U la..dok kat rumah la..kata dah pandai sangat kan..

P/s: kepada yang takde kena mengena dengan entri ni jangan la terasa..ni hanya sebagai teguran sambil berkongsi apa yang aku tahu..peace~

Sunday, April 10, 2011

Teringin nak buat Vlog

Kadang-kadang bila tengok video2 kat blog kawan-kawan,teringin jugak nak buat video sendiri..tapi keberanian tu belum ada lagi..hehehe..yela,kalau setakat menulis kat blog ni,palong2 koman pun orang baca je..kalau orang tak puas hati,dia komen je kat blog ni atau kat shoutbox tu..tapi kalau buat video sendiri,mesti ramai pulak yang kutuk..hahaha low self esteem betul aku ni..

Tapi betul la,melalui video rakaman sendiri la baru pembaca blog tau macam mana rupa perangai si tuan punya blog..kalau menulis panjang berjela2 sampai tak ingat dunia,tapi kat video atau kat dunia realiti ni,cuak pulak nak cakap..walaupun tak feymes macam blogger-blogger lain,tapi still akan ada orang tengok jugak..kalau ada yang puji takpe la jugak,kalau ada yang kutuk,buat malu je..hehehe..


Biarlah dulu..buat masa ni,simpan niat tu dalam hati..nanti bila dah betul2 konfiden,baru aku buat..nak tunggu betul2 konfiden tu,rasa2nya 4 5 tahun lagi la kot..hahaha..

Pecah Rumah:4 Laptop Hilang Sekelip Mata

Kejadian ni berlaku Isnin lepas kat Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam..kawan kakak aku sendiri yang kena..rumah dia kat area blok belakang sekali,atas kedai makan Selasih..pencuri tu masuk time takde orang kat rumah sebab semua penghuni rumah tu pergi kuliah..

Pintu rumah tak kunci??mana ada,siap pakai mangga solex lagi kat depan pintu..tapi pencuri yang durjana tu memang licik dan pandai,tapi tak ada otak..dia simbah asid kat mangga tu..so terbuka la pintu tu sebagai laluan dia..habis dikebasnya 4 bijik laptop dalam rumah tu..adoi,sayang betul..bukan semua orang berada kan..nak kumpul duit beli laptop baru memang menyakitkan kepala la..tambah2 lagi kalau laptop yang hilang tu baru je beli 2 3 minggu..dah buat report polis,tapi logiknya mana la polis tu nak cari balik laptop tu..


Apa la nak jadi..dah habis usaha dah taknak bagi pencuri masuk,tapi kena jugak..tapi tu la,mungkin ada hikmahnya Allah tarik sikit nikmat-Nya yang diberi pinjam kepada kita..Harap mangsa2 tu sabar je la ek..pesanan kepada penyewa2 rumah di sekitar Pusat Komersial kat sini,hati-hati la ok..malang tidak berbau..

Saturday, April 9, 2011

Happy Anniversary Ma & Abah

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan diucapkan kepada Ma dan Abah yang sekarang ni berada di kampung kat Kelate..25th anniversary (9 APRIL)..so sweet..semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..


Permulaan hidup aku..


-DOA UNTUK MA DAN ABAH-
 
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 

Kenapa Perempuan Suka Gaduh?

Kaum hawa ni adalah makhluk yang sangat kompleks isi hatinya..kadang-kadang sukar bagi kaum adam ini untuk menilai atau menyelami hati mereka..hati perempuan sangat sensitif,mudah tersentuh dan dalam sesuatu situasi, perempuan lain pun tak boleh faham jiwa dan perasaan kawan perempuan dia yang sorang lagi ni..inilah kelebihan perempuan atau wanita..

Jadi tidak hairanlah jika perempuan ni suka gaduh walaupun hal tu kecik sangat..bagi orang lelaki,dia akan buat selamba je kalau hal remeh-temeh ni..tapi perempuan ni lain..so kita kena lebih memahami keadaan hati mereka..tapi untuk memahami tu memang la perkara yang sangat susah..lebih susah dari duduk mengadap buku jurisprudence..hahahaha..

Tapi kenapa kalau berbicara tentang soal hati dan perasaan,mesti lelaki yang harus berlembut dan bertolak ansur?kenapa lelaki selalu dikatakan sebagai pihak yang salah?dunia ini tidak adil?sebenarnya kita sendiri yang tidak adil pada diri kita sendiri..tak perlulah salahkan gender yang berlawanan arus,cerminlah diri kita dahulu sebelum menuding jari kepada sesiapa..ini bukan soal siapa salah,tetapi ini adalah soal si lelaki dan perempuan..ego mereka sama2 tinggi..sepatutnya masing2 berlembut dan bertolak ansur,bukannya melayan ego masing2..kalau terus terusan macam ni,sampai bila masalah akan selesai..




Ini juga bukan soal cinta semata-mata,ini juga soal persahabatan..ingat la,ni kata2 yang aku petik dari blog yang aku blogwalking beberapa jam lepas..”don’t make someone a priority when they make u as an option”…….

Friday, April 8, 2011

Bila dah tak ada idea

Dah lama SM tak jenguk blog ni..dah tumbuh kulat dah pun kat tepi-tepi ni ha..lumut pun dah mula nak membiak slow2 kat sini..al maklum lah,sibuk yang teramat sepanjang bulan ni..lepas ni lagi la lama tak boleh jenguk dan update blog ni sebab final exam dah dekat..tak sampai 2 minggu..


Kena la bahagikan masa betul-betul..setakat nak update blog ni,bila-bila masa pun boleh..tak jadi hal la..yang penting kena study..study untuk masa depan,study untuk diri sendiri,study untuk balas jasa orang tua kita..kalau nak update blog tu,time2 tension study,boleh la jenguk blog2 kawan kejap,cari hiburan sikit..tension sangat pun tak boleh jugak..tapi sebenarnya kan,kalau orang yang betul2 pandai dan well prepared untuk final,dia takkan rasa tension pun,cuma rasa gelabah sikit je..orang macam aku ni je yang rasa gelabah sikit kalau dah dekat final exam..harap-harap sem ni pointer aku naik balik,sem lepas punya result teruk gila..ada masa lagi ni..belajar terus belajar~

Wednesday, April 6, 2011

Dengar Kata Ada Blogger Kena Sound

Dalam 2 3 minggu ni aku ada la terdengar cerita si sorang blogger ni, JENOL (bukan nama sebenar) kena sound sebab tak bayar sewa..eh yeke ni??kalau nak tahu cerita lebih lanjut,kena la tanya empunya badan sendiri sebab nanti pembaca kata aku buat fitnah liar pulak kat dia..


Tak bayar sewa apa pulak ni???setahu aku,JENOL ni tinggal kat rumah sewa Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam..aku ada jugak tanya budak2 rumah tu yang tiggal sekali dengan JENOL,tapi diorang cakap JENOL selalu bayar on time kalau bab2 sewa rumah ni..kalau bayar duit api dan air,dia la yang bayar dulu..


Aku tak puas hati dengan jawapan diorang..Aku tanya lagi untuk dapatkan kepastian..ooo lepas lama aku soal siasat,rupa2nya dia tak bayar bil internet..eh,bukan ke rumah sewa dia takde internet ke?buat apa nak bayar?Aku try la cucuk2 member2 dia yang lain,rupa2nya bil internet rumah orang lain..si JENOL ni ada la lepak2 kat rumah tu sambil2 online,yela pakai streamyx,kompem la laju macam cheetah..hehehe...online kat rumah orang pandai,tapi bila orang mintak bayar sekali,tak mau pulak..ish3,tak boleh la buat macam ni..memang patut la kena sound senyap2 je..


Jenol (dalam bulatan)


Apa kehal ni JENOL (bukan nama sebenar)????hahahaha....


P/s: bila orang dah sindir2 tu,faham-faham la ye..hehehe..

Happy Birthday to Me~

Happy birthday to me~

Happy birthday to me~

Happy birthday to wan shauki zhafiran~

Happy birthday to me~


Hahaha loser gila tuan punya blog ni sampai nak nyanyi kat blog..

Huh peduli apa aku apa orang nak kata..

Dah birthday aku,suka hati aku la nak nyanyi..hehehehe

Macam Usop Whilca dalam cerita Hantu Kak Limah pulak..

6 April 1989-2011..dah 22 tahun dah umur aku..

Hish,usia dah makin meningkat,tapi perangai macam budak lagi..

Takpe lah,biarlah masa dan pengalaman yang mematangkan aku..

Huahuahua~

Gambar time program kat ILDAS..hampeh..

Monday, April 4, 2011

Layakkah Shaheizy Sam Menang ABPBH 2010?

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum,Shaheizy Sam telah pun dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di tanah air semalam..Anugerah yang sangat berprestij untuk menilai populariti seseorang artis melalui undian di surat khabar Berita Harian dan SMS..tak perlulah saya sebutkan kembali siapa yang memenangi trofi untuk kategori masing-masing semalam,sebab mesti semua dah tahu kan siapa pemenang2 nya.. lebih 30 000 penonton yang menonton anugerah itu secara live di dewan mahupun di rumah..


Shaheizy Sam
Tapi ada juga makhluk di muka bumi ini yang menyangkal kredibilty Sam untuk memenangi award ini semalam..wajarkah Sam memenangi award ini?ataupun ada artis Malaysia yang lebih layak untuk merebut tempat Sam sebagai pemenang?Bagi saya,memang Sam layak untuk memenangi ABP 2010 ini sebab memang dia yang dapat undian paling tinggi..tak kisah la mak dia sendiri yang undi anak dia ke,kakak dia yang undi ke,yang penting ada orang undi..kalau tak ada orang nak undi,takkan la dia boleh menang pulak kan..ini bukan soal layak atau tidak,ini soal siapa yang dapat undian paling tinggi..




Secara keseluruhan majlis gilang-gemilang semalam,memang award kali ini antara yang terbaik dan menghiburkan.. gandingan host yang mantap,Raja Azura,Zizan dan Syarifah Syaheera membuatkan penonton ketawa tak kering gusi..walaupun ada lawak yang tak menjadi,tapi gandingan mereka memang best..tambah pulak dengan gelagat Usop Whilca dan Johan..hahahaha..


Lisa Surihani: Pelakon Filem Wanita Popular
Lagu Soley Soley pun ada...
Rabbani kekal sebagai Kumpulan Nasyid Paling Popular kali ke-9

Sunday, April 3, 2011

Kalau Ada Jodoh, Ada la....

Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha..Insya Allah bila ada doa dan usaha yang betul yang disertai tawakkal dan keyakinan kepada Allah,anda pasti menemui si dia..cepat atau lambat,Dia yang tentukan..kita hanya mampu berusaha dan berserah kepada-Nya..

Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni..berusahalah untuk menyucikan hati anda daripada semua perasaan negatif terhadap orang lain..mana lah tahu orang yang kita benci atau tak suka itu rupa-rupanya bakal mertua kita..


Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan bakal pasangannya pada bila-bila masa. Oleh itu,kita perlu sentiasa berada dalam keadaan yang paling menarik pada setiap masa..Tanggapan yang pertama adalah penting..Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta..Cinta boleh berputik pada bila-bila masa sahaja..Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima  cinta..

Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan..Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa..

Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan..Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya si perempuan yang memulakan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...